Assalamualaikum dan salah sejahtera.
Tidak perlu diperkenalkan lagi dengan Upin Ipin. Kini sudah 13 tahun dan Karnival Upin Ipin 2018 kembali di MAEPS Serdang.
Anjuran karnival ini adalah sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada para peminat yang telah menyokong animasi keluaran syarikat Les’ Copaque Production selama 12 tahun ia berkecimpung dan menjadi pemacu animasi tempatan.
Ada cukup banyak aktiviti yang boleh dilakukan di karnival ini yang sememangnya terus menerus berlangsung di Dewan A, MAEPS Serdang.
Karnival Upin & Ipin dimulakan dengan ucapan aluan oleh Hj Burhanuddin dan seterusnya dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Rashidi Hasbullah.
Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal juga telah diumumkan berada di pawagam pada 21 Mac 2019. Sudah tentu kali ini akan membuatkan ramai yang lebih teruja!
Banyak lagi gambar-gambar menarik yang akan dimasukkan kemudian. Sementara itu, saksikan video-video di bawah.
5 INFO TENTANG KARNIVAL UPIN & IPIN 2018
.
1. PEMBELIAN TIKET
Bagi yang membeli tiket secara online, sila bawa bukti slip pembelian dan kad pengenalan untuk proses mendapatkan tiket di kaunter “Online Ticket”. Bagi yang ingin membeli secara “walk-in” juga terdapat kaunter tiket disediakan dipintu masuk. Untuk harga tiket boleh rujuk http://karnivalupinipin.com
.
2. DATANG AWAL
Walaupun Karnival Upin & Ipin bermula dari 10 pagi hingga 10 malam, namun kami galakkan untuk datang lebih awal bagi berpeluang menonton semua persembahan dan menyertai semua aktiviti yang disediakan di setiap booth
.
3. HADIAH ISTIMEWA
Terdapat banyak koleksi hadiah yang istimewa apabila kawan-kawan menyertai semua aktiviti yang diadakan di Karnival Upin & Ipin 2018. Kalau nak tahu apakah hadiah dan aktiviti yang harus dilakukan nanti, kawan-kawan haruslah dapatkan info di Kaunter Informasi di pintu masuk Karnival Upin & Ipin
.
4. PERSEMBAHAN PENTAS
Pentas Karnival Upin & Ipin akan bermula seawal jam 10pagi dengan senam pagi bersama Upin, Ipin dan kawan. Kemudiannya akan diteruskan dengan persembahan Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu, Ultraman Ribut, Upin & Ipin The Musical dan persembahan istimewa pada sebelah malamnya dengan persembahan Upin & Ipin Neon. Tiada jadual aktiviti pentas yang akan diumumkan kerana persembahan LUAR BIASA ini akan terus dipersembahkan tanpa henti sehingga 10malam.
.
5. UPIN & IPIN FUN RUN 2018
Pada 23 Dis pula, terdapat aktiviti Upin & Ipin Fun Run yang akan bermula pada jam 7pagi. Semua peserta yang sudah mendaftar boleh dapatkan “racekit” bermula dari 21 & 22 Dis di HALL A, MAEPS Serdang. Tiada lagi pendaftaran dibuka untuk Upin & Ipin Fun Run ini namun kami masih ada 100 slot kosong kepada sesiapa yang minat untuk mendaftar secara “walk in” di kaunter pengambilan “racekit”.
Teaser terbaru Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal
Pengunjung yang datang boleh juga membeli ‘merchandise’ Upin & Ipin dan juga ada tshirt Keris Siamang Tunggal limited edition serta beberapa lagi item yang menarik.
Perlu juga bawa wang tunai dan jika ada keperluan, ada satu mesin ATM terletak di Blok D tertakluk kepada keadaan. Parkir dengan menggunakan kad touch n go sebanyak RM5 untuk sekali masuk di Maeps dan ia adalah di bawah seliaan Maeps Serdang sendiri.
Selamat datang ke Karnival Upin & Ipin 2018!
