10 orang pertama dalam hidup kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “modal dasar kesuksesan seorang insan“ tulisan Abang Dadan blogger dari Indonesia, sangat bagus sebagai panduan motivasi diri. Kali ini Abang nak beri penghargaan kepada 10 insan pertama yang telah mengubah kehidupan ini.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Idea ini tercetus apabila membaca status FB Sifu hartanah paling ensem Meor Zaidee yang memberi penghargaan kepada 10 YANG PERTAMA telah mengubah kehidupan beliau. Jutaan terima kasih kepada Abang Ensem yang memasukkan Abang dalam senarai 10 orang pertama dalam katogeri orang pertama yang mengajar selok belok seminar, cara menguruskan seminar dan bernetworking. Kecil sangat sumbangan yang telah Abang berikan berbanding dengan usaha sungguh-sungguh sehingga beliau berjaya sebagai pakar rujuk ilmu hartanah Malaysia.

Abang pun ada juga orang pertama yang telah banyak mempengaruhi cara fikir dalam perniagaan.

10 orang pertama yang telah mengubah hidup

  1. Orang pertama yang mengajar aku ilmu blog. Kini beliau berjaya dalam bidang insuran takaful – Tuan Kamisan BMail
  2. Orang pertama yang mengajar aku bisnis MLM. Kini beliau menjadi pendidik di UMT  – Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak
  3. Orang pertama yang mengajar aku trade saham. Kini beliau mempunyai syarikat pembinaan – Tn Hj Khanafi
  4. Orang pertama yang membawa aku kembara satu dunia. Kini beliau memegang jawatan tinggi di PNB – Mohd Yusri Surip
  5. Orang pertama yang mengajar aku selok belok seminar, cara menguruskan seminar dan bernetworking. Kini beliau super jutawan dalam bisnis MLM – Dato Aziz Samad
  6. Orang pertama yang mengajar aku seronoknya sosial bisnis. Kini beliau terkena dengan aktiviti kebajikan di merata dunia – Tn Haji Masrukhin
  7. Orang pertama yang menjual apartment kepada aku. Kini beliau  adalah seorang pendakwah dan pendidik di Sabah – Cikgu Zaieddi Shahadan
  8. Orang pertama yang memunculkan aku di kaca TV. Kini beliau adalah seorang wartawan yang sedang meningkat naik di Astro Awani – Hilal Azmi
  9. Orang pertama yang menyedarkan aku kehebatan bisnis online. Kini beliau berjaya dalam bisnis online dan networking – Engr Mustafa Bin Sareh
  10. Orang pertama yang membuka mata aku kepada dunia berbagai pelaburan. Tak perlu diperkenalkan memang sudah terkenal – Azizi Ali Mentor Wang

Bukanlah untuk menidakkan jasa kedua ibu bapa yang tidak terhitungan jasanya begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Setiap insan dalam hidup kita pasti ada jasanya paling tidak secebis pengalaman yang menjadi panduan dalam hidup kita.

Bersama Prof Madya Dr. Shamsul Bahri

Setiap 10 orang pertama ini ada keistimewaan ilmu dan strategi bisnisnya. Masing-masing berjaya dalam bidang berbeza yang terus menjadi inspirasi Abang, bukan sekadar tamat begitu sahaja. Mungkin sekarang sudah jarang bertemu kerana kesibukkan kerjaya tetapi sesekali sekala tetap berhubung tanda persahabatan masih berpanjangan. Jasa kalian tetap dikenang. Semuga ALLAH balas dengan kebaikan berganda.

Abang pasti semua pun ada 10 yang pertama yang mungkin kita sudah hampir terlupa. Jom kita hargai mereka yang telah banyak berjasa kepada kita dengan membuat entri khas untuk mereka. Jangan lupa tag blog Denaihati dalam entri tersebut ya!

Bersama Tuan Haji Masrukhin

Mari kita terus berbuat baik pada masyarkat semuga ilmu dan perkongsian kita menjadi manafaat berpanjangan. Mungkin kita juga bakal menjadi orang pertama yang berjaya mencuit hati sahabat-sahabat kita sehingga mereka berjaya dalam hidup dan tidak salah kalau mereka berjaya gilang gemilang lebih dari kita.

Menjadi sahabat minyak wangi pasti dikenang sampai bila-bila.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

28 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!