Risiko membeli tanah lot rumah tanpa geran individu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramai yang berminat dengan tajuk bitcoin, sebelum ini Abang ada menulis tajuk “bitcoin satu skim penipuan yang ramai terperangkap“. Kali ini Abang nak berkongi risiko membeli tanah lot rumah geran kongsi. Semuga ianya memberi manafaat dan tidak terperangkap dalam masalah yang berpanjangan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Beberapa hari lepas Abang dapat tawaran daripada sahabat lama untuk beli tanah lot rumah. Selepas Abang buat penilaian, harga yang ditawar memang lebih murah berbanding dari nilai semasa. Status tanah tidak ditukar masih kekal status pertanian. Geran tanah tidak dipecah, semua pembeli seramai 40 nama akan berkongsi satu geran iaitu dimasuk nama dalam geran yang sama. Pembelian mesti secara tunai sebab tidak layak untuk buat pinjaman bank.

Sekali dengar memang menarik sebab harga tanah yang dijual murah dengan kemudahan infrastruktur asas yang disediakan seperti jalan dan parit tapi bila diselidik rupanya banyak masalah dikemudian hari apabila membeli tahah lot rumah tanpa geran individu.

Untuk menambah ilmu, Abang buat status di Facebook, mungkin ada kawan-kawan yang pernah melalui pengalaman boleh berkongsi kisah. Berikut antara beberapa perkongsian daripada sahabat-sahabat.

  1. Azfar Roslan : Tak ok ada risiko dan proses agak rumit.
  2. Yusni Yusop : Tak digalakkan proses agak rumit.
  3. A Wa Ng : Jangan beli menyesal nanti.
  4. Roslan Hamid : Pengalaman peribadi saya, safe not to proceed. Proses pecah lot memakan masa yang lama sehingga tuan tanah meninggal dunia, lepas tu ada waris yang tak setuju dengan pembahagian lot-lot tersebut. Sampai sekarang tak settle dan person in charge pun dah give up. Duit sangkut dan saya anggap aje investment yang tak menjadi.
  5. Zainah Kassim : Beli boleh tapi mau bertahun juga tunggu kelulusan serah balik kurnia semula, pecah tanah dan tukar status dari pertanian ke rumah kediaman, tuan tanah need cash untuk kos urusan tu semua. tu yang makin panjang urusannya, memang waris boleh urus tapi jika ramai waris macam-macam pulak nanti kerenah. Better cari yang dah lulus Tn Hj.
  6. Nizam A. Rashid : 40 nama? Abaikan je la.
  7. Mohammad Rusdi Carlos : Status tanah tak kisah tapi 40 nama nanti jadi isu bila nak jual balik atau nak buat wasiat.
  8. Ir Ahsan : Beli tanah yang dah ada geran individu. Mahal sikit tak per. Tak sakit kepala kemudian hari.
  9. Meor Zaidee (Abang Ensem) : Kalau gua, gua tak beli. Itu je gua nak gitaw.
  10. Fareed Sunder Abdullah : Jangan beli, geran kongsi, 40 orang. Susah bila nak jual, kecuali dipecahkan pada lot-lot kecil, jadikan geran individu.

Majoriti kawan-kawan tidak mengalakkan Abang membeli tanah lot rumah yang ditawarkan  walaupun harganya murah.

Berdasarkan perkongsian kawan-kawan antara risiko membeli tanah lot rumah adalah

  1. Tidak boleh buat pinjaman bank jadi perlukan duit tunai untuk membeli tanah dan membina rumah.
  2. Tiada geran individu kerana terpaksa berkongsi geran bersama semua pembeli.
  3. Proses  untuk tukar nama tanah kepada geran individu sangat rumit dan memerlukan masa yang sangat lama.
  4. Seandainya pembeli meninggal dunia proses untuk serah kepada waris sangat rumit.
  5. Kos pengurusan tukar nama dan tukar status tanah sangat tinggi tidak berbaloi dengan harga jualan tanah yang murah.

Kalau kawan-kawan pembaca ada pengalaman membeli tanah lot rumah tidak pecah geran sila kongsikan kisah untuk panduan kepada bakal pembeli tanah jenis begini.

