Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hidayah milik ALLAH dan seorang lagi insan iaitu Felixia Yeap yang bertuah antara beribu dipilih ALLAH untuk mendapat hidayahnya. Setiap hari di merata pelusuk dunia ada sahaja manusia yang mendapat hidayah ALLAH dengan berbagai cara biar pun sekecil mana tetapi ianya dapat menyentuh hati dan iman mereka. Hati Felixia Yeap tersentuh apabila buat pertama kali diminta memakai tudung ketika pengambaran iklan Celcom seperti juga Aliza Kim yang mempunyai kisah tersendiri mendapat hidayah ALLAH.
Itulah hebatnya janji ALLAH seperti yang disebut dalam ayat 125 Surah Al Anaam yang maksudnya : “Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk mendapat hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah ALLAH menimpa azab kepada orang-orang yang tidak beriman”
Semua itu kerja ALLAH manusia tiada kuasa untuk mengubah orang lain seperti perkongsian Aliza Kim dalam penjelasanya bagaimana beliau mendapat hidayah : ” I felt like God was leading me step-by-step and placing each book in the perfect order for me to see the truth. And, even though it was my personal choice to begin the search for truth, I sincerely feel now that the truth had found me“. Manakala hati Felixia Yeap juga diketuk dengan cara yang berbeza : “I was naive…and unfortunately I still am. And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life. I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside“.
Teringat pada seorang sahabat Ustaz Iqmal, mualaf yang sudah 8 tahun berhijrah dari agama Hindu kepada Islam katanya salah menggunakan perkataan mualaf yang hanya merujuk kepada penghijrahan manusia dari agama kafir kepada Islam kerana terlalu ramai orang Melayu yang juga baru mendapat hidayah setelah terleka bertahun-tahun yang seharusnya juga di panggil mualaf. Kita Melayu kekadang terlepas pandang kerana tidak dapat membezakan keindahan Islam kerana telah lahir dalam Islam.
Teringat juga kata Ustaz Nouman Ali Khan katanya hatinya sangat tersentuh dan sayu ketika berjalan di Malaysia apabila melihat masjid tersergam indah kerana bukan semua negara mempunyai keistimewaan begini. Katanya lagi ALLAH boleh sahaja gantikan masjid tersebut dengan kuil atau tokong jika kita tidak menjaga dan menghargai pemberian Tuhan. Umat Islam Malaysia perlu sangat bersyukur dengan kemulian yang diberi oleh ALLAH.
Mengikut cerita sahabat-sahabat pendakwah setiap hari beribu-ribu di Europah dan Amerika yang mendapat hidayah ALLAH berhijrah mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka berhijrah secara total dengan berpakain mengikut syariat dan mencari ilmu sehingga ramai yang menjadi lebih hebat dari orang Islam yang telah lahir dalam Islam. Lihat sahaja pakaian Felixia Yeap yang lebih mengikut syariat daripada wanita Islam.
Kita memang bukan tuhan untuk menghukum sesiapa tetapi ALLAH dengan jelas telah memberi panduan hidup kepada semua wanita Islam dan seandainya engkar ada balasan yang telah ditetapkan seperti yang telah dijelaskan dalam entri “Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat“…. itu perintah ALLAH bukan kata-kata manusia. Semuga Raisyyah Rania Yeap (nama Islam untuk Felixia Yeap) yang bakal berhijrah pada 5 Ramadhan 1345H dan Aliza Kim serta ramai lagi akan menjadi idola kepada umat Islam lain untuk menjadi lebih baik daripada mereka dan semuga kita bukan antara umat Islam yang ALLAH sesakkan dada dengan sesempit-sempitnya.
454 Comments
Allah itu maha Pekuasa, dalam pada ramainya umat Islam ditindas, semakin ramai manusia yang kembali kepada Islam
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
menjadi mualaf adalah satu nikmat yang terhebat..anugerah iman untuk berada di jalan yang benar
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Urus Jenazah Mualaf Selesai
Sungguh bertuah mereka yang mendapat hidayah. Semoga ramai lagi rakan-rakan kita yang akan tertarik dengan Islam. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
orang yang Islamnya secara berhijrah kebanyakkannya lebih baik dari Islam secara keturunan
Tertarik dengan islam tu satu. Satu lagi kita doakan sahabat2 kita yang dah islam tapi jauh daripada Allah supaya kembali ke jalanNya….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
semoga beliau dikelilingi mereka yang penuh iman dan ilmu di dada 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Yup. Sahabat yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar juga merupakan faktor seseorang untuk sentiasa konsisten di jalan yang lurus.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Dengar cte kekasih Felixia nie orang yang baik2 dan mampu membimbing Felixia. Harap begitulah hendaknya…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Aliza KIm? Tak pernah dengar pula nama tuh. Ok kena baca ni pasal ni…
Curahan rasa amirnawawi @ ..Surabaya, Kota Kedua Terbesar Di Indonesia Menarik untuk Dilawati
Saya baru nak komen. Ya, saya sendiri pun tak ambil tahu mengenai Aliza Kim. Apapun, alhamdulillah, kerana semakin ramai yang memeluk Islam. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
ini menunjukkan ramai yang sudah ‘dilahirkan semula’ berhijrah kembali kepada Islam
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
memang ramai yang berhijrah kepada Islam, kalau tengok rancangan Dr Zakir Naik ramai yang convert kepada Islam on the spot selepas bercakap dengan beliau
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Status Felixia sebagai bekas model terkenal tu yang mungkin menyebabkan beliau lebih dikenali berbanding Aliza Kim.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Amat beruntung dianugerah hidayah daripada Allah SWT..semoga mendapat iktibar kepada insan yang lain pula
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mengurus Jenazah Mualaf Fardu Kifayah
Tu la.. Lagi-lagi kalau public figure, semoga menjadi pendorong kepada orang lain juga hendaknya..
