Banteras Penipuan Umrah, Raza Holidays tampilkan kelainan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Umrah dan haji. Sudah tentu semua umat Islam di dunia ini mengimpikannya. Sama ada di masa muda atau sudah berumur, sama ada cepat atau sedikit lewat semuanya pasti ingin ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Namun, umrah dan haji juga tidak terlepas daripada skim penipuan yang melibatkan ribuan jemaah saban tahun.

Berdasarkan kepada statistik kes penipuan Umrah oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2012 sehingga Oktober 2017, kes-kes penipuan ini masih lagi wujud walaupun terdapat sedikit penurunan dari setahun ke setahun.

Tiga bentuk penipuan utama :

  • Penipuan Dengan Niat Enggan Mengadakan Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Tidak Sama Seperti Yang Dijanjikan
  • Lain-Lain Penipuan Yang Berkaitan Dengan Pakej Umrah (Gores & Menang, Cabutan Bertuah, Kad Seumur Hidup)

Modus operandi adalah selalunya menawarkan pakej umrah yang murah, tajaan iaitu bakal jemaah hanya perlu membayar sebahagian sahaja dan selebihnya ditanggung serta menggunakan orang berpengaruh seperti selebriti dan ustaz.

Kecanggihan dunia teknologi tanpa sempadan pada masa kini turut membuka peluang kepada pihak yang dak bertanggungjawab untuk menjual visa dan pakej Umrah Ziarah kepada orang ramai secara berleluasa khususnya melalui media sosial. Apabila ini berlaku, orang ramai yang tertarik untuk membeli pakej Umrah Ziarah tetapi tidak dapat mengenal pas kesahihan seseorang agen atau sesebuah syarikat yang berlesen dan tulen.

Antara kes penipuan ini adalah penjualan ket kapal terbang dalam talian di mana bayaran telah pun dibuat namun tiket penerbangan tidak diperolehi.

Jutaan ringgit lesap oleh Penipuan Pakej Umrah

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2012 sehingga Oktober 2017, sebanyak 290 aduan telah diterima yang melibatkan nilai kerugian sebanyak RM11,529,751.00 di atas pelbagai kesalahan berkaitan.

Antara kes yang pernah dilaporkan termasuk kegagalan agensi pelancongan untuk mendapatkan visa Umrah, ada tiket penerbangan, hanya mempunyai tiket penerbangan sehala sahaja, pembatalan atau penangguhan pakej Umrah serta pelanggaran terma dan syarat pakej Umrah.

Bayangkan lagi seminggu tarikh berlepas untuk menunaikan umrah, jemaah terpaksa membayar sejumlah wang sekitar RM1,000 untuk kos-kos tambahahan yang lewat dimaklumkan pihak syarikat tersebut. Sudah pastinya kelihatan ramai jemaah kurang berpuas hati dengan makluman tersebut.

Panduan memilih pakej Umrah

  1. Pastikan agensi pelancongan berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan berstatus Muassasah. Senarai Syarikat Mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) Berstatus Muasassah boleh disemak di Semakan Syarikat Umrah Muassasah.
  2. Semak harga yang ditawarkan sama ada terlalu murah atau tidak berbaloi.
  3. Ada mutawwif dan sentiasa dapat berhubung dengan wakil syarikat.
  4. Jarak dan lokasi hotel penginapan di Tanah Suci
  5. Pemilihan tiket kapal terbang (penerbangan terus atau transit, jadual tiket pergi dan pulang)
  6. Kursus Umrah

Banyak perkara buruk yang akan berlaku sekiranya kita berdaftar dengan agensi yang tidak berlesen seperti Tidak dibayar ganti rugi sekiranya pakej yang diaturkan dibatalkan dengan tiba-tiba atau jika penganjur gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat dalam pakej berkenaan. Jemaahh juga tidak dilindungi oleh Akta Industri Pelancongan 1992.

Raza Holidays berikan kelainan Pakej Umrah

Raza Holidays Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% milikan bumiputera dan telah diperbadankan pada 20 Januari 2014. Raza Holidays Sdn Bhd merupakan syarikat berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, dan Kementerian Haji Arab Saudi.