Contoh tanah lot rumah dengan geran individu

Sekarang memang banyak syarikat yang menjual tanah lot rumah tanpa geran individu dengan harga yang murah. Fokus syarikat-syarikat ini di kawasan bandar yang berpotensi untuk meningkat maju.

Kalau benar dikemudian hari banyak risiko terutama apabila si pembeli meninggal dunia, mengapa syarikat-syarikat ini terus beroperasi dengan konsep jualan tanah lot begini. Mungkinkah syarikat-syarikat ini hanya fikir nak buat duit senang tanpa memikirkan masalah yang bakal ditanggung oleh pembeli?

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

54 Comments

  1. Seeloknya jangan beli. kelak menyesal di kemudian hari.

    ayah saya beli rumah waktu saya masih kecil. tanah perumahan tu tanah lot dengan 1 geran. semua nama ada dalam tu. dan pemilik tanah tu dah meninggal. sekarang turun kat anak dia. usaha nak pecah geran sampai sekarang tak settle. dan anak dia pulak taknak pecahkan geran tu! bayangkan saya daripada kecil hingga dah ada anak sekarang ni ha, masih tak settle. seeloknya janganlah beli tanah dengan 1 geran ni, kelak nanti kita yang susah.
    Curahan rasa Mrejoy @ ..Apa yang ada dekat atas Bukit St Paul Melaka?My Profile

  2. Nak kata bahaya pon tk tahu la sbb bukan apa, kalau bab kongsi ni mcm mcm boleh terjadi kalau tanpa geran. Bila sorg je pergi jalan terus, sattle yang lain hihi pening tk betul nti jdinya org tu 😀

  3. Betul sangat, kalau belum ada geran individu, payah kemudian hari. Murah mungkin masa kita beli lagi, tapi proses yang agak rumit serta memakan masa akan melibatkan kos yang tersembunyi.

    Kalau dah meninggal penama bersama tu, libatkan ahli waris, payah.

    Tn. DH, ada lagi ke tanah lot banglo kat Sungai Merab tu? hehehe
    Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Petanda, Risiko & Rawatan Cyst Semasa HamilMy Profile

  4. Memang tidak digalakkan beli.

    Lebih baik membeli tanah yang sudah mempunyai geran individu.

    Saya mempunyai pengalaman membeli tanah geran individu. Alhamdulillah prosesnya mudah, hanya susah untuk mendapatkan loan tanah daripada pihakbank.

    Ia bergantung kepada kawasan tanah tersebut. Kawasan bandar atau luar bandar.
    Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..PETANDA, PUNCA & RAWATAN CYST KETIKA MENGANDUNGMy Profile

      1. Kisahnya diringkas kan begini tuan

        Zaman adik beradik nenek saya semua hidup lagi, semua dah sepakat. Tanah bahagi macam ni

        Sempadan di mana. Semua dah maklum dan sepakat

        Lepas generasi tu dah ramai yang meninggal dunia.

        Sekarang ni anak anak belah datuk saudara yang berduit pandai pandai ukur tanah sendiri tanpa berbincang dengan wakil yang lain

        dan buat sempadan baru

        Kesannya bertegang urat juga jadinya bila masing masing nak bina rumah. Sempadan dah berubah

        Macam mana nak buat kan. sebab atas geran cuma tulis luas saja

        pelan dan pembahagian tak ada.

        Ini rumitnya geran tanah kongsi. Isu bayar cukai tanah setiap tahun juga sama

        Ada yang jadi wakil nak bayar dan kutip duit.

        Bertahun tahun kutip

        Tiba tiba dapat surat dari majlis, tunggakan bertahun tahun

        Maknanya orang yang di amanahkan duit tak bayar. Makan duit tersebut

        Antara saudara mara ada budi bicara juga. Masing masing tutup mata

        Tapi kalau dah ada orang luar beli. Tak ke jadi sengketa nanti

        Lebih baik elakkan
        Curahan rasa Mama Hakim @ ..Bina rumah banglo : Persediaan awal untuk tapak binaanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!