Final World Cup 2018 France vs Croatia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “10 video dengan lebih 100 juta views”.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 35 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Piala Dunia 2014 pasukan pilihan abang adalah German berjaya masuk final dan menang menewaskan Argentina 1 – 0. Untuk World Cup 2018 di Russia Abang masih memilih German sebagai pasukan utama dan kedua pasukan France. Kenapa Abang memilih dua pasukan ini, sudah tentu kerana ada pemain Arsenal yang merupakan kelab bola sepak feberet sepanjang zaman. Nampaknya badi sebagai Juara Piala Dunia yang tersingkir awal berjangkit kepada German apabila tidak layak kepusingan kalah mati. Juara sebelum ini Sepanyol 2010, Itali 2006 dan Brazil 2002 juga mengalami nasib yang sama terkeluar dipusingan kumpulan pada piala dunia selepas menjadi juara.

Croatia kali pertama layak final Piala Dunia

World Cup 2018 kali pertama Croatia layak ke final. Sebuah negara kecil yang hanya ada 4 juta penduduk tetapi mempunyai jiwa besar dalam dunia bola sepak. Ramai pemain-pemain Croatia bermain di pasukan besar seperti Real Madrid, Barcelona, Jeventus dan Tottenham. Walaupun bukan pasukan feberet tetapi dari sepak mula Abang sudah merasakan aura kuat pasukan Croatia yang bermain secara berpasukan. Pemain tengah Modric mengemudi pasukan Croatia dengan baik sehingga ada pengulas sukan yang menyamakan beliau dengan konduktor orkestra yang mengawal setiap perlawanan sehingga pihak lawan terpaksa mengikut rentak.

Croatia layak ke final world cup 2018 dengan jalan yang sukar iaitu menewaskan England 2 – 1 di peringkat separuh akhir pada masa tambahan oleh jaringan Mario Mandzukic. Pada peringkat suku akhir Croatia menewaskan tuan rumah Russia dengan sepakan penalti 4 – 3 setelah seri 2 – 2 pada masa tambahan.

Senarai pemain Croatia untuk perlawan final menentang France

Penjaga Gol : Danijel Subasic

Pertahanan : Sime Vrsaljko, Dejan Levron, Domagoj Vida, Ivan Strinic

Tengah : Ivan Perisic, Ivan Rakitic, Ante Rebic, Marcelo Brozovic, Luka Modric

Penyerang : Mario Mandzukic

Perancis Mengejar Kejuaran kedua Piala Dunia

Perancis mengejar kejuaran Piala Dunia kali kedua selepas berjaya menjulang kali pertama pada tahun 1998 dan tewas final kepada Italy pada tahun 2006. Kali ini pasukan perancis adalah feberet kerana dibarisi pemain super star dunia antaranya Pogba, Mbappe, Kante, Giroud, Umiti, Matuidi, Griezmann, Varane dan Lloris. Mbappe dijangja bakal menjadi pemain termahal dunia pasa usi awal 20 an. Harapan memang besar untuk menjulang piala dunia 2018 yang paling penting mereka perlu mengikat kaki Modric dan Rakitic supaya tidak mengawal permainan. Harapan penyokong perancis pasti setiap pemain berada pada tahap terbaik dan jangan sesekali over confident.

France layak ke final world cup 2018 setelah menewaskan pasukan under dog yang hebat Belgium 1 – 0 di peringkat separuh akhir. Pada peringkat suku akhir France  menewaskan pasukan Uruguay 2 – 0 dan para peringkat kalah mati France menewaskan Argentina 4 – 3.

Senarai pemain France untuk perlawan final menentang Croatia

Penjaga Gol : Hugo Lloris

Pertahanan : Raphael Varane, Lucas Hernandez, Benjamin Pavard, Samuel Umtiti

Tengah : Blaise Matuidi, Paul Pogba, Antoine Griezmann, Kylian Mbappe, N’Golo Kante

Penyerang : Giroud

Senarai Juara Piala Dunia

  1. 1930 : Uruguay (Uruguay 4 – 2 Argentina)
  2. 1934 : Itali (Itali 2 – 1 Czechoslovakia)
  3. 1938 : Itali (Itali 4 – 2 Hungary)
  4. 1950 : Uruguay (Uruguay 4 – 2 Brazil)
  5. 1954 : German (German 3 – 2 Hungary)
  6. 1958 : Brazil (brazil 5 – 2 Sweden)
  7. 1962 : Brazil (Brazil 3 – 1 Czechoslovakia)
  8. 1966 : England (England 4 – 2 German)
  9. 1970 : Brazil (Brazil 4 – 1 Itali)
  10. 1974 : German (German 2 – 1 Belanda)
  11. 1978 : Argentina (Argentina 3 – 1 Belanda)
  12. 1982 : Itali (Itali 3 – 1 German)
  13. 1986 : Argentina (Argentina 3 – 2 German)
  14. 1990 : German (German 1 – 0 Argentina)
  15. 1994 : Brazil (Brazil 3 – 2 Itali)
  16. 1998 : Perancis (Perancis 3 – 0 Brazil)
  17. 2002 : Brazil (Brazil 2 – 0 German)
  18. 2006 : Itali (Itali 1  – 1 (5 – 3) Perancis)
  19. 2010 : Sepanyol (Sepanyol 1 – 0 Belanda)
  20. 2014 : German (German 1 – 0 Argentina)
  21. 2018 : Perancis (Perancis 4 – 2 Croatia)

Keputusan Final Piala Dunia 2018

Tahniah kepada Perancis yang telah berjaya menjulang piala dunia untuk kali kedua setelah menewaskan Croatia 4 – 2. Gol kemenangan perancis hasil jaringan Mario Mandzukic (gol sendiri), Antoine Griezmann (penalti), Paul Pogba dan Kylian Mbappe. Manakal gol Croatia dijaringkan oleh Ivan Percic dan Mario Mandzukic.

Tahniah Perancis jadi juara juga Croatia yang ada dalam hati ramai peminat bola sepak dunia.


Spread the love

37 Comments

  1. Selepas Argentina kecundang sokong pula Croatia… Nampak Croatia macam boleh pergi jauh… Rupanya masih jauh kemampuan mereka jika nak dibandingkan dengan kesebelasan utama France… Pemain-pemain muda yang cukup bertenaga..
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

  2. Akhirnya Croatia dapat juga ke final. Teringat jersi pertama yang dibeli sewaktu zaman persekolahan dulu adalah Croatia. Apa pun World Cup 2018 dah berlalu dan tahniah kepada France.

    1. mesti jadi kenangan jersi tu. apa pun, pasukan-pasukan bolasepak seluruh dunia sudah merancang untuk piala 4, 8, 12, 16 tahun lagi

  3. Piala dunia sudah meninggalkan kita…

    yang ada cuma kenangan yang bakal dikenang pada masa yang akan datang..

    moga kita panjang umur dan bertemu lagi dalam piala dunia tahun 2022

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!