Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika Kembara Musafir Beijing aku dapat sms jemputan pembukaan Restoran Nasi Kukus daripada sahabat baik Hj Azhar, Bos Besar Segi Seri Sdn Bhd. Pernah sekali blog Denaihati iklankan peluang pekerjaan di syarikat beliau akhir tahun lepas. Segi Seri Sdn Bhd sebuah syarikat pengendali makanan yang agak besar dengan kekuatan tenaga kerja lebih 600 orang.
Restoran Nasi Kukus yang terletak di no 16, Jalan Opera L 2U/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam merupakan restoran kedua selepas Restoran Steamboat di Seksyen 23, Shah Alam yang merupakan restoran steamboat terbesar di Shah Alam. Alhamdulillah aku dan famili serta Tuan Hj Zainal dijemput makan tengahari untuk menikmati juadah enak di restoran baru.
Restoran memang besar ada dua ruang makan dengan setting yang berbeza. Lokasi sangat menarik dan mudah dijejaki ditepi jalan besar TTDI Jaya depan kompleks sms PDRM dengan ruang pakir yang banyak. Jadi jangan risaulah kalau nak datang bawa keluarga atau kawan-kawan makan di Restoran Nasi Kukus.
Kepada peminat masakan Pantai Timur masakan gulai daging lembu dan kambing memanglah enak sangat. Nasi kukus bersama ayam goreng juga sedap jadi kepada rakan pembaca di Shah Alam dan sekitar jangan lepaskan peluang menjamu selera di Restoran Nasi Kukus terbaru. Biasalah awal-awal ni mesti ada yang tak sempurna jadi kalau ada cadangan untuk memperbaiki prestasi sila kemukakan jangan disimpan dalam hati.
Kepada yang mencari peluang kerja boleh juga contact Tuan Hj Azhar, Bos Besar Segi Seri Sdn Bhd atau datang terus ke Wisma Segi Seri di seksyen 23, Shah Alam. Nak berjaya mesti cari pengalaman bekerja dengan mereka yang sudah berjaya.
269 Comments
yummyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy …..selamat buat para pemenang…
Curahan rasa model busana muslim @ ..Baju Murah Online
dah memang kena buat schedule jalan jalan cari makan ni.. hikhik.. mentang2 la cuti 2 bulan, semua rasa nak pergi..
Curahan rasa Norfa @ ..Design rumah, gantilah kipas dahulu, ikut bajet
Perniagaan menguntungkan harus dibuat,
Bila sedap sesiapapun pasti akan datang cepat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
itu sudah semestinya…
Curahan rasa Nana @ ..Cabul Nenek Kerana Disangka Gadis
Nasi dikukus biarlah lembut,
Ayamnya juga mesti sedap,
Barulah pelanggan turut berebut,
Dapatkan sebungkus dimakan sampai tak bercakap.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Kalau ada duit simpanan yang banyak,
Apa kata cuba menjual nasi kukus jugak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Perniagaan ini mendapat tempat,
Kena gaya boleh untung berlipat-lipat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Tentu harganya tidaklah mahal sangat,
Mungkin dalam RM5 saja belanja dibuat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Ayamnya ranggup rempahnya bau wangi,
Selera memukau siapa yang melalui.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Rempah dicampur gaul bagi sebati,
Barulah ayamnya digoreng hingga naik wangi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Ayam nasi digoreng dengan rempah,
Siapa berminat bolehlah tempah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Beliau seorang bisnessman yang terkenal,
Pengusaha nasi kukus sememangnya cekal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Hj Azhar Bos Besar Segi Seri,
Perniagaannya sangat maju sekali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Nasi dikukus di atas api,
Untuk dimakan bersama daging kerutuk,
Bila makan sangatlah terperi,
Hingga hilang rasa mengantuk.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Kuahnaya dibuat dari daging,
Daging kerutuk dimakan hingga terdawa panjang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Nasi kukus terkenal di Pantai Timur,
Kalau tengahari sangatlah terliur.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Comments are closed.