Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:
Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.
Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.
Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.
Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.
Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.
Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.
Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.
Nota :
- Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
497 Comments
samsung g tab satuuuuu..kalaula boleh main order macam tu je hehehe
Curahan rasa ROJAK @ ..Who is Crazy?
macam order teh tarik lat kedai mamak je gayanya ye..hehe..
Curahan rasa bardboo @ ..Syoknya Ammar Main Salji!
haha.. senang la kalau boleh order macam tu je.. Pasti semua orang akan buat..
Curahan rasa zhazmi @ ..Akar Pokok Tumbuh di dalam Daun
Bestnya kalau boleh order macam tu umpama order roti canai yer… tp itu bab order saja, bab membayarnya tetap kena bayar kat kaunter… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?
Masih sokong Zie Fauzi nih, semoga beliau bisa meraih impiannya..
Curahan rasa Dadan @ ..Info Rekrutmen Pramugari Garuda Indonesia – Maret 2012
saya mengharap Zie Fauzie bisa mendapatkan Samsung Galaxy Tab 10.1 ni, semangat Zie !
Curahan rasa Dadan @ ..Info Rekrutmen Pramugari Garuda Indonesia – Maret 2012
terima kasih Dadan.. sokongan yg diberikan amat brharga sekali..
Curahan rasa zie fauzi @ ..CEPAT !!!! TINGGAL KURANG 12 JAM SAJA LAGI…
Good Luck Ibu Alya. Semoga Dapat gadjet ni… Untuk memudahkan kerja Ibu Alya jadi inilah Jawapannya.. Semoga Maju Jaya..
Chaiyoook
Curahan rasa faisal @ ..DUA EKOR BUDAK KECIL YANG AKTIF
Pastilah, jika Samsung Galaxy Tab 10.1 ini didapat, sangat membantu sekali pekerjaan beliau
Curahan rasa Dadan @ ..Info Rekrutmen Pramugari Garuda Indonesia – Maret 2012
Go get it!
Semoga berjaya dapatkan gadget nih.
Curahan rasa Shasha Catering @ ..Metro Network, Moscow Yang Cantik dan Unik
Senasiblah kita. Tak mampu nak beli tapi kalau untuk bisnes yang mendatangkan keuntungan, pejam mata je keluar semua simpanan utk tangkap satu
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Bebola Labu Manis | Sweet Pumpkin Ball
Betul mba, nanti juga uang yang dibelikannya akan tergantikan dari hasil bisnis, bahkan lebih besar..
Curahan rasa Dadan @ ..Info Rekrutmen Pramugari Garuda Indonesia – Maret 2012
hmmmm… kenapa ada sesetengah entry dalam denaihati.com ni saya tak boleh nk post comment?
Curahan rasa zhazmi @ ..Bertukar kepada WordPress
Hanya Post yg kurang 365 hari boleh komen.
nak tanya sikit, denaihati pakai theme apa ya..
loading laju je, twenty eleven ke?
Curahan rasa zhazmi @ ..Kenapa pilih .net?
theme fresh news yg telah diubah suai.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 4S Gadget Impian Cikgu Naman
Masih ingat saat pertama kesini, themes yang susah saya akses…. sekarang themesnya laju sangat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
hehe…kan…dulu loading lambat…sekarang laju sangat.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..tips tingkatkan traffik blog dengan khidmat ping
ok, dah tau kenapa tak boleh nak post comment. sebab entry tu dah lama, jadi dah tak boleh tinggalkan komen
Curahan rasa zhazmi @ ..Cari Calon Suami di Facebook
eh..bab memasak tu smalah..hehe..lupa nak selit point tu haha..
good luck!!!!!
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bolehkah Jadi Kenyataan Gajet Impian Ini?
bab memasak tu bukan tugas fiza ke.. hehe.. nama pun suami isteri kan.. mesti la share..
Curahan rasa zie fauzi @ ..CEPAT !!!! TINGGAL KURANG 12 JAM SAJA LAGI…
tak mungkin saya boleh memilikinya huhu….
Curahan rasa Norizwan @ ..Pihak NASA cari firma teksi untuk angkasa lepas
Insya Allah suatu saat anda juga punya kesempatan untuk memenangkannya…
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
waaaa…terbaik tuuu…denaihati nk bagi ker?
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Lagi cerita Tentang Hackers Hacked
denaihati memang baik hati, sesuai dengan hidup untuk memberi
Curahan rasa zhazmi @ ..Akar Pokok Tumbuh di dalam Daun
Semoga dpt apa yg diimpikan, bolehlah lepas ni buat kerja dgn senang bila dpt nanti. Good Luck Kak Zie.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
tahniah zie dah berjaya sampai ke peringkat ini..nak bagi 100 markah penuh untuk zie di atas entri beliau yg sangat menarik perhatian saya..
Curahan rasa mrs.yie @ ..CONTEST SINOPSIS ‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT’ (STICKY POST SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012)
Saya juga dah sokong penuh Zie Fauzie untuk bisa naik tahap berikut..
Curahan rasa Dadan @ ..Info Rekrutmen Pramugari Garuda Indonesia – Maret 2012
ok.. saya bagi markah tambahan utk kat zie fauzi.. moga berjaya dan sukses selau dgn gadjet impian tu ye
Curahan rasa muazfaris @ ..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog
samsung tab 10.1 mmg best..belum ada rezeki sy lagi nk dapat…semoga impian kak zie tercapai
Curahan rasa lin azlina @ ..Takziah…
yups, mari kita sokong dan doakan Zie Fauzi untuk dapat meraih impiannya..
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
kak zie…tahniah berjaya ke final..gud lak yer….teruskan usaha anda
Curahan rasa lin azlina @ ..Takziah…
semoga tercapai mba denai..apa yang kita impikan.
Curahan rasa cara diet aman @ ..Mengungkap Penyakit Jantung
Comments are closed.