Curahan rasa amirnawawi @ ..MLM? Maaf Saya Tidak Berminat
First time tengok Felixia muncul kat TV time rancangan Al-Hijrah. Start dari situ dah start follow pekembangan Felixia sehinggalah sekarang….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Lebih-lebih lagi kepada kita yang memang Islam sejak lahir lagi, semoga kita akan lebih berusaha beribadah untuk Dia.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Alhamdulillah. Semoga saudari Felixia dapat menjalani kehidupan seorang Muslimah yang lain. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Siapa sangka kan.. Itulah Hidayah milik Allah, Dia akan beri pada sesiapa yang dikehendakinya..
Sedap nama bari Felixia, lembut je nama Rania 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Hadiah Birthday sempena 3series
betul tu. kita yang Islam ni pun belum tentu Islam sepenuhnya dan belum tentu dapat guide mereka ke jalan Islam yang benar
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
proses belajar itu berterusan..tak kira mualaf atau Islam sejati..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Masjidil Haram Al Mukarramah Dalam Impian
Suka dengan komen Tuan. Yap. Ilmu itu penting agar kita tidak jahil.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Sebab itu kita kena pastikan diri kita sentiasa menerima input ilmu untuk mentarbiah diri melalui majlis-majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah dan tazkirah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Kita pula yang dah islam nie semoga dikekalkan hidayat dan menjadi insan yang patuh perintah Allah.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Semoga beliau kekal dalm Islam sehingga ke akhir hayat..InsyaAllah..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..BOLEHKAH KITA BUANG AL-QURAN YANG TELAH ROSAK?
Amin…sama-sama kita berdoa supaya beliau istiqamah dan dapat menarik ramai lagi untuk berhijrah kepada Islam
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Doakan yang terbaik buat beliau . Doa untuk diri pun jgn lupa plak. Sbb bila2 masa hidayah Allah boleh tarik dan bg kat orang lain…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Alhamdullilah syukur bertambah lagi umat Islam di muka bumi. Semoga wanita-wanita Islam lain yang masih tidak menutup aurat secara baik boleh ambil iktibar daripada kisah Raisyyah Rania Yeap ni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Amin.. Semoga ramai yang dapat ikhtibar daripada penhijrahan saudara baru kitai ni..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Minggu Peperiksaan Akhir Semester
Amin. Semoga dengan adanya figura umum seperti saudari Felixia akan dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada kita semua.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Moga penghijrahan Felixia ini sedikit sebanyak menjadi pendorong buat wanita2 diluar sana untuk tutup aurat sengan sempurna. Raisyyah Rania Yeap boleh kenapa kita tidak 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
alhamdulillah semakin ramai yang mendapat hidayahNya bulan Ramadhan ini…
Ramadhan bulan penuh barakhah
Alhamdulillah. Dengan pengislaman beliau bertambahlah umat nabi S.A.W
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
amin..semoga dia mampu dijadikan contoh oleh kita yang lain…
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
bulan yang penuh barakah..bulan yg mulia untuk mereka yang mengamalkan ikut syariat
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Semoga hidayah yang telah Alloh berikan, diikuti oleh keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan perintahNya
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
Amin.. Semoga itu lah yang akan terjadi kang dadan. Semoga semua mendapat sedikit ikhtibar..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Pengalaman Bersama Nuffnang
sama-sama kita berdoa untuk Felixia gak..semoga dia terus tabah
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Hidayah bisa datang kapan saja. semoga istikomah menjalankan ajaran muslim.
Curahan rasa perawatan wajah @ ..Pobling Pore Sonic Cleanser
Amin Ya Allah.. Doakan yang terabaik buat bekas model ini..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
kuasa Allah. sekelip mata boleh berubah..tinggi nilai hidayah drp-Nya.
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Hidayah Allah bisa datang kapan saja.. semoga istikomah mengamalkan islam..
Curahan rasa perawatan wajah @ ..Pobling Pore Sonic Cleanser
Alhamdulillah.. syukur dengan rahmat & hidayah yg Allah beri bulan mulia ni 😉
Curahan rasa Nur Razali @ ..Ubati Si Manja Cara Semula Jadi
Seronok tengok Felixia update pasal kehidupan barunya kat FB.. Jangan tak tahu Felixia dah ada akaun FB baru yang diwujudkan beberapa hari selepas memeluk islam… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
betul ke tu akaun dia atau ada org cuba menyamar..iskh
amin..semoga kita semua sentiasa dikurniakan rahmah oleh-Nya.
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Subhanallah dan Semoga tahniah Felixia bisa terus istiqomah dengan Islam, kalau boleh tanya hidayah itu datang sendiri atau kita yang mencari?
Curahan rasa Sakit Kepala Bagian Belakang Kenapa Ya @ ..Sakit Kepala Bagian Belakang Kenapa Ya?
Comments are closed.