Siaran Langsung RTM1 Fight of Champions Manny Pacquiao vs Lucas Matthysse

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Peminat-peminat sukan tinju sudah pasti menantikan saat dan waktu yang sudah hampir tiba iaitu pertarungan di antara Manny Pacquiao dan Lucas Matthysse.

Sekali lagi Manny Pacquiao akan bertarung di Asia, pulang ke jutaan penyokong setia beliau yang telah bersorak sejak awal karier tinjunya yang produktif. Selalu dianggap sebagai kebanggaan Asia, Manny Pacquiao akan bertarung dengan Lucas Matthysse ‘The Machine’ dari Amerika Selatan ketika dia berjuang untuk gelaran ke-60.

Dengan berjuta-juta peminat tinju di rantau ini, pertarungan itu pasti menjadi antara acara sukan terbesar bagi 2018 dan yang terbesar di Asia. Manny Pacquiao adalah bukti ketekunan, ketenangan dan dedikasi dalam sukan tinju. Pertarungan hebat ini berlangsung di Axiata Arena, dan ini memberi kesempatan kepada peminat di seluruh rantau ini untuk menyaksikan kecemerlangan Manny Pacquiao.

Biodata penuh Manny Pacquiao

Nama penuh : Emmanuel Dapidran Pacquiao
Nama samaran :
* Pac-Man
* The Destroyer
* The Mexicutioner
* The Filipino Slugger
* Ang Pambansang Kamao (“The Nation’s Fist”)
Tinggi 5 ft 6 in (168 cm)
Warganegara : Filipina
Tarikh lahir : 17 Disember 1978
Isteri : Jinkee Jamora
Anak : 5 orang
Jumlah pertarungan : 68
Menang : 59
Menang dengan KO : 38
Kalah : 7
Seri : 2

Biodata penuh Lucas Matthysse

Nama penuh : Lucas Martín Matthysse
Nama samaran : La Máquina (“The Machine”)
Tinggi : 5 ft 61⁄2 in (169 cm))
Warganegara : Argentina
Tarikh lahir : 27 September 1982
Jumlah pertarungan : 44
Menang : 39
Menang dengan KO : 36
Kalah : 4

“Let’s get on with this fight. I am ready. I have never predicted the outcome of any of my fights, but this training camp is special for many reasons. I am motivated. I am happy. I am hungry. I am excited to show the world a new Manny Pacquiao.” (Manny Pacquiao)

“My style is to be aggressive. Obviously, I’ll have a game plan and may need to adjust during the fight, but that’s my style. I feel 100 percent sure that I will succeed in this fight. This is my biggest fight because Manny Pacquiao is a legend.” (Lucas Matthysse)

RTM Siar Siaran Langsung Fight of Champions di TV1

Setelah lebih empat dekad, peminat sukan tinju berpeluang menyaksikan perlawanan tinju Fight of Champions yang bakal menjadi pertarungan tinju terhebat negara ini selepas pertembungan antara Muhammad Ali dan Joe Bugner pada tahun 1975.

Pertarungan ini disiarkan secara langsung buat julung kalinya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi mengulangi sejarah pada tahun ini dengan menyiarkan siaran langsung perlawanan antara juara tinju lapan kali, Manny Pacquiao dan juara dunia, Lucas Matthysse dari Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari Ahad 15 Julai 2018, jam 8.00 pagi menerusi saluran TV1.

Ikuti siaran langsung perlawanan bersama Azlan Mubin selaku pengacara di studio dan juga Rasdi Jumaat sebagai pengulas sepanjang perlawanan.

Siaran ini juga boleh diikuti menerusi myFreeview di Saluran 111 RTM HD dan TV1 Myklik

Keputusan :  Pacquiao tewaskan Matthysse dengan pukulan KO pada pusingan ke 7.

13 Comments

  1. Peminat suka tengok semangat fighter Packman.. kalau nak katakan fight semata kerana duit, rasanya beliau dah cukup

  2. seperti sudah dijangka Packman atau Pacquiao berjaya menumbangkan lawannya dalam pusingan ke 7 ..

    tahniah untuk peninju Filipina ini…

    memang terbaik dan memberi inspirasi untuk kita semua mengejar kejayaan dalam hidup ini..

  3. pacquio dan matthies berkongsi bini yang menghasilkan 10 orang anak.. 5 orang dgn pacquaio dan5 orang dengan mattise.. ajaibkan..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!