Selain itu, ia juga telah menjadi ahli gabungan International Air Transport Association (IATA) dan Malaysian Association of Tours and Travel Agents (MATTA).

Pada hujung tahun ini, Raza Holidays telah menawarkan pakej umrah musim sejuk yang berbaloi bagi mereka yang ingin menunaikan umrah bersama-sama keluarga mahupun rakan.

Senarai kepentingan yang wajib akan dinikmati selepas berdaftar dengan Raza Holidays Sdn Bhd :

1) Pengangkutan pergi dan balik KLIA disediakan
2) Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi
3) Melakukan ibadah umrah 4 kali
4) Menikmati nasi Arab di Taif
5) Menikmati nasi Unta di Madinah
6) Mendaki gua Hira’
7) Hotel penginapan yang dekat dan selesa
8) Mutawwif yang berpengalaman dan mesra
9) Penerbangan terus
10) Tiada cas tambahan di kenakan
11) Kursus umrah disediakan
12) Bagasi serta uncang kasut disediakan
13) Percuma air zam zam 5 liter
14) Percuma kain ihram untuk lelaki dan telekung untuk perempuan.

Umrah dibimbing Mutawwif berpengalaman

Pakej umrah Raza Holidays akan dibimbing oleh mutawwif yang berpengalaman dari Malaysia. Raza Holidays mewajibkan mutawwif untuk membimbing Jemaah mengerjakan ibadah umrah sebanyak 4 kali.
• Yang pertama Miqat di Qarnul Manazil.
• Yang kedua Miqat di Jaranah.
• Yang ketiga Miqat di Hudaibiyah.
• Yang keempat ketika balik dari ziarah Taif.

Isu yang selalu berlaku adalah Mutawwif hanya menemani Jemaah sekali sahaja tetapi yang istimewa di Raza Holidays kami mewajibkan mutawwif kami untuk mengerjakan umrah sebanyak 4 kali bersama Jemaah.

Raza Holidays sentiasa memastikan keselesaan para Jemaah dengan menyediakan 4 orang Jemaah untuk 1 bilik tidak seperti yang disediakan oleh agensi pelancongan yang lain iaitu seramai 10 orang untuk sebilik.

Apa yang menariknya daripada Raza Holidays adalah promosi Umrah musim sejuk pada akhir tahun ini dimana ada pakej 6 Percuma 1. Ini sudah tentu menguntungkan jika anda ingin menunaikan umrah secara berkumpulan bersama keluarga atau rakan taulan.

Promosi 6 Free 1 ni khas untuk para jemaah yang berdaftar pada tahun 2018 ini dan mereka mempunyai 6 orang, sekiranya berdaftar 6 orang sekali gus secara automatik akan layak mendapat satu seat PERCUMA.  Hubungi segera Raza Holidays untuk maklumat lanjut dan terus daftar untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun 2018 ini.

Website : http://www.razaholidays.com
Facebook : RazaHolidays
Instagram : RazaHolidays

Raza Holidays Sdn. Bhd.
No 6 Tingkat 1, Taman Koperasi Kedah, Jalan Tun Razak,
05200 Alor Setar, Kedah Darul Aman
TEL: +604 – 730 7443 & +604 – 736 4696
FAKS: +604 – 730 1408

Raza Holidays Sdn. Bhd. (Melaka)
93A, JALAN MELAKA RAYA 24, TAMAN MELAKA RAYA,75000 MELAKA 06-2644279
TEL: +606-2644279

Raza Holidays Sdn. Bhd. (Johor)
8A, JALAN BUKIT IMPIAN 16, TAMAN IMPIAN EMAS, 81300 SKUDAI,JOHOR 07-5540930
TEL: +607-5540930


Spread the love

43 Comments

  1. Kena pilih syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, dan Kementerian Haji Arab Saudi.

  2. Antara kes penipuan yang viral dulu adalah penjualan tiket kapal terbang dalam talian di mana bayaran telah pun dibuat namun tiket penerbangan tidak diperolehi.

  3. Kecanggihan dunia teknologi tanpa sempadan pada masa kini turut membuka peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjual visa dan pakej Umrah Ziarah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!