81 Comments
Eh silap, 21 Mac 2019 nanti mesti anak anak teruja untuk menonton kisah siamang tunggal di pawagam
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Nak pergi juga bawa anak anak ke sana. Tapi tu lah ada baby takut dia tak selesa pula ramai orang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
betul juga tu.. kalau ada anak kecik memang agak susah.. kita pula lenguh tangan dan kaki
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Wah abam Kid sampai awal bawa sekali hero ya. Mesti seronok dia boleh pergi tengok upin ipin tu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
mana tahu kot kot kid yang lebih exited dari anaknya.. tempat best macam ni memang sesuai untuk seisi keluarga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
yang betul-betul saya ingat tentang upin ipin ini ialah perkataan betul betul betul, sangat comel!!
Curahan rasa siti hazreen @ ..Cara Tukar Nama Bil Air
Itulah tagline dia yang budak budak senang nak ingat. Lepas tu tak membesar dari dulu sampai sekarang
semakin menarik dan menakjubkan filem Upin dan Ipin yang terbaharu…
rasa tak sabar untuk menontonnya bersama-sama anak-anak kelak
Hari ni dah boleh pergi menonton keris siamang tunggal di pawagam. Pasti mengujakan!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
saya dah tengok trailer filem baru tu. nampak gempak dan penuh dengan pengembaraan hebat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
pengembaraan yang hebat ini bagus untuk membina minda kanak-kanak ..
biar mereka boleh membesar sebagai johan ..
ternyata animinasi Upin dan Ipin memang terbaik
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Tip Untuk Elak Jadi Mangsa Sindiket Penipuan Macau
Haah. Membesar bagai johan tapi si kembar ni jangan membesar. Nanti dah lain upin ipinnya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Wahhhh, macam cerita pengembaraan upin ipin dulu ramai sungguh kanak kanak menontonnya termasuk ibubapa. Hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
tak sangka upin ipin masih bertahan hingga ke hari ini.. projek ni memang betul2 menjadi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
inilah harga kesungguhan dan keras keras team dari syarikat Les’ Copaque Production …
sekarang sudah membuahkan hasil
Upin IPin ni bakal jadi mcm Doraemon , berpuluh tahun..tak tua tua dan menjadi lejen..hehe
banyak game dan persembahan pentas yang ada.. memang terujalah anak anak dapat datang ke sini
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Seronoklah kanak kanak terutamanya yang lelaki. Boleh berjumpa dengan upin ipin cuti sekolah ni.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Pernah pergi 2,3 tahun lepas. Memang puas hati. Banyak gak. Nak shopping mechandise upin ipin pun ada banyak item menarik
anak anak mesti tengah bising ajak mak ayah pegi tengok upin ipin dan ultraman di karnival ni.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di karnival ini, pastinya kanak-kanak suka
Kena lebih promosikan karnival ini, mungkin menjangkau antarabangsa supaya karnival ini menjadi acara dunia.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
wowo. bukan main luas lagi kawasan karnival kali ni.. banyak plak tu aktiviti yang di adakan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Memang sesuai lah. Buat musim cuti sekolah, kena cari tempat yang besar sikit.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
seronok pulak tengok maze tu.. mesti best. macam macam aktiviti ada untuk peminat upin ipin
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Betul ! Betul ! Betul ! Sangat banyak aktiviti dalam karnival kali ni. And paling best dapat tengok banyak maskot karekter2 yang dah develop oleh Last-Kopak ni. Terbaikk.
kanak kanak pasti suka dapat lihat karakter yg mereka tgk di tv kat depan mata mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Dalam apa keadaan sekalipun memang benar…bawalah wang tunai yang mencukupi untuk memastikan keperluan untuk membeli makanan dan sebagainya..
bukan apa untuk anak-anak juga
Wang tunai masa event bersama anak, memang banyak nak pakai. Jangan risau, ada juga ATM dekat dekat situ kan
Sudah semestinya membeli ‘merchandise’ Upin & Ipin adalah perkara wajib ketika karnival Upin dan Ipin sebagai kenang kenangan pada masa yang akan datang
Kena beli yang ‘asli’. Betul, beberapa tahun akan datang, barangan ini akan menjadi item berharga.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
sekarang ni bukan senang nak cari merch ori. lagi lagi yg upin ipin ni. banyak je di pasar malam
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
kalau saya pun akan beli merch tu. bukan senang tau.. yang jual di sana mesti yg ori
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Comments are closed.