Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih segar di ingatan perkenalan dengan Madrasah An-Nuur dari sebuah entri blog. Siapa sangka sejak dari perkenalan tu sehingga sekarang masih terjalin ikatan persahabatan dengan orang hebat Ustaz Noor Effendi yang merupakan mudir Madrasah Tahfiz An-Nuur di Muar, Johor.
Ustaz Effendi juga merupakan salah seorang pelajar Akademi Denaihati yang sangat berjaya melalui blog beliau Noehas.com yang sarat dengan perkongsian ilmu agama dalam bentuk penulisan santai dan mudah difahami.
Sekarang ni pihak Madrasah An-Nuur sedang mengumpul dana bagi membina satu lagi bangunan untuk kegunaan para pelajar. Bangunan sedia ada sekarang dah tak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah ramai. Bangunan baru yang akan dibina di tanah dalam kawasan madrasah sekarang memerlukan kos sebanyak lebih RM600K untuk menyiapkan bangunan dan prasarana bangunan ini.
Alhamdulillah, setakat ni Madrasah An-Nuur telah berjaya mengumpul sebanyak RM200K lebih tapi jumlah dana yang ada masih belum mencukupi untuk membolehkan bangunan baru ni dibina sepenuhnya.
Ilustrasi 3D bangunan baru Madrasah An-Nuur
Bagi mengumpul dana yang selebihnya untuk pembinaan bangunan baru Madrasah An-Nuur, pihak madrasah telah memberi tawaran membeli saham wakaf dengan harga RM100 untuk satu lot. Saham wakaf ini membolehkan kita memberi sumbangan dan mendapat bahagian daripada pembinaan bangunan baru yang akan digunakan oleh para pelajar madrasah untuk belajar ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.
Sekiranya anda ingin membeli saham wakaf bangunan ini, harga untuk 1 saham adalah RM100 satu saham. Namun begitu, sekiranya anda ingin menyumbang dengan nilai yang lain, sumbangan tersebut tetap dialu-alukan. Bayaran boleh dibuat melalui akaun bank Madrasah Tahfiz Al Quran Annur. Maklumat akaun bank boleh dapatkan di halaman khas “Saham Bangunan Wakaf Madrasah Annuur“. Derma boleh dibuat secara kiriman online terus ke akaun bank Madrasah atau menggunakan Mesin ATM atau penggunaan cek serta cara-cara lain yang penting sila isi detail di borang yang telah disediakan secara online untuk makluman Madrasah.
[box type=”shadow”]Dan apabila dikatakakan kepada mereka, “Infakkanlah sebagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu,” orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman, “Apakah pantas kami memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah menghendaki Dia akan memberinya makan, kamu benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” – Surah Yassin ayat 47 [/box]
Semuga sumbangan ikhlas daripada sahabat semua akan dipandang oleh Allah SWT, dan semuga sumbangan kalian akan mendapat balasan daripada ALLAH dan yang paling penting kita tidak menjadi golongan pelokek seperti yang dinyatakan ALLAH dalam surah Yassin ayat 47. Inshaa ALLAH dengan saham seminima RM100 ALLAH akan menyelesaikan berbagai masalah kita dengan nikmat yang beribu kali ganda kerana itu janji yang pasti dari ALLAH dan yang lebih penting kita mendapat saham akhirat yang berpanjang.
[box type=”shadow”]“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Surah Al-Baqarah ayat 261.
“Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Surah Al-Baqarah ayat 245.
“Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 215. [/box]
“Kita membina hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan”
Semuga pembaca dapat menyebarkan entri ini kepada seramai yang boleh keseluruh alam manalah tahu mungkin ada dermawan di hujung dunia yang sedang menunggu peluang untuk berzakat untuk saham akhirat.
No related posts.
73 Comments
Besar saham akhirat kita jika dapat menyumbang kepada pembinaan tahfiz dan madrasah sebigini.. semoga semuanya dipermudahkan Allah…
Curahan rasa shamiera osment @ ..KidsNowaDays : Gurauan Maut
semoga lebih banyak pondok mcm ni dibina utk belia timba ilmu agama
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semoga adik adik yg belajar di pondok ni dapat jadi insan berguna kelak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Semoga pembinaan Madrasah ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah swt untuk segala urusan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
di harap agar pembinaannya berjalan lancar dan memudahkan semua pihak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Semoga Madrasah Annuur dapat melahirkan anak anak tahfiz yang dapat memimpin anak anak muda masa kini..Aminnnn…
Curahan rasa Nurul Aina @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semoga dapat melahirkan penghafaz alquran yang boleh memimpin umat islam yg lain.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semoga Allah lancarkan segalanya. dan yang memberi bantuan mahu pun yg belajar mendapat syafaatnya
Semoga pembinaan madrasah ini akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt segala urusan. Inilah peluang kpd mereka yg berkemampuan utk menambahkan saham akhirat…semoga Allah memberkati setiap usaha dan kpd mereka yang membantu…amiin.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
semoga dengan pembinaan Bangunan Wakaf Madrasah Annuur“ dapat melahirkan anak2 yang berilmu di dunia akhirat amin
Curahan rasa adna2029 @ ..Blog Ku Berwajah Baru
Wawa doakan madrasah tahfiz an nuur ini bakal melahirkan hafiz dan hafizah yang berjaya dunia ahirat. Tak putus pahala orang yang memberi sumbangan dalam membina madrasah ini. Alhamdulillah.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Insya-Allah, apa yg kita sedekahkan, itu milik kita
Pahala pasti mengalir berterusan hingga kita di alam kubur nanti
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
antara pahala yang tidak putus-putus sehingga akhir zaman..masya Allah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Saham yang tidak akan putus-putus untuk kita pabila di alam barzakh nanti. InsyaAllah..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
Masha Allah. Moga madrasah ini dapat melahirkan hafiz dan hafizah yang cemerlang di dunia dan akhirat. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Amin.. Semoga negara kita ini dipenuhi dengan modal insan yang holistik sebegini..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Surabaya, Kota Kedua Terbesar Di Indonesia Menarik untuk Dilawati
insyaalah. harap mereka boleh membantu umat islam lain di luar sana nanti. amin
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Sebelum kami lanjut ke halaman lain, ada baiknya anda membaca reviews kami terlebih dahulu hehehe
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
pernah dengar usatz mengajar di masjid, katanya… masjid & surau juga akan menyeberang titian assirot, (logik akalnya sbb ada nas ttg batu2 berhala akan masuk neraka (jd bahan bakar) jadi masjid dan surau akan masuk syurga,
jadi kita boleh tumpang masjid & surau menyeberang titian dgn syarat rajin2 hadir ke masjid & surau dan rajin juga hulur sumbangan membina @ repair masjid.
kalau nak harapkan menyeberang sendiri rasa2nya tak lepas…sbb banyak dosa wallah hu a’lam
Curahan rasa KelipKelip @ ..Bagaimana Anda Mendidik Anak?
Comments are closed.