Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:
Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.
Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.
Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.
Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.
Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.
Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.
Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.
Nota :
- Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
497 Comments
gud luck okehhhh 😉
Alooo..Kak Eli… Komen tak cukup 7 patah perkataan… walau apa pun terima kasih sangat2 sebab like entry ni…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
wish u luck bebeh!
Curahan rasa kakngah @ ..I Luv Dad Giveaway @ lindarosman.com
Kak Ngah, kemungkinan besar komen k.ngah akan didelete admin sebab tak cukup 7 patah perkataan.. Btw, terima kasih ye bg sokongan… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
salam Zie..mana tau rezeki anak..merasa la zie memegang gadget impian tu.mmg best klu dapat gadget tu…nk kenen2 kat HB lar mana tau hadiah besday..coming soon.hihi
Curahan rasa ~azatie~ @ ..Makan-Makan Kat Luar
InsyaAllah,K.Atie… selalu tengok jer iklan dalam tv.. Dah kebetulan saudara Denaihati buat contest ni,wajib la ambil peluang kan. Try la pujuk HB kak.. Silap2 kak dulu yang pegang tab ni.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?
Mengharmonikan keluarga dengan gadget impian Samsung Galaxy Tab 10.1 pasti tercapai. Anda layak mendapat sokongan saya. Semoga impian Zie Fauzi tercapai dengan Gadget Impian.
Curahan rasa WAN RAHZIHAN ZULNASYREEQ B WAN A RAHMAN @ ..Ulasan IGEM : Dare To Dream Challenge 2011
Terima kasih atas sokongan yang diberikan… Sokongan anda amat berharga buat saya walaupun belum tentu lg gadget tersebut berada dalam genggaman… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
gud luck..moga dapat la apa yang diimpikan tu..mana tahu ade rezekikan..doa bebyk tau..
Kak Fara, doa, usaha dan tawakal.. jika ada rezeki tak ke mana kan… terima kasih ye sebab beri sokongan…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?
nak jugak gadget ni.hohohoh…kalau la ada orang sudi bagi kan.
Curahan rasa arelan @ ..Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!
ni sebab pengajur nak bagi la join contest ni.. kalau dapat syiok oooo.. hehe.. setakat ni berangan dulu… kalau jadi kenyataan seronok tak terkata.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..CEPAT !!!! TINGGAL KURANG 12 JAM SAJA LAGI…
tak sangka byk juga sokongan yg diberikan.. tenkiu semua.. malam ni baru nak mula promote habis-habisan.. sayang 3 hari x dapat online sbb cuti hujung minggu biasa balik kg…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?
wahh……memang terbaik…go go go… 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..tips tingkatkan traffik blog dengan khidmat ping
tenkiu..tapi komen ni tak cukup 7 patah perkataan,mungkin admin akan delete nanti…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?
InsyaAllah,k.atie doakn semoga ada rezeki Zie..mana tau rezeki anak kan….
Curahan rasa ~azatie~ @ ..Nasi Impit & Rendang Ayam
Terima kasih k.atie… InsyaAllah… Ada rezeki untuk baby baru ni… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?
Dtg memberi sokongan tuk Zie lagi…Klu menang,sok2 leh pinjam gadget zie 😀
Curahan rasa ~azatie~ @ ..Nasi Impit & Rendang Ayam
Hahaha.. k.atie pun nk pinjam ker… rami betul yg nak pinjam… 🙂 yg nak pinjam tu semua zie suruh isi borang ikut turn..
Curahan rasa zie fauzi @ ..CEPAT !!!! TINGGAL KURANG 12 JAM SAJA LAGI…
memang terbaik la kalau dapat yang ni… ammboi belum merasa lagi cuma dapat pegang member punya jer… hehehe.. semoga berjaya!
Curahan rasa ammboi @ ..PUTRAJAYA HOT AIR BALLON 2012 | FIESTA BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA 2012 KEMBALI LAGI
Dapat merasa pegang pun mesti teruja kan.. inikan pula kalau jadi milik sendiri…. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semuanya hanya di hujung jari, sangat mudah sekali..
Curahan rasa zhazmi @ ..Akar Pokok Tumbuh di dalam Daun
Walaupun semua dihujung jari, tp kalau xde RM di di jari nganga juga la… mujur la PC yg ada ni pun banyak membantu selama ini..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
datang lagi memberi sokongan kepada zie fauzi
samsung galaxy tab 10.1 memang terbaik juga untuk mak2 macam kita nie kan…
Curahan rasa yangbaik @ ..Mereka berpegangan tangan
Selalu datang beri komen sebagai tanda sokongan lagi zie suka… datang la komen entry ni selalu yer,,… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
sebagai tanda sokongan kepada kengkawan
selamat berjaya zie… semoga berjaya peroleh gadjet impian
🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Terasa hati dan merajuk
Sesama teman memang harus saling memberi sokongan..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Say No To Valentine’s Day
betul.. seharusnya sokongan sesama teman amat diperlukan ketika ini… sama berbagi sama merasa 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Mereka berpegangan tangan
Betul… saya memang perlukan sokongan ramai teman-teman untuk contest ni walupun kena tebalkan muka sikit… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
terima kasih sangat2 sokongan yang diberikan tu zie hargai sangat… terima kasih tau..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian | Tercapai atau Sebaliknya?
Terima kasih… takde sokongan kengkawan tak kemana impian ni… Harap sokongan yang diberikan berbaloi… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
wahhh… semoga berjaya.. Gadget impian ramai tu.. 🙂
Curahan rasa mummyHaza @ ..Gambar # Tasik Dayang Bunting
Terima kasih mummyHaza… Gadget impian ramai termasuk la diri ini.. hehe…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Comments are closed.