Sampah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, maaflah kerana lama tak dapat bersama. Kesihatan tidak berapa mengizinkan untuk online. Ujian kecil dari Allah setelah diberi sihat untuk beberapa ketika. Sihat ada hikmahnya dan kurang sihat pun ada hikmahnya tiada apa yang perlu dirungutkan.

Hari ini nak berkongsi pemandangan yang kurang enak yang selalu ditengok. Pernahkah kalian melihat seseorang yang membuka tingkap keretanya lalu melimpar sampah keluar tanpa lansung ada perasaan bersalah. Apalah salahnya sampah tu dikumpulkan dalam beg plastik kemudian dibuang ke dalam tong sampah.

Dalam Islam kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Adakah mereka yang suka buang sampah merata-rata dikira kurang imannya atau mungkinkah mereka ini juga sampah masyarakat?


Spread the love

190 Comments

  1. Assalamu’alaikum…

    Apa khabar Encik? semuga sihat2… Maaf lama tak singgah.

    Pagi atdi, masa baru balik pasar, aku pun tengok jugak orang yang buang sampah dari tingkap kerete 🙁
    Curahan rasa Anazkia @ ..Membaca- di KeretaMy Profile

  2. salam…

    Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada penyakit..
    Kdg2 ia menjadi tabiat kalau dah biasa buang sampah merata-rata tapi kalau dididik/asuh sejak kecil bila besar kita x akan buang sampah merata-rata.
    Curahan rasa ozzy @ ..INGAT 5 PERKARAMy Profile

  3. Aku paling tak suka org baling sampah dari kereta atau apa-pa kenderaan kat depan aku. Bukan saja membahayakan, malah merosakka ala skitar. Paling banyak yang dibuang aku nampak, plastik minuman atau cup plastic yang dah habis minum. Pernah gak jumpa buang tongkol jagung yang dah dimakan isinya.

    Lagi satu, meludah keluar tingkap. Kalau naik moto kat belakang silap2 melekat kat muka tu. Huduh la perangai.

    Tiada kesedaran sivik dan aku yakin mmg dari golongan org yang nipis imannya.
    Curahan rasa Anwar Osman @ ..AkuBiomed Giveaway RM50 Note EventMy Profile

  4. mereka ni, bukan saja merosakkan alam sekitar, tapi juga membahayakan kenderaan di belakang…

    baru 2-3 hari lepas, kereta depan saya anaknya buang botol air mineral yang 1.5liter tu keluar dari kereta mereka, terkejut kami yang berada di belakang dibuatnya, gelabah sekejap untuk mengelak botol air yang dibuang tu… haih… jgnlah diamalkan kerja mcm nie…
    Curahan rasa intankuterpilih @ ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s BlogshopMy Profile

  5. kebersihan sebahagian daripada iman… kiranya membuang sampah merata-rata = membuang sebahagian iman merata-rata.. Lagi banyak sampah dibuang, begitu jugalah banyaknya iman yang dibuang dari dalam diri. 😛
    Curahan rasa lAl @ ..Kekuatan SEMANGATMy Profile

  6. Saya juga pernah jumpa orang macam tu. Pernah saya & adik nak buat macam tu, apa lagi, terus dimarahi oleh Ayah. Sejak itu, kami tak lakukan lagi. Hehe.

    Saya benci mereka yang buat begitu. Kurang matang & tidak berfikir jauh. 😐
    Curahan rasa Hadi Rofiee @ ..Hosting bermasalahMy Profile

      1. Tak perlulah labelkan dorang sebagai sampah masyarakat.. mungkin dorang kurang dididik sejak dari kecil. Yang pating jangan sampai benda ni diperturunkan kepada keturunan dorang pulak

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!