Saham Felda Global Ventures terkini

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak maklumkan ini bukan entri advertorial tetapi lebih kepada pendapat beribadi yang tidak terikat pada mana-mana parti politik. Alhamdulillah setelah melalui berbagai halangan akhirnya saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) selamat disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL). Di hari pertama saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang ditawarkan pada harga RM4.55 naik setinggi RM5.46 dan tutup diakhir pasaran pada harga RM5.30. Peningkatan 16.5% dengan premium saham Felda RM0.75 daripada harga tawaran adalah prestasi yang agak membanggakan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.

Klik untuk tahu Panduan buat duit dengan SAHAM
Penyenaraian saham FGVH adalah penyenaraian saham yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Sebagai seorang yang sudah lama melibatkan diri dengan dunia saham BSKL penyenaraian FGVH sangat ditunggu oleh para pelabur runcit. Alhamdulillah aku sebagai pelabur runcit bumiputera dapatlah sikit saham FGVH.

Felda Global Ventures Holding

Aku memang suka pegang saham peladangan sebabnya berdasarkan krisis dunia terutamanya peningkatan harga minyak mentah pasti harga komuditi seperti getah dan minyak sawit akan terus meningkat. Berdasarkan harga BSKL pada 28/6/2012 kebanyakan harga saham peladangan memang tinggi antaranya Air Molek RM18.80, Batu Kawan RM18.20, BLD Plantation RM8.60, Chintek RM8.75, IOI Corp RM5.14, Kulim RM4.53 dan UTD Plantation RM25.70. Aku yakin FGVH ini adalah pelaburan jangkamasa panjang dan bagus disimpan tidak mustahil akan meningkat melebih RM8.00 sesaham.

Ada suara-suara yang menentang penyenaraian FGVH kerana takut jadi seperti MAS yang tak habis-habis ditimpa masalah. Bagi aku MAS dan FGVH dalam sektor yang sangat berbeza. MAS dalam sektor penerbangan yang sangat terkesan dengan masalah ekonomi dunia dan peningkatan harga bahan bakar. Suka tak suka pihak pembangkang mesti menentang penyenaraian FGVH sebagai modal politik tak kan pulak pembangkang setuju dengan apa yang Kerajaan buat walaupun ianya baik. Hijrah ekonomi bumiputera memang susah pasti ada halangan, ya lah nak berubah daripada kebiasaan Felda sejak berpuluh tahun dahulu nak menjadi GLC besar dunia pasti ada yang tak setuju. Ada pihak yang takut peneroka akan rugi dengan meminjam bank untuk membeli saham Felda maka sekarang sudah terjawab. Untuk maklumat pihak tersebut majoriti pelabur bumiputera juga pinjam duit dari bank dan broker saham untuk membeli saham FGVH.

Sebagai seorang pelabur runcit aku cadangkan kepada pelabur bumiputera yang memegang saham FGVH supaya tidak menjual dalam masa terdekat. Kalau nak jual tunggu sehingga harga terkini saham Felda melebih RM8 barulah berbaloi-baloi. Lebih bagus jangan jual lansung jadilah pemegang saham FGVH sampai bila-bila kerana setiap tahun pasti ada bonus dan dividen. Dengan sokongan semua aku yakin FGVH akan menjadi syarikat peladangan besar bukan sahaja di Malaysia malah di dunia yang akan menguasai industri Kelapa Sawit dan Getah.

Yang paling best tu dengan FGVH berpeluang juga aku menjadi salah seorang pemegang saham Felda walaupun aku bukan peneroka Felda. Kepada peneroka Felda yang dapat durian runtuh dan dan pelabur yang untung jangan lupa bersihkan keuntungan itu dengan memberi kepada asnaf 2.5% insyallah lebih berkat rezeki dan bertambah-tambah rezeki lain.

Harga Saham Felda terkini Felda Global Ventures Holding (KLIK)


Spread the love

185 Comments

  1. Dulu tahun 2006/2007 pernah beli saham cpo (crude palm oil) harga 1 tan minyak sawit mentah masa tu sgt cantik….memang saham komoditi sangat menguntungkan.

  2. Memang seronok tengok harga saham naik. Tapi diri sendiri masih tak beli apa-apa saham. Masih dalam proses belajar tentang saham sambil kumpul modal untuk dilaburkan. Zakat memang wajib dikeluarkan, sebab apa yang kita dapat tak semuanya milik kita.
    Curahan rasa wati @ ..Harga Saham FGVH TerkiniMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!