Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hidayah milik ALLAH dan seorang lagi insan iaitu Felixia Yeap yang bertuah antara beribu dipilih ALLAH untuk mendapat hidayahnya. Setiap hari di merata pelusuk dunia ada sahaja manusia yang mendapat hidayah ALLAH dengan berbagai cara biar pun sekecil mana tetapi ianya dapat menyentuh hati dan iman mereka. Hati Felixia Yeap tersentuh apabila buat pertama kali diminta memakai tudung ketika pengambaran iklan Celcom seperti juga Aliza Kim yang mempunyai kisah tersendiri mendapat hidayah ALLAH.
Itulah hebatnya janji ALLAH seperti yang disebut dalam ayat 125 Surah Al Anaam yang maksudnya : “Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk mendapat hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah ALLAH menimpa azab kepada orang-orang yang tidak beriman”
Semua itu kerja ALLAH manusia tiada kuasa untuk mengubah orang lain seperti perkongsian Aliza Kim dalam penjelasanya bagaimana beliau mendapat hidayah : ” I felt like God was leading me step-by-step and placing each book in the perfect order for me to see the truth. And, even though it was my personal choice to begin the search for truth, I sincerely feel now that the truth had found me“. Manakala hati Felixia Yeap juga diketuk dengan cara yang berbeza : “I was naive…and unfortunately I still am. And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life. I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside“.
Teringat pada seorang sahabat Ustaz Iqmal, mualaf yang sudah 8 tahun berhijrah dari agama Hindu kepada Islam katanya salah menggunakan perkataan mualaf yang hanya merujuk kepada penghijrahan manusia dari agama kafir kepada Islam kerana terlalu ramai orang Melayu yang juga baru mendapat hidayah setelah terleka bertahun-tahun yang seharusnya juga di panggil mualaf. Kita Melayu kekadang terlepas pandang kerana tidak dapat membezakan keindahan Islam kerana telah lahir dalam Islam.
Teringat juga kata Ustaz Nouman Ali Khan katanya hatinya sangat tersentuh dan sayu ketika berjalan di Malaysia apabila melihat masjid tersergam indah kerana bukan semua negara mempunyai keistimewaan begini. Katanya lagi ALLAH boleh sahaja gantikan masjid tersebut dengan kuil atau tokong jika kita tidak menjaga dan menghargai pemberian Tuhan. Umat Islam Malaysia perlu sangat bersyukur dengan kemulian yang diberi oleh ALLAH.
Mengikut cerita sahabat-sahabat pendakwah setiap hari beribu-ribu di Europah dan Amerika yang mendapat hidayah ALLAH berhijrah mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka berhijrah secara total dengan berpakain mengikut syariat dan mencari ilmu sehingga ramai yang menjadi lebih hebat dari orang Islam yang telah lahir dalam Islam. Lihat sahaja pakaian Felixia Yeap yang lebih mengikut syariat daripada wanita Islam.
Kita memang bukan tuhan untuk menghukum sesiapa tetapi ALLAH dengan jelas telah memberi panduan hidup kepada semua wanita Islam dan seandainya engkar ada balasan yang telah ditetapkan seperti yang telah dijelaskan dalam entri “Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat“…. itu perintah ALLAH bukan kata-kata manusia. Semuga Raisyyah Rania Yeap (nama Islam untuk Felixia Yeap) yang bakal berhijrah pada 5 Ramadhan 1345H dan Aliza Kim serta ramai lagi akan menjadi idola kepada umat Islam lain untuk menjadi lebih baik daripada mereka dan semuga kita bukan antara umat Islam yang ALLAH sesakkan dada dengan sesempit-sempitnya.
454 Comments
Felixia Yeap walaupun ada yang mengkritik kononnya kerana mengambil nama dan populariti sebalik pengislamannya, tetapi harus diingat dengan cara ini, ramai akan menjadikan Felxia Yeap sebagai contoh tauladan dan ikutan ~ bahawa bertudung lebih cantik berbanding sebaliknya.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Setiap orang ada kesusahan tersendiri selepas masuk Islam. Bersyukurlah jika ada yang masuk Islam dengan mudah, tidak ditentang keluarga dan tidak pula diancam ugut bunuh atau cedera. Semoga Allah kekalkan iman anda, Felixia Yeap.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Cara bertudung Felixia Yeap boleh dijadikan contoh dan tauladan kerana ianya tidaklah berlebih-lebihan dan tidak pula melampaui batas. Tudungnya kemas, menutup bentuk badan dan tiada pula manik-manik yang berlebihan di samping warna dan seni pakaian yang tidak melampaui batas. Good job!
