Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:
Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.
Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.
Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.
Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.
Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.
Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.
Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.
Nota :
- Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
497 Comments
salam Zie…semoga impian zie tuk mendapat gadget impian akan trlaksana.Betul tu,kita sebagai surirumahtangga ni, akan lebih mendahulukn apa yg lbh wajib dibeli..trutamanya keperluan tuk anak2.
Good Luck Zie!
Curahan rasa ~azatie~ @ ..Sarapan Pagi Kami…Karipap Jer.
wslm,K.Atie… Hmm… kan kak.. bila ada duit lebih tu, teringin juga nak beli itu ini untuk diri sendiri tp bila fikirkan anak rasanya sanggup lagi berhabis untuk anak… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semoga berjaya kak zie, nanti dah menang bagi kami pinjam. nak main angry bird.hehe
Curahan rasa merah @ ..SS501 – Because I’m Stupid
Terima kasih merah… kalau gadget betul jadi kenyataan, merah kena isi borang la nk buat pinjaman untuk main angry bird.. ikut turn.. itu pun kalau jadi kenyataan…. nk jadi kenyataan,cepat ajak kengkawan like, tweet, G+,komen entry ni.. hiks…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
ramai yang pakai Galaxy sekarang ni..
banyak pula produk Samsung yang keluar, mencurah-curah di pasaran..
Curahan rasa zhazmi @ ..Ni Lebah Ke?
Betul tu..rasanya samsung ni saingan terdekat jenama Apple… lepas satu keluar satu produk….
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Singgah lagi memberi support, Good luck ye 🙂
Rajinnya Myra.. terima kasih tau.. seronoknya la kalau ada ramai supporter mcm Myra ni..rajin tinggal komen.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semoga berjaya mendapatkan Galaxy Tab anda. mmg ptt pon pakai kalau tgk pada alasan2 yg diberikan 🙂
Sebab-sebab di atas ditulis berdasarkan keadaan semasa saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.. jangan kata suri rumah tak perlukan gadget sepeti ni,sbb suri rumah sekarang sudah pandai dengan it… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
wah, semangat yah . Mudah2an bisa di dapat 😀 ^.^
Curahan rasa Blog Panik @ ..Kombinasi Tombol Keyboard
memang semangat bila ada yang sudi hadiahkan gadget impian sebagai hadiah pertandingan…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semoga berjaya zie..
lebih kurang sama jer keperluan kita kan.. sama2 surirumah & sama2 peniaga online.. 😉
Curahan rasa kakyong @ ..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©
memang ramai surirumah yg berniaga sekarangni kn kak…
Curahan rasa bardboo @ ..Syoknya Ammar Main Salji!
suri rumah tak boleh duk diam rumah saja, lebih-lebih bagi sesiapa yang pernah kerja sebelum ni… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?
semoga berjaya..memang gadget impian ramai ni..rembat cepat 😛
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Yuna – Terukir Di Bintang
Gadget impian ramai ramai termasuk impian ibu Alya ni jugak.. 🙂 kalau dapat tido malam pun mesti jadikan bantal peluk untuk seketika… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
tahniah kepada y berjaya terpilih sampai ke peringkat akhir 🙂
peserta peringkat akhir semuanya hebat-hebat belaka… rasa kerdil pulak berada dalam kalangan mereka semua… 🙁
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semoga menang gadget impian ni. rezeki manusia kita tak tahu kan?? mana tahu, memang rezeki zie kali ni.
Curahan rasa Lizz @ ..Hidayah Allah, Semua Manusia Perlukannya
Mudah-mudahan masin mulut Lizz ni.. hehehe…. InsyaAllah, ada rezeki tu tak ke mana…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Ala…nak jugak!!~..erm.. abg ilham..bila nk buat contest lg ni 🙁
Curahan rasa Muna Munie @ ..Give Away Samsung! Dapat Galaxy Tab ……
tertunggu-tunggu gak next contest dar blog denaihati ni..
Curahan rasa bardboo @ ..Syoknya Ammar Main Salji!
Walaupun contest ni berakhir, tak sabar jugak nak tahu contest yang seterusnya… mesti ramai lagi yang tertunggu-tunggu…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Semoga nanti jika mendapatkan gadget ini Zie Fauzi lebih semangat dalam memasak, melayani suami, dan onlinenya terutama sebagai penjual online..
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
itu sudah pasti Kang,… karena memang alasannya seperti itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Say No To Valentine’s Day
sudah semestinya, dengan bantuan gadget impian ni, lebih memudahkan kerja.. Itu pun jika ada rezeki dari contest ni.
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?
sy doakan semoga impian akak tercapai…insyaAllah jika dgn kehendakNya utk memberi apa yg diimpikan menjadi kenyataan…
Curahan rasa mawar qaseh @ ..3 Bulan Berblog ~ Inilah Hasilnya ^_^
InsyaAllah Mawar…. tapi sokongan kengkawan pun penting jugak untuk contest ni… Kak ni low profile, jadi populariti tu kurang jadi untuk contest sukar sikit bagi kak.. Apa2 pun cuba yg terbaik..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semoga lebih semangat lagi setelah mendapatkan gadget ini..hee
Curahan rasa medgad @ ..Update Nokia Belle Untuk Pengguna Nokia Symbian
saya setuju dengan zie fauzi.. memahami hati seorang isteri, ibu sama seperti saya, cuma saya bekerja,semoga nasib menyebelahi beliau. Masin lah mulut hari Jumaat ini
Curahan rasa ciksembang @ ..Wishlist Bulan Mac /April
insyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana perginya..huhu…
Curahan rasa bardboo @ ..Syoknya Ammar Main Salji!
Memang rindu untuk bekerja semula sebab kepuasan pegang duit hasil titik peluh sendiri tu berbaloi kalau beli apa2.. puas hati org cakap… tp perintah suami kena turut jugak… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Comments are closed.