Assalamualaikum, selamat sejahtera dan Salam Syaaban,
Berikut merupakan 6 tiang penting yang ada di dalam Raudhah. Setiap tiang-tiang ini mempunyai kisah yang hebat dan menarik.
Antara Tiang tersebut ialah:-
1. Tiang Sarir
Tiang ini ialah tiang dimana suatu masa dahulu adalah tempat Nabi Muhammad SAW berehat dan sebagai pangkin Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi.
2. Tiang Ali/ Tiang Pengawal
Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan sebagai tempat untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, dimana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali RA.
3. Tiang Wufud (Deligasi)
Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda SAW.
4. Tiang Aishah
Tiang ni sangat istimewa, dimana ditiang inilah Nabi Muhammad SAW selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ini. Minta doa banyak-banyak.
5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)
Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yg telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad SAW, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad SAW dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.
6. Tiang Muhallaqah
Tiang ini dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Lalu Nabi Muhammad SAW berkata kepada pokok tersebut, “kau akan kekal dengan aku di syurga dengan batang pokok macam ini” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yang baru. Tiang ini juga dikenali dengan ‘tiang wangi’.
7. Mehrab Nabi
Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab ini lah nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau. Jikalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudah cuba lah utk solat betul-betul depan mehrab ini, seolah-olah telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar di tikam oleh Abu lulu’ah al-Majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.
Menurut perkongsiannya di facebook, beliau berkongsi nama-nama tiang di Raudhah bertujuan untuk kongsikan maklumat kepada semua dan khusus kepada jemaah beliau yang kadang-kadang mereka tidak tahu tujuan masuk ke Raudhah untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab. Bagi mereka, dapat masuk ke Raudhah sudah memadai.
Beliau juga menulis info tersebut untuk rujukan diri sendiri.
Kredit fb Azrul Zabani
Belajar bahasa Al Quran dengan mudah guna teknologi AI
- Bahasa Melayu @ https://app.thinkquran.com/?r=JKKKXFVM&l=ms&act=
- English @ https://app.thinkquran.com/?r=JKKKXFVM&l=en&act=
- Bahasa Indonesia @ https://app.thinkquran.com/?r=JKKKXFVM&l=in&act=
- Bahasa Turkish @ https://app.thinkquran.com/?r=JKKKXFVM&l=tr&act=
Klik di atas, daftar dan buat latihan sehingga mahir 31 perkataan insyaAllah kita akan rasai nikmatnya.
Think Quran
Klik untuk set appointment
5 Comments
Banyak kisah dan sejarah di sebalik tiang-tiang penting di dalam raudhah. Hinggakan tiang taubat juga ada sama. Semoga kita selalu membiasakan diri dengan taubat.
Curahan rasa Ekin Azhari @ ..Keropok Viral Tok Ma Kekalkan Bahan Segar
MasyaaAllah, setiap tiang ada sejarahnya tersendiri. Rindu nak ke sana, moga Allah izinkan jejak kaki ke sana.
Curahan rasa mommyluv @ ..5 Cara Berkesan Elak Anak Ketagihan Gajet
Setiap tiang ada nama, cerita dan maksudnya yang tersendiri. Beruntunglah sesiapa yang tahu kelebihan tersebut dan mengunakan kesempatan yang ada dengan memperbanyakkan amalan.
Curahan rasa Sani @ ..BTO or Resale Property
Baru tau pasai tiang-tiang ni.. Ada makna di setiap tiang-tiang ni..
Kalau kesana, memang ada tulis ka nama tiang – tiang ni…
indah sungguh makna setiap tiang tersebut. semoga saya juga diberi kesempatan untuk menjejak kaki kesana
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Live Streaming PEMILU Indonesia 2019
Comments are closed.