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Saya paling suka apabila Felixia Yeap menunjukkan makanannya yang ala-kadar dan sangat berjimat di akaun Facebooknya. Dah berduit ni, bukan bermakna kita boleh sewenang-wenangnya berbelanja. Hendaklah memastikan kita pandai menguruskan wang dan pandai menyimpan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Felixia Yeap sebenarnya juga pandai mencari rezeki, malah ketika beliau ditawarkan untuk menjadi model dengan membuka tudung, beliau menolaknya mentah-mentah. Alhamdulillah, beliau mempunyai iman yang baik.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Dunia glamour dan penuh populariti ini sememangnya banyak cabaran. Walaupun dah masuk Islam dan bertudung sudah, kita harapkan mereka terus istiqamah dengan ajaran ini, kerana ada juga yang tewas di tengah jalan.Nauzubillah.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Alhamdulillah, Allah berikan kelebihan kepada mereka dengan kecantikan. Janganlah kita cemburu atau mempunyai hasad dengki, terutamanya di kalangan wanita. Tetapi seharusnya menyimpan perasaan untuk menjadikan mereka sebagai contoh tauladan dan dijadikan sebagai sumber inspirasi atas penghijrahan mereka.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
kepada yang tahu akan kisah Felixia Yeap ni, jangan nak memandai-mandai nak lihat bagaimana rupa beliau ketika beliau menjadi model Playboy sebelum masuk Islam tu. Sebaiknya anda hendaklah menahan diri melihat maksiat, kerana ia kisah silam beliau. Kalau ada yang menyimpan, mohon hapuskan (delete).
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Alhamdulillah, wanita kalau dah popular dan berkepimpinan sebelum Islam, apabila masuk Islam akan menjadi personaliti yang menonjol juga. Sama seperti Abu Sufyan, sebelum masuk Islam adalah pemimpin hebat, begitu juga selepas masuk Islam.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Sekarang ni pun dah banyak tudung yang benar-benar menutup aurat. Kalau boleh jangan dipilih tudung yang nipis dan tidak menampakkan bentuk badan sebaik mungkin. Kenalah pandai memilih, kerana ini urusan akhirat. Alhamdulillah, nampaknya tudung Felixia Yeap cukup bagus dan sopan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Tengok, macam mana Allah beri rezeki kepada wanita bertudung dengan dijemput sebagai penceramah atau ahli panel bagi menceritakan kisah penghijrahan mereka kepada imej bertudung. Malah, sebenarnya banyak syarikat masih mencari model wanita bagi memperagakan pakaian wanita muslimah yang berlambak-lambak banyaknya di Malaysia ini.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Sesiapa yang bertudung ni, janganlah bimbang akan rezeki tertutup. Sebenarnya kena ingat rezeki tu mutlaknya dari Allah, jadi sebenarnya semakin dekat anda dengan Allah dan semakin anda patuhi perintah Allah, semakin Allah bermurah hati untuk memberikan rezeki melimpah ruah kepada anda.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Walaupun orang kata nak bertudung apabila sampai hidayah Allah, kita kena ingat satu lagi perkara. Adakah kita sudah berusaha mencari hidayah? Sedangkan rezeki pun tak datang bergolek, apatah lagi Hidayah Allah.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Semoga kisah-kisah wanita yang masuk Islam dan wanita yang sudah berhijrah untuk memakai tudung, akan menjadi pedoman dan iktibar kepada wanita-wanita Islam di Malaysia yang belum lagi bertudung.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Neelofa seorang lagi artis yang berhijrah kepada lebih baik. Jika anda boleh dengar dan tonton video beliau, ianya amat menusuk kalbu dan boleh menginsafkan kita. Kepada yang belum ada hidayah, boleh tonton video Neelofa di Youtube.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Comments are closed.