The World penginapan atas laut yang berprestij dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di dunia ini, terdapat pelbagai jenis rumah untuk dijadikan tempat tinggal. Mempunyai rumah jenis flet, apartment, teres, banglo mahu pun rumah besar banglo bertingkat adalah lumrah dan kebiasaan penduduk dunia. Namun, pernah tak terfikir untuk membeli rumah di atas kapal?

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Memiliki satu unit rumah di atas ‘bandar terapung’ bernama The World dan mengelilingi dunia di atasnya adalah satu impian menakjubkan.

Dalam catatan, The World merupakan sebuah kapal pesiar terbesar dan paling mewah yang ada di bumi. Kapal berukuran 644 kaki dilengkapi dengan berbagai fasiliti premium yang bukan calang-calang orang dudukinya.

Dengan panjang 196 meter, The World berlayar dengan berat 43,524 ton, dilancarkan pada 28 Februari 2001

Apa istimewanya The World ini?

Ia mempunyai pusat golf, gimnasium 650 meter persegi dan spa, dan merupakan satu-satunya kapal di dunia dengan gelanggang tenis bersaiz penuh.

Di dalam kapal The World ini ada apartment. Harganya antara USD3 juta hingga USD15 juta. Unit-unit itu dijual hanya dengan jemputan dan penghuni mesti mempunyai nilai pendapatan bersih sekurang-kurangnya USD10 juta untuk layak membelinya.

Apartment di dalam The World ada beberapa jenis seperti Studio, Studio satu dan dua bilik, kediaman dua bilik dan kediaman tiga bilik.

Nak beli apartment di The World? Lupakan sahaja kerana ia telah habis dijual pada tahun 2006. Jom lihat beberapa gambar eksklusif dalam kapal The World.

Kapal The World itu mengibarkan bendera negara Bahamas. Ia telah mengembara 641,000 batu nautika sejak dilancarkan pada tahun 2002, bersamaan dengan 30 kali mengelilingi bumi.

The World juga mempunyai laluannya tersendiri dan tahun demi tahun ia akan melalui tempat-tempat menarik di seluruh dunia. Pada masa artikel ini ditulis, The World berada di Cape Town, Afrika Selatan.

Perjalanan The World 2018
Perjalanan The World tahun 2019

Nampaknya seperti akan melalui pantai timur semenanjung Malaysia pada Oktober – Disember 2019 nanti.

Pengunjung biasa memang takkan dapat naik kapal The World ini. Hidup di atas kapal ini penuh dengan kerahsiaan. Bak kata pembeli yang sudah lama menginap di apartment The World ini, Opah Winfrey pun belum tentu dibenarkan beli apartment di situ.

Terdapat kod kerahsiaan dan privasi. Mereka tidak mahu paparazzi di The World. Bagi mereka, ia adalah tempat perlindungan dan tempat jauh dari dunia luar. Kita tidak akan mengetahui siapa yang tinggal di sini.

Setiap tahun, The World ini akan berlayar ke lebih 150 destinasi dan mereka juga akan membuat ekspidisi. Antara yang menarik lokasi di Greenland timur, Namibia, Antartika, Georgia selatan, Kepulauan Falkland dan banyak lagi.

Mereka tidak menghabiskan masa hanya di atas kapal, tetapi mereka juga turun ke darat melihat dunia dan kawasan yang mungkin tidak ramai yang melaluinya.

84 Comments

  1. tidak dapat saya bayangkan bagaimana rasa kemewahan dan prestij duduk dalam kapal The World..

    saya juga fikir anak-anak kapal dibayar gaji tinggi dan turut merasai kemewahan tersebut.

    tetapi sayang hidup atas lautan dan sekali sekala sahaja menjejak kaki di daratan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!