Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih segar di ingatan perkenalan dengan Madrasah An-Nuur dari sebuah entri blog. Siapa sangka sejak dari perkenalan tu sehingga sekarang masih terjalin ikatan persahabatan dengan orang hebat Ustaz Noor Effendi yang merupakan mudir Madrasah Tahfiz An-Nuur di Muar, Johor.
Ustaz Effendi juga merupakan salah seorang pelajar Akademi Denaihati yang sangat berjaya melalui blog beliau Noehas.com yang sarat dengan perkongsian ilmu agama dalam bentuk penulisan santai dan mudah difahami.
Sekarang ni pihak Madrasah An-Nuur sedang mengumpul dana bagi membina satu lagi bangunan untuk kegunaan para pelajar. Bangunan sedia ada sekarang dah tak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah ramai. Bangunan baru yang akan dibina di tanah dalam kawasan madrasah sekarang memerlukan kos sebanyak lebih RM600K untuk menyiapkan bangunan dan prasarana bangunan ini.
Alhamdulillah, setakat ni Madrasah An-Nuur telah berjaya mengumpul sebanyak RM200K lebih tapi jumlah dana yang ada masih belum mencukupi untuk membolehkan bangunan baru ni dibina sepenuhnya.
Ilustrasi 3D bangunan baru Madrasah An-Nuur
Bagi mengumpul dana yang selebihnya untuk pembinaan bangunan baru Madrasah An-Nuur, pihak madrasah telah memberi tawaran membeli saham wakaf dengan harga RM100 untuk satu lot. Saham wakaf ini membolehkan kita memberi sumbangan dan mendapat bahagian daripada pembinaan bangunan baru yang akan digunakan oleh para pelajar madrasah untuk belajar ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.
Sekiranya anda ingin membeli saham wakaf bangunan ini, harga untuk 1 saham adalah RM100 satu saham. Namun begitu, sekiranya anda ingin menyumbang dengan nilai yang lain, sumbangan tersebut tetap dialu-alukan. Bayaran boleh dibuat melalui akaun bank Madrasah Tahfiz Al Quran Annur. Maklumat akaun bank boleh dapatkan di halaman khas “Saham Bangunan Wakaf Madrasah Annuur“. Derma boleh dibuat secara kiriman online terus ke akaun bank Madrasah atau menggunakan Mesin ATM atau penggunaan cek serta cara-cara lain yang penting sila isi detail di borang yang telah disediakan secara online untuk makluman Madrasah.
[box type=”shadow”]Dan apabila dikatakakan kepada mereka, “Infakkanlah sebagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu,” orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman, “Apakah pantas kami memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah menghendaki Dia akan memberinya makan, kamu benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” – Surah Yassin ayat 47 [/box]
Semuga sumbangan ikhlas daripada sahabat semua akan dipandang oleh Allah SWT, dan semuga sumbangan kalian akan mendapat balasan daripada ALLAH dan yang paling penting kita tidak menjadi golongan pelokek seperti yang dinyatakan ALLAH dalam surah Yassin ayat 47. Inshaa ALLAH dengan saham seminima RM100 ALLAH akan menyelesaikan berbagai masalah kita dengan nikmat yang beribu kali ganda kerana itu janji yang pasti dari ALLAH dan yang lebih penting kita mendapat saham akhirat yang berpanjang.
[box type=”shadow”]“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Surah Al-Baqarah ayat 261.
“Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Surah Al-Baqarah ayat 245.
“Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 215. [/box]
“Kita membina hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan”
Semuga pembaca dapat menyebarkan entri ini kepada seramai yang boleh keseluruh alam manalah tahu mungkin ada dermawan di hujung dunia yang sedang menunggu peluang untuk berzakat untuk saham akhirat.
No related posts.
73 Comments
Semoga pembangunan Madrasah Tahfiz An Nuur dipermudahan dan segera terselesaikan
Curahan rasa Dawaihati @ ..Simak 5 Jasa Rental Beromset Besar di Indonesia
Aminn. lagi cepat siap, lebih ramai lagi anak-anak dapat belajar disini.
Curahan rasa Denaihati @ ..Final Piala FA 2014 Arsenal vs Hull City
Amin. Sumbangan dari kita dapat membantu mereka mendapat fasiliti yang terbaik
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
terima kasih share tentang ni, memudahkan org mencari tempat2 tanam saham akhirat
Duit yang kita sedekahkan itulah, sebenar-benarnya harta kita.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ramadhan Dan Aidil Fitri Semakin Hampir
Saya doakan semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan oleh Allah SWT..memang benar2 ini saham akhirat
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Sambutan Hari Guru SAMTAJ 2014
Aminn. semoga dipermudahkan, semoga ustazah memanjangkan lagi entri Saham Akhirat Wakaf Madrasah Tahfiz An-Nuur ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
Amin…Saham akhirat ini tidak ternilai jika nak dibandingkan dengan saham dunia kan ustazah?
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
InsyaAllah sama-sama kita sebarkan. Saham dunia cari, saham akhirat jangan dilupa.
Curahan rasa TrendMalaya @ ..Pengurus Restoran Dipenjara 12 Tahun, 2 Sebatan Rogol ‘Isteri’
Usaha murni yang memang patut disokong sebagai saham kita di akhirat nanti.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..‘Hadiah’ Hari Jadi Bernilai RM300 Dari FirdausAzizi.my
Semoga ramai rakyat Malaysia yang akan membeli saham wakaf bernilai RM100 untuk membangunkan Madrasah An-Nuur… In Shaa Allah.. Pelaburan ini merupakan pelaburan akhirat…. Rebutlah peluang ini dengan sebaiknya…
Curahan rasa Anuar @ ..Abang Ensem di Mata Aku
Aminn. mudahan lebih ramai lagi rebut peluang keemasan ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarsus kota purba menarik di Turki
jangan lepaskan peluang ni..
sumbangan kita nanti akan memberi banyak manfaat kepada anak-anak tahfiz An Nuur
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
pelaburan untuk ‘kesana’. insyaallah akan merebut peluang ini.
Curahan rasa azwan @ ..TSAM : Sokong Pihak Yang Mahu Perubahan
namun sayang masih sedikit yang berpikir kesana gan
Curahan rasa veny indriyani @ ..VS593 Polkadot ruffel chest flare dress
Sesungguh ianya adalah peluang untuk kita semua untuk mendapat keberkatan menderma dan bersedekah ……
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Hazman vs Food – Restoran Pepper Lunch Pavilion Kuala Lumpur
tak perlu kaya untuk menderma/bersedekah, sedikit pun tepat besar sahamnya diakhirat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
Jom derma untuk akhirat..
Semoga Allah merahmati kita semua.. Amiin..
Curahan rasa SueAK @ ..Segmen : Cari Followers Mei!
insyaAllah berkat hari Jumaat ni..
Curahan rasa JMR @ ..Jana income lumayan di Internet. Tak perlu ada produk sendiri.
menghulurkan wang pun merupakan satu bentuk bantuankan. Semoga pembinaan ini dapat berjalan dengan lancar.
Curahan rasa suri @ ..Selamat Hari Guru 2014_Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
DH semak pm saya di fb. terima kasih.
Curahan rasa suri @ ..Orang-Orang
Aminn, semoga semuanya dipermudahkan nanti.
Terima kasih yer,
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
Insya Allah akan turut memanjangkan maklumat ini.. Moga dapat membantu..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..NutriWhite Dengan Kebaikan SKII Essence Pada Harga Lebih Murah
Terima kasih, semoga ramai lagi akan hulurkan sumbangan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
Comments are closed.