Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:
Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.
Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.
Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.
Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.
Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.
Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.
Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.
Nota :
- Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
497 Comments
saya suka baca sebab2 yg kak zie cakap ni..so rasanya biarlah gadget impian ni akan menjadi miliknya..jom support kak zie fauzi! =)
Curahan rasa bardboo @ ..Syoknya Ammar Main Salji!
semoga gajet ini akan memudahkan beliau sebagai suri rumah.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Migrasi ke Unifi
puas hati baca sebab yang diketengahkan! kebanyakan wanita yang suri rumah konfirm pandai cari duit online kan? wow! terbaiklah kak zie
betul, saya juga kalah sama Zie Fauzi, beliau pandai cari duit online..
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
suri rumah sekarang bijak menggunakan masa dan teknologi…betul tak?
Curahan rasa bardboo @ ..Syoknya Ammar Main Salji!
betul mbak, suri rumah jangan kalah sama wanita karier…
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
kadang2 orang pandang rendah pada surirumah, dan memandang tinggi pada wanita berkarier…harapnya lepasni tanggapan2 seperti ni dapat dihapuskan…
Curahan rasa bardboo @ ..Syoknya Ammar Main Salji!
setuju, padahal suri rumah bisa lebih berpenghasilan dibanding wanita berkarier..
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
kena cari isteri pandai blogging la macam tu! 😛
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Infografik : Panduan Membeli Sebuah Komputer
hah kalau camtu dari sekarang dah boleh cari calon..hehe…kat blog DH ni ada ramai calon tak?
Curahan rasa bardboo @ ..Syoknya Ammar Main Salji!
Setakat duk guna internet lebih krg 2-3 thn 1 sen pun tak income. Yg ada cuma dpt RM10 drp DH tapi sedekah kat Tabung Kemboja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
itu dah lebih baik daripada tidak dapat samasekali, disedekahkan pula lebih bagus lagi..
Curahan rasa Dadan @ ..Info Rekrutmen Pramugari Garuda Indonesia – Maret 2012
sekarang si isteri hanya perlu celik iT..hehe
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Lagi cerita Tentang Hackers Hacked
haaaa.. ini memang berbaloi. sebab saya pun minat tab 10.1.. terbaikkk!!!!
markah dari saya!
Curahan rasa KiD @ ..Migrasi ke Unifi
enam alasan yang tepat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Tab 10.1
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
Semoga saja impian Zie dapat tercapai, Inya Allah.. Amin…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
mantap gadjet ni ..
Curahan rasa Mr.Sepet @ ..Cinta Hakiki Cinta Allah SWT
memang mantap gajet ni. function yang banyak! skrin pun besar.
Curahan rasa KiD @ ..Migrasi ke Unifi
tahniah zie, masuk dalam senarai jugak dan samsung galaxy tab juga impian Yangbaik namun tidak berupaya kerana tidak berjaya masuk dalam senarai
Curahan rasa yangbaik @ ..Mereka berpegangan tangan
Insya Allah yangbaik juga pada kesempatan lain bisa masuk dalam tersenarai…
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
Semoga kesempatan lain ada juga blogger Indonesia yang tersenarai.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
mudah-mudahan aja bang, tentunya bang Iwan salah satunya
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
dan Kang Dadan juga Insya Allah akan tersenarai..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
gak salah Samsung Galaxy Tab menjadi impiannya…
emang mantap, elegan sekali……..
pasti, soalnya Zie Fauzi dah tahu bagaimana Samsung Galaxy Tab 10.1 bisa meringankan kerjanya…
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
Dapat jimat tenaga, kerja menjadi senang, urusan jualbeli online menjadi mudah dan byk lagilah bila guna nanti, irupun kalau menang contest ni nnti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
makanya sebagai sesama blogger kita sokong terus Zie Fauzi
Curahan rasa Dadan @ ..Info Rekrutmen Pramugari Garuda Indonesia – Maret 2012
Good Luck buat kak Zie Fauzi, semoga impian menjadi kenyataan 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pemuda dan kapal yang karam
semoga menang buat zie
Curahan rasa obat herbal xamthone plus @ ..Obat jantung koroner
tahniah pada zie fauzi, harap dia menang
Curahan rasa Juan @ ..iQuran for Google Android
wah, syok bole masuk pertandingan dn menang kan.. klu sya ni nda tau la bila bole join..:)
Good Luck Zie Fauzi 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Bantu Zulseffort Untuk Pusingan Akhir Gadget Impian
suri rumah moden 🙂 , sbnarnya byk manfaat jika kita gunakan gadjet ni 100%
Curahan rasa Jebeng Otai @ ..Page Speed
tentulah jikalau gadget yang satu ini bisa diraih dapat meringankan pekerjaan Zie Fauzi…
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
pehh, macam-macam ye diorang mintakk..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Isu Video Pekerja KFC kurang ajar di Youtube
hehehe….dah pengajur benarkan minta apa2 saja..asalkan tak melebihi bajer penaja, so,mintak la apa pun yg jadi impian… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
Hehee, betul tu, peluang bukan datang banyak kali kan 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..~Interview Mode~ Korang ada tip??
Betul Myra… dah ada yg nak bagi.. tunggu apa lagi kan.. hehehe…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
Comments are closed.