Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Berita sukan di blog Denaihati”.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pembaca setia blog Denaihati pasti tahu Abang adalah seorang penyokong setia kelab bola Arsenal. Sebenarnya sebelum menjadi penulis blog Abang tidak mempunyai team bola yang disokong. Sebagai penulis blog Abang mengambil keputusan untuk menulis tentang bola kerana ianya salah satu topik yang mendapat sambutan di seluruh dunia.
Abang memilih pasukan Arsenal kerana suka dengan filosofi bisnis bola yang dibawa oleh pengurusnya Arsene Wenger yang lebih mementingkan keuntungan bukan sekadar kemasyhuran menjulang tropi. Prinsip yang sama kita boleh contohi sebagai penulis blog dan sosial media iaitu fokus kepada keuntungan berbanding menjadi terkenal tetapi kocek kosong.
Abang memilih untuk menonton perlawanan piala carabao antara Arsenal vs Brentford di Stadium Emirates. Tiket dibeli secara online di Live Football Tickets dan dihantar oleh wakilnya ke apartment. Abang memilih game ini sebab tiketnya murah, paling murah 30 pound dan paling mahal 95 pound berbanding tiket perlawanan Arsenal vs Erverton paling murah 70 pound dan paling mahal 545 pound. Abang beli tiket seat VIP yang dapat tiket percuma untuk melawat stadium, melawat muzium Arsenal dan juga dapat voucher diskaun untuk shopping di The Arsenal Store. Untuk tiket VIP ada lounge untuk kami tunggu game bermula dan dapat minuman ringan percuma semasa separuh masa. Makanan pun ada dijual tetapi bukan makanan halal.
Abang dan keluarga pergi ke Stadium Emirates menaiki keretapi bawah tahan (tube) central line dari stesen Bond Streets menuju ke Stesen Oxfords Circus untuk bertukar ke victoria line menuju ke stetsen Highbury. Tambang pergi balik 9.80 pound seorang. Jarak tak lah jauh sangat lebih kurang 5 km sahaja. Dari Stesen Highbury kami berjalan kaki ke Stadium Emirates lebih kurang 1.6 KM. Kepada yang lapar jangan risau dalam perjalan antara Stesen Highbury ke Stadium Emirates ada lebih kurang 7 berbagai jenis restoran halal. Restoran Malaysia pun ada tetapi tidak halal.
Lain macam perasaan bila sampai di Stadium Emirates yang sudah sering ditulis sejak lapan tahun lepas. Kali ini depan mata. Memang betul nasihat kawan katanya ramai ulat jual tiket jadi kena hati-hati sebab banyak tiket palsu. Ramai ulat tiket yang offer berbagai jenis tiket kepada kami. Sampai je apa lagi shopping jersi Arsenal yang tidak dijual di kedai-kedai diluar.
Sebelum game mula kami berehat di lounge minum dan makan kuih yang di beli di canteen Malaysia Mall. 30 minit sebelum game mula kami masuk ke dalam stadium Emirates, lain sungguh rasanya. Nampak banner besar khas untuk peminat Arsenal Malaysia, “Malaysia kelahiran ku, Arsenal pilihan ku”.
Tak sia-sia tengok game Arsenal vs Brentford sebab Arsenal menang 3 – 1 hasil jaringan Danny Welbeck dua biji dan Alexander Lacazette sebiji. Bergegar stadiun bila bola mencecah jaring. Tahniah Arsenal dengan pengurus barunya Unai Emery semuga menjadi pasukan yang ebih baik berbanding era Arsene Wenger.
Jom tengok video kami di Stadium Emirates
26 Comments
Ada juga Restoran Malaysia di sana yang tidak halal ya. Tapi naseb lah ada juga kedai makan yang halal
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Memang akan terasa lain macam perasaan bila sampai di Stadium Emirates. Macam tak percaya saja kan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tiket dibeli secara online di Live Football Tickets dan siap dihantar oleh wakilnya ke apartment lagi tu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bola ni memang menjadi salah satu topik yang mendapat sambutan di seluruh dunia. Semua orang boleh cakap
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tak pernah lagi sampai ke san. Jersi Arsenal hadiah drp DH masih tersimpan rapi. Nanti nak usaha pergi ke sana plak
harga tiket tu takde la mahal sangat.. masih mampu milik lagi.. yang minat team eropah boleh start kumpul duit utk ke sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Ha siap sedialah tabung nak ke sana kan. Mana tahu mampu ke sana tahun 2019 nanti
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kalau dah minat sangat memang satu pengalaman yang cukup menarik. dapat pula seat vip yang susah nk dpt
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Kan. Untunglah tuan Amir yang boleh ke sana dapat seat vip pula tu. Seronok tengok
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bestnya tuan Haji Amir dapat pergi ke Stadium Emirates … Tuan Haji Amir memang sesuai jadi pengerusi Kelab penyokong pasukan Arsenal..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
hehe.. setuju tu. Tn. Hj Amir memang peminat tegar dr dulu kalau tak silap. Jadi pengerusi kelab tu memang molek benar
terbaiklah…kalau tahu awal2 boleh tlg mintak bawa balik autograf unai emery #coyg
syoknya dapat tengok live di luar negara. Perasaannya memang lain macam. kalau sebelum ni duk tengok dalam tv je pon dh naik semangat. apatah lagi tengok live
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Atasi Simpul Biawak, Sakit Pinggang Dan Sakit Urat Dengan Ostematrix Shaklee
Menonton di TV dengan menonton secara live di stadium sgt berbeza..yg game dlm malaysia pun kalau menonton di stadium dah lain macam aura dia, apatah lagi game EPL
Lain macam perasaan bangga bila dah boleh menonton pasukan pujaan hati di depan mata kan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
pasti pada pengen kesana apalagi pegemar arsenal suatu ke bahagian bila menonton langsung team ke banggaan,.
Peminat arsenal ni. Memang bangga le tuan haji amir dapat ke sana. Kamu peminat kelab mana ya? Arsenal juga?
Bestnya dapat pergi ke luar negara, apa lagi ke tempat yang menjadi impian semua peminat Arsenal. Saya pun terus jatuh cinta dengan Arsenal !
Syukur alhamdulillah, dapat pengalaman yang tak dapat dilalui oleh orang lain untuk menonton secara langsung.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong Dan Bandar Tun Hussein Onn
Syukur alhamdulillah, dapat pengalaman best ni. Tak ramai orang yang dapat lalui pengalaman menonton secara langsung.
Kalau nak ke sana pun belanja mukan murah, memang kena simpan duit berkepuk kepuk dulu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Alhamdulillah, dapat juga tuan jejak kaki di Stadium Emirates. Stadium bola sepak ketiga terbesar di England dengan kapasiti hampir 60,000 selepas Stadium Wambley dan Old Traffold.
Peminat tegar mesti ada impian nak ke Stadium Emirates ini kan . Sama sprt peminat MU pasti nak ken Old Trafford
Comments are closed.