Unai Emery ketua jurulatih baru Arsenal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Jadual Piala Dunia 2018 waktu Malaysia”. Kali ini Abang nak berkongi kisah Kelab bola sepak kesayangan Arsenal. Kepada yang tak minat bola boleh baca sebagai tambahan ilmu sukan.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking top 50 Malaysia dengan lebih 2.3 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Selepas 22 tahun menjadi pengurus Arsenal akhirnya Arsene Wenger melambaikan tangan perpisahan kepada peminat setia Arsenal pada perlawanan terakhir di Emirates ketika Arsenal menewaskan Burnley 5 – 0. Memang sudah tiba masanya Arsene Wenger meninggalkan Arsenal kerana prestasinya yang kian menurun. Musim 2018/18 merupakan keputusan yang terburuk Arsenal sepanjang dipimpin oleh Arsen Wenger. Musim ini Arsenal tidak memenangi sebarang piala, kedudukan jatuh ke tangga ke enam keseluruhan dan paling mengecewakan tidak layak Champions League.

Arsene Wenger

Arsene Wenger di lahirkan pada 22 Okyober 1949 di Perancis merupakan seorang pemain bola sepak sebelum menjadi pengurus. Arsene mula menjadi pengurus Arsenal pada tahun 1996 sehingga 2018, merupakan pengurus bola sepak Arsenal yang paling lama. Kedatangan Arsene dari Nagoya Grampus Eight telah merevolusi bola sepak di Eropah. Sebelum menjadi pengurus di Nagoya Grampus Eight, beliau juga berjaya di AS Monaco.

Cara Arsene mencari pemain baru, teknik latihan dan cara pemakanan yang diperkenalkan di Arsenal telah mengubah kelab bola sepak Arsenal menjadi sebuah pasukan besar di Eropah. Dua tahun selepas mengambil alih Arsenal, Arsene telah membawa Arsenal menang liga keseluruhan dan menjulang Piala FA. Pada musim 2002 sekali lagi Arsenal jadi juaea liga dan menang Piala FA. Pada tahun 2004 Arsenal menang 49 perlawanan berturut-turut memecah rekod Nottingham Forest yang memegang rekod 42 perlawan tanpa kalah.

Arsene Wenger telah membawa Arsenal layak ke piala Champion League lebih 18 kali berturut-turut sehingga akhirnya gagal pada musim 2017/18 dan musim depan 2018/19. Pada tahun 2006 Arsenal layak ke final Champions League tapi tewas kepada Barcelona. Arsen Wenger telah berjaya mendidik ramai pemain bertaraf dunia seperti Thierry Henry, Patrick Vieira, Cesc Fabregas dan ramai lagi.

Pengurus Baru Arsenal

Yang datang pasti akan pergi. Selepas 22 tahun Arsnene Wenger memimpin Arsenal akhirnya dia harus pergi. Bukan mudah untuk Arsenal mencari penganti mengantikan pengurus yang mempunyai rekod sangat baik. Beberapa nama disebut bakal mengantikan Arsene Wenger antaranya Patrick Vieira, Mikel Arteta dan Luis Enrique. Pengurusan Arsenal telah temuduga Mikel Arteta tetapi di saat akhir Arsenal lebih tertarik dengan perancangan yang disediakan oleh Urai Emery. Pada 23 Jun 2018 secara rasmi Arsenal telah melantik Unai Emery sebagai penganti Arsene Wenger tetapi hanya sebagai Ketua Jurulatih bukan Pengurus Arsenal.

Unai Emery

Unai Emery dilahirkan pada 3 November 1971 di Sepanyol juga merupakan pemain bola sepak sebelum menjadi pengurus. Sebelum ke ASrsenal beliau pernah menjadi pengurus di Almeria, Valencia, Sevilla dan terakhir di Paris Saint Germain (PSG). Pada usia baru 44 tahun, emery telah membawa berbagai kejayaan di Kelab-kelab yang beliau uruskan.

Antara kejayaan beliau adalah membawa kelab Valencia menduduki tempat ke tiga La Liga selama empat musim berturut-turut. Di Sevilla beliau berjaya menjulang piala eropah selama tiga musim berturut-turut. Emery berpindah ke Paris Saint-Germain pada tahun 2016, menang Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophée des Champions. Pada musim kedua di PSG, beliau menang semua empat piala iaitu juara Ligue 1, Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophée des Champions.

Semuga rekoh Emery yang baik ini dapat membawa Arsenal ke level yang lebih baik berbanding era Arsene Wenger.

Jersi Baru Arsenal Musim 2018/19

Arsenal masih mengekalkan kerjasama bersama Puma untuk musim 2018/19. Jersi untuk musim 2018/19 telah dilancarkan dengan mengekalkan warna merah untuk jersi home dan warna biru untuk jersi away. Jersi ketiga akan diperkenalkan beberapa minggu lagi.

Jersi Home Arsenal 2018/19
Jersi Away Arsenal 2018/19

Pemain Arsenal yang terpilih Piala Dunia Rusia 2018

Tahniah kepada pemain-pemain Arsenal yang layak ke Piala Dunai Rusia pada pertengahn Jun ini. Antara pemain yang terpilih adalah :

  1. Danny Welbeck
  2. Joel Campbell
  3. Mesut Ozil
  4. Mohamed Elneny
  5. Alex Owobi
  6. David Ospina
  7. Nacho Monreal

Jadual penuh Piala Dunia 2018 di Rusia JADUAL PIALA DUNIA 2018 waktu malaysia

Peminat Arsenal pasti menunggu musim baru dengar debaran. Semuga tiada kegagalan seperti Manchester United ketika David Moyes dan Louis Van Gaal menganti Sir Alex Ferguson.

Good Luck Arsenal

Peminat setia Arsenal


Spread the love

28 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!