Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih segar di ingatan perkenalan dengan Madrasah An-Nuur dari sebuah entri blog. Siapa sangka sejak dari perkenalan tu sehingga sekarang masih terjalin ikatan persahabatan dengan orang hebat Ustaz Noor Effendi yang merupakan mudir Madrasah Tahfiz An-Nuur di Muar, Johor.
Ustaz Effendi juga merupakan salah seorang pelajar Akademi Denaihati yang sangat berjaya melalui blog beliau Noehas.com yang sarat dengan perkongsian ilmu agama dalam bentuk penulisan santai dan mudah difahami.
Sekarang ni pihak Madrasah An-Nuur sedang mengumpul dana bagi membina satu lagi bangunan untuk kegunaan para pelajar. Bangunan sedia ada sekarang dah tak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah ramai. Bangunan baru yang akan dibina di tanah dalam kawasan madrasah sekarang memerlukan kos sebanyak lebih RM600K untuk menyiapkan bangunan dan prasarana bangunan ini.
Alhamdulillah, setakat ni Madrasah An-Nuur telah berjaya mengumpul sebanyak RM200K lebih tapi jumlah dana yang ada masih belum mencukupi untuk membolehkan bangunan baru ni dibina sepenuhnya.
Ilustrasi 3D bangunan baru Madrasah An-Nuur
Bagi mengumpul dana yang selebihnya untuk pembinaan bangunan baru Madrasah An-Nuur, pihak madrasah telah memberi tawaran membeli saham wakaf dengan harga RM100 untuk satu lot. Saham wakaf ini membolehkan kita memberi sumbangan dan mendapat bahagian daripada pembinaan bangunan baru yang akan digunakan oleh para pelajar madrasah untuk belajar ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.
Sekiranya anda ingin membeli saham wakaf bangunan ini, harga untuk 1 saham adalah RM100 satu saham. Namun begitu, sekiranya anda ingin menyumbang dengan nilai yang lain, sumbangan tersebut tetap dialu-alukan. Bayaran boleh dibuat melalui akaun bank Madrasah Tahfiz Al Quran Annur. Maklumat akaun bank boleh dapatkan di halaman khas “Saham Bangunan Wakaf Madrasah Annuur“. Derma boleh dibuat secara kiriman online terus ke akaun bank Madrasah atau menggunakan Mesin ATM atau penggunaan cek serta cara-cara lain yang penting sila isi detail di borang yang telah disediakan secara online untuk makluman Madrasah.
[box type=”shadow”]Dan apabila dikatakakan kepada mereka, “Infakkanlah sebagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu,” orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman, “Apakah pantas kami memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah menghendaki Dia akan memberinya makan, kamu benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” – Surah Yassin ayat 47 [/box]
Semuga sumbangan ikhlas daripada sahabat semua akan dipandang oleh Allah SWT, dan semuga sumbangan kalian akan mendapat balasan daripada ALLAH dan yang paling penting kita tidak menjadi golongan pelokek seperti yang dinyatakan ALLAH dalam surah Yassin ayat 47. Inshaa ALLAH dengan saham seminima RM100 ALLAH akan menyelesaikan berbagai masalah kita dengan nikmat yang beribu kali ganda kerana itu janji yang pasti dari ALLAH dan yang lebih penting kita mendapat saham akhirat yang berpanjang.
[box type=”shadow”]“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Surah Al-Baqarah ayat 261.
“Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Surah Al-Baqarah ayat 245.
“Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 215. [/box]
“Kita membina hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan”
Semuga pembaca dapat menyebarkan entri ini kepada seramai yang boleh keseluruh alam manalah tahu mungkin ada dermawan di hujung dunia yang sedang menunggu peluang untuk berzakat untuk saham akhirat.
No related posts.
