Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:
Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.
Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.
Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.
Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.
Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.
Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.
Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.
Nota :
- Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
497 Comments
memang ngamlah seorg penjual online ada benda ni sebijik sbb senang nak communicate (balas emel, fb & tweet) dgn pelanggan.. tak perlu nak on laptop semata-mata nak balas emel pelanggan.. kpd zie fauzi, semoga gadget impian ni menjadi kenyataan..
Curahan rasa Apadehal Crew @ ..(WTF) Pekerja KFC Tumbuk Pelanggan
betul2… kdg ada pakai hp BB,tp mcm x puas sbb kecik… dah tu pulak kena topup selalu sbb kredit habis… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
tahniah buat zie fauzi kerana berjaya masuk final…gembira saya krn berjaya membantu kak zie masuk final….
Curahan rasa ainun @ ..Sakit gigi
terima kasih ainun..untuk pusingan awal ainun banyak bagi sokongan sampai lewat tidur la yer… untuk pusingan ni tak sempat psang strategi… niat nak ada GA tu dh ada tp x sangka entry keluar awal… dah tu esoknya kena balik kampung sbb mmg dh lama rancang nk balik kampung… xpela,ada rezeki tak kemana…. InsyaAllah… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
mantop tu zie . semoga berjaya . sy sokong semua 6 sebab tu sbb sama2 surirumah sepenuh masa
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Ana Raffali kini bertudung
Terima kasih Ummi Hanie… idea tu saja yang ada masa submit entry… memang tak tahu nak cerita sebab apa nk gadget yg disebutkan tu kecuali yg di atas la…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
enam sebab yang kene pakai Tab nih.. go for Zie Fauzi!!!
adus.. mesti jem giler nih. ade kren hempap kereta di jalan binjai. Story di blog saya
Curahan rasa mie sembang-automobil @ ..Panduan membeli dan memilih kereta terpakai.
sebab2 dari sudut sebagai seorang suri rumah sepenuh masa…. 🙂 terima kasih ye tinggalkan komen kt sini…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
gudluck kak zie..
Curahan rasa syu90 @ ..menang Cuti-Cuti 1Malaysia doll and bag
Zie Fauzi pasti bahagia sekali kalau bisa raih impiannya, semoga bisa lanjut ke tahap berikutnya…
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
siapa tak gembira kalau dapat gadget macam ni… sure senyum sentiasa nanti kalau jadi kenyataan..setakat ni hanya berangan saja… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
Memang senyum tak hengat la kan kak, nak beli sendiri tak tau bila dapat kan 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..~Interview Mode~ Korang ada tip??
nk beli sendiri tu beringat jgk… sbb pikir benda lain yg lebih perlu.. skrg ni tgh bajet untuk second baby pulak… so,nk beli tu beringat kat anak2 sama.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
amiin semoga semoga tercapai…emang kelihatannya bagus untuk pemain online..jd bisa keluar rumah tanpa harus ofline
Curahan rasa herbalife @ ..Nutrisi Penyakit Jantung
ya bro, ga seperti saya nih…kalau mau online harus tongkrongin PC terus, hhmm…kapan ya bisa beli yang seperti itu….
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
sama jer dengan saya.. nk online harus depan PC, ada laptop pun kepunyaan suami untuk urusan kerja…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
good luck untuk zie, semoga impian menjadi kenyataan 🙂
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 16 – Akhirnya ku tinggalkan
terima kasih.. baru perasan komen ni.. baru nk komen.. ini pun tinggal berapa minit je lg.. Tq tau…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
Susah tu nk kerja sambilan jika tiada gadget tkini. Smoga zie dpt apa yg dcita2kan.
Gadget terkini yg ada depan mata hanya sebuah hp BB, PC dan laptop tp laptop tu husband selalu bawa ke tempat keje… kalau dpt tablet ni satu, memang memudahkan kerja sgt2… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Semoga berjaya buat Zie Fauzi,Samsung Galaxy Tab 10.1 ni memang “rare” di pasaran tempatan
Curahan rasa wazy @ ..Dapatkan Video E Book Pakej Lengkap Rahsia Taufufah
terima kasih wazy… sbb sudi bagi sokongan dgn tinggal komen kat sini.. terima kasih sgt2 tau..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
Tahniah juga pd Zie Fauzi sbb berjaya layak..smga leh jd Top 5..and 5 mata utk Zie Fauzi..menarik juga Samsung Galaxy Tab tu yer.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Kisah Seekor Tikus..
Hikss..terima kasih… Tahniah juga kat saudara sebab menjadi salah seorang peserta pusingan akhir…. sama2 berjuang ke tarikh penamat yer…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
semoga berjaya buat saudara tu,… mula2 dulu mama nak gak tab 10 ni tapi bila tengok tab 7 atau galaxy note ke.. rasa nak yg tu plak,.. rambang mata lae,..tapi sabar sbb gadjet ni kjap je berubah2, cukuplah dgn S plus,.. sabar……… tapi kalau ada yg nak beri macam blog DH ni, alhamdulillah…
Curahan rasa aimaniman @ ..Ghairah Pengawal Bontrot Pengantin
memang rambang mata tengok gadget yang ada dalam pasaran asyik bertukar ganti… Kalau mampu dah lama beli semua gadget yang ada buat koleksi.. hiks.. berangan saja la…. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
I love to see what gadgets could be able to do. Samsung Galaxy tab seems a cool gadget since it is a tablet, which is convenient to carry anywhere while travelling. I agree that it is essential for bloggers if they wanted to make an update their blogs during a vacation or simply working at home. Anyway, good luck to the winner and I hope there will be more giveaways in the future.
Curahan rasa Ariana Lemarr @ ..Lunette de tir chasse
Semoga berjaya buat ZieFauzi
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Wordless Wednesday #9
Comments are closed.