Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur teramat sangat kerana ALLAH pilih kami untuk berpuasa 29 hari di bulan Ramadhan 1435H. 1 Syawal menjelang lagi tanda kemenangan bermujahadah sebulan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi patuh dengan berbagai perintah ALLAH. Azam kita untuk mengamalkan semua ilmu yang kita pelajarai di Madrasah Ramadhan 2014 di dalam keseluruhan kehidupan sepanjang sebelas bulan akan datang menjelang Ramadhan 1436H.
Syukur tahun ini masjid dan surau sentiasa dipenuhi jemaah sehingga ke akhir Ramadhan satu suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Semuga amalan kita diterima dan menjadi asbab untuk kita jadi lebih dekat dengan ALLAH.
تقبل الله منا ومنكم
SALAM AIDILFITRI 1435H / 2014 dari kami sekeluarga dan keluarga Denaihati Network.
Semoga Allah menerima semua amalan-amalan kita dan semoga kita dipertemukan lagi di Ramadhan 1436H. Mohon Maaf Zahir & Batin di atas segala salah silap setahun mengendalikan Denaihati Network mungkin ada tersilap penulisan, terkasar bahasa yang menguris hati perasaan dan halalkan makan serta minum sepanjang majlis yang kami sertai.
Dalam kita bergembira di Aidilfitri 2014 jangan lupa kepada yang fakir, miskin dan anak yatim teruskan sifat baik suka memberi yang kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Tidak juga kita lupakan kepada keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17. Kesedihan mereka juga adalah kesedihan kita. Teruskan berdoa dan bermunajat untuk saudara Islam kita di Gaza, Syria, Sudan dan banyak lagi negara lain yang sedang ditindas dan dibantai oleh musuh Islam.
Semuga segala kesukaran ini akan menjadikan kita umat Islam yang lebih kental dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Islam mungkin kalah dipandangan mata dunia tetapi tidak di sisi ALLAH swt.
94 Comments
semoga amalan kita di terima Allah. Selamat hari raya.
Curahan rasa yangbaik @ ..Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman
dalam sebulan berpuasa, macam2 ibadah kita dah buat.. smoga smuanya diterima Allah …
selamat hari raya juga buat ‘yangbaik’ .. amboi uniknya nama hehe
InsyaAllah sambil seronok beraya jangan kita lupa berdoa untuk saudara-saudara kita di Gaza
Curahan rasa zara @ ..Kelebihan Berdaftar Sebagai Ahli Shaklee
Sudah semestinya. Seronok, seronok juga tapi saudara seislam yang x bernasib baik menyambut raya seperti kita jangan dilupakan… Pray for gaza
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
insyaAllah.. setiap selesai solat fardhu, doalah untuk mereka.. salam aidilfitri bro 🙂
Salam Aildifitri juger…buat team Denaihati
Curahan rasa Mrs. A @ ..Salam Aidilfitri 1435H dan Selamat Bercuti
Salam aidilfitri Tuan, moga amalan kita akan diterima Allah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Semoga dimaafkan andai ada terkasar bahasa sepanjang menulis komen di sini.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Maafkan jug sekiranya entri blog saya ada tergores hari sesiapa.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
faridzuan.. selamat hari raya juga diucapkan! semoga amalam kita di bulan Ramadhan diterima olehNya..
Selamat hari raya Aidil fitri maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata-kata yang menguris perasaan. Nanti buat open house jangan lupa jemput hanny ya..:)
Curahan rasa Hannyabdullah @ ..Ucapan Salam Aidilfitri Buat Semua
salam aidilfitri juga buat Hanny! betul tu Tuan Denaihati.. kalau ada buat open house, jemput la rakan2 blogger smua 🙂
Selamat Hari Raya Idul Fitri, Mohon Maaf Lahir dan Batin
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Formasi CPNS 2014 Pemerintah Daerah
Kang Dadan.. salam aidilfitri khas dari Malaysia.. moga raya di Indonesia baik2 aja
Salam aidil Fitri..maaf zahir dan batin..semoga segala amalan yang kita buat dalam bulan ramadhan diterima oleh Allah SWT..amin
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Seminar Penyedia Latihan ezSkill Bertauliah
“Taqabbalallahu minna wa minkum”, Mohon maaf lahir batin dan kami ucapkan Selamat Idul Fitri.
Curahan rasa Blog Edi Gunawan @ ..Selamat Idul Fitri dan Mohon Maaf Lahir Batin
saya suka kepada ucapan yang diberikan oleh Bro Edi..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Salam Aidilfitri Dari Hero Borneo
itulah ucapan yang baik sebenarnya di Aidilfitri ini.. Baru je tengok rancangan yang dihoskan oleh Heliza Helmi malam raya hr tu.. huhu 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
Selamat Hari raya Maaf Zahir Dan Batin buat bro dan Denaihati Network
Curahan rasa wazy @ ..Salam AidilFitri 1435 Hijrah 2014
Selamat hari raya aidilfitri buat keluarga tuan.. maaf zahir batin.. nak lemang dua batang.. #eh
Curahan rasa KiD @ ..Salam Aidilfitri 1435H dari Shakiddo
Selamat hari raya aidilftri maaf zahir dan batin..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Fated to Love You OST
Salam ‘Idul Fitri. Maaf zahir dan batin Tn. Amir. Moga Tuan sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Wordless Of Wednesday 39 : Power Bank Tenggara
Saya pun memohon sejuta kemaafan jika pernah terkasar bahasa serta tertinggal komen yang mengguris hati sepanjang saya komen dekat blog nie sejak sekian lama… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada Tuan Denaihati sekeluarga dan Team Denaihati Network…
Curahan rasa Anuar @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014/1435 Hijrah
Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua…maaf zahir batin…#kosongkosong 😀
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Salam Aidilfitri 2014 Daripada EZADSKYTECH.COM
Comments are closed.