73 Comments
Ye, betul tu Tn. DH, harta kita yang sebenar adalah yang kita infakkan. Yang bertimbun-timbun kat dunia ni akan kita tinggalkan. Hidupkan Untuk Memberi…
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Merawat Cirit-Birit
harta atas jalan yang betul, insyaAllah beri pulangan diakhirat,
Curahan rasa Denaihati @ ..1001 Macam Khasiat Madu
dan juga dengan hati yang ikhlas…semuanya akan menjadi pahala.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.. suatu ungkapan yang sangat menarik untuk kita fikirkan.. moga tercapai hasrat untuk menyiapkan sepenuhnya bangunan tersebut
Curahan rasa KiD @ ..Kisah PUTERI dari Les Copaque September 2014
Aminn. mudahan segalanya kewangan, kerja-kerja dan persedian dipermudahkan nanti, InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
Pulangan yg berguna utk dibawa keakhirat. Allah melihat usaha kita yg sedikit.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..BANK RAKYAT UMUMKAN 15% DIVIDEN TUNAI
Saham akhirat tuh yg penting..lebih nilai utk wang anda..in sha Allah murah rezeki kepada yg sudi menghulur..tangan yg memberi lbh baik dari yg menerima..
Curahan rasa UpProfits @ ..Philippines vs Malaysia Peluang baiki Ranking FIFA
saham terbaik dan tak ternilai didunia, Hanya Allah yang boleh membalas penyumbang dana akhirat ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati
Muar bandar diraja.. alhamdulillah.
Moga Allah memberkati usaha murni ini.
Kita bantu dan sebarkan seterdaya mungkin!
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming Terengganu vs Lions XII
itu yang terbaik bagi kita semua..dapat saham akhirat yang sifatnya kekal abadi
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
InsyaAllah… wakaf ni besar ganjarannya. Kat Muar je. Mungkin satu hari nanti boleh boleh singgah ke sana 🙂
Curahan rasa Sya Isya @ ..BAJU KURUNG PAHANG KOLEKSI RAYA 2014 MURAH DAN CANTIK
ganjaran hebat menanti mereka yang suka bersedekah dan berwakaf!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Fahami konsep fitrah pasti berjaya(3)
insyaallah..saham akhirat..sama2 kita menyumbang 🙂
Curahan rasa Homestay Melaka @ ..Homestay Melaka oleh AS Homestay
Uik Ustaz Noor Effendi ni org Muor ehh? Adehh sekampung lak. Cuma kawe dah lama merantau.. dah tak berapa tahu perkembangan. Cuma driving kat sana no problemo lah sbb tak banyak berubah.
Projek madrasah ni bagus betul. Maybe kawe pun boleh sumbang sikit nanti, insya-allah…
Curahan rasa Ismail N @ ..Social Enterprise Dan Murid-Murid Kelainan Upaya
Orang Muo jati. Jalan kat Muo makin cantik dah dan tak susah pun.
Terima kasih bro sumbanganya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Konya kota bermula tarian sufi Turki
mudah-mudahan akan siap cepat madrasah tu..
Curahan rasa titan @ ..Teknik Kurus dengan Diet Atkins
Cepat siap cepat lah anak-anak yg kurang bernasib baik dan pelajar dpt berlindung dari panas/hujan.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..BANK RAKYAT UMUMKAN 15% DIVIDEN TUNAI
Selagi kita memberi kat kita tak berkurangan…
Curahan rasa fazrol @ ..Cerita tukang kasut jalanan!
besar fadhilat bersedekah…
Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
bersedekah kepada mereka yang berjuang di jalan Allah sangatlah besar ganjarannya
jom ramai-ramai kita memberi sumbangan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Pahit Manis Bersama Kereta
InsyaAllah moga-mogaan sumbangan kita di terima Allah hendaknya.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..BANK RAKYAT UMUMKAN 15% DIVIDEN TUNAI
Insya Allah.. lagi banyak derma moga lagi bertambah rezeki..
Curahan rasa Wafa @ ..Trending Terbaru Kuruskan Badan Dengan Diet Atkins
banyak keajaiban daripada amalan sedekah yang dikatakan kunci rezeki ini
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
Alhamdulillah, satu perkongsian yang bagus ni tuan, untuk buat ‘saham’ di sana. Moga-moga pembangunan Madrasah Tahfiz An Nuur berjalan dengan lancarnya. Amin. 🙂
Curahan rasa cik lisa @ ..Si Dia dan Si Rabbit
Comments are closed.