Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hidayah milik ALLAH dan seorang lagi insan iaitu Felixia Yeap yang bertuah antara beribu dipilih ALLAH untuk mendapat hidayahnya. Setiap hari di merata pelusuk dunia ada sahaja manusia yang mendapat hidayah ALLAH dengan berbagai cara biar pun sekecil mana tetapi ianya dapat menyentuh hati dan iman mereka. Hati Felixia Yeap tersentuh apabila buat pertama kali diminta memakai tudung ketika pengambaran iklan Celcom seperti juga Aliza Kim yang mempunyai kisah tersendiri mendapat hidayah ALLAH.
Itulah hebatnya janji ALLAH seperti yang disebut dalam ayat 125 Surah Al Anaam yang maksudnya : “Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk mendapat hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah ALLAH menimpa azab kepada orang-orang yang tidak beriman”
Semua itu kerja ALLAH manusia tiada kuasa untuk mengubah orang lain seperti perkongsian Aliza Kim dalam penjelasanya bagaimana beliau mendapat hidayah : ” I felt like God was leading me step-by-step and placing each book in the perfect order for me to see the truth. And, even though it was my personal choice to begin the search for truth, I sincerely feel now that the truth had found me“. Manakala hati Felixia Yeap juga diketuk dengan cara yang berbeza : “I was naive…and unfortunately I still am. And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life. I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside“.
Teringat pada seorang sahabat Ustaz Iqmal, mualaf yang sudah 8 tahun berhijrah dari agama Hindu kepada Islam katanya salah menggunakan perkataan mualaf yang hanya merujuk kepada penghijrahan manusia dari agama kafir kepada Islam kerana terlalu ramai orang Melayu yang juga baru mendapat hidayah setelah terleka bertahun-tahun yang seharusnya juga di panggil mualaf. Kita Melayu kekadang terlepas pandang kerana tidak dapat membezakan keindahan Islam kerana telah lahir dalam Islam.
Teringat juga kata Ustaz Nouman Ali Khan katanya hatinya sangat tersentuh dan sayu ketika berjalan di Malaysia apabila melihat masjid tersergam indah kerana bukan semua negara mempunyai keistimewaan begini. Katanya lagi ALLAH boleh sahaja gantikan masjid tersebut dengan kuil atau tokong jika kita tidak menjaga dan menghargai pemberian Tuhan. Umat Islam Malaysia perlu sangat bersyukur dengan kemulian yang diberi oleh ALLAH.
Mengikut cerita sahabat-sahabat pendakwah setiap hari beribu-ribu di Europah dan Amerika yang mendapat hidayah ALLAH berhijrah mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka berhijrah secara total dengan berpakain mengikut syariat dan mencari ilmu sehingga ramai yang menjadi lebih hebat dari orang Islam yang telah lahir dalam Islam. Lihat sahaja pakaian Felixia Yeap yang lebih mengikut syariat daripada wanita Islam.
Kita memang bukan tuhan untuk menghukum sesiapa tetapi ALLAH dengan jelas telah memberi panduan hidup kepada semua wanita Islam dan seandainya engkar ada balasan yang telah ditetapkan seperti yang telah dijelaskan dalam entri “Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat“…. itu perintah ALLAH bukan kata-kata manusia. Semuga Raisyyah Rania Yeap (nama Islam untuk Felixia Yeap) yang bakal berhijrah pada 5 Ramadhan 1345H dan Aliza Kim serta ramai lagi akan menjadi idola kepada umat Islam lain untuk menjadi lebih baik daripada mereka dan semuga kita bukan antara umat Islam yang ALLAH sesakkan dada dengan sesempit-sempitnya.
454 Comments
Tahniah kepada Rania kera memeluk islam dan memakai tudung labuh.
Semoga istiqmah menjadi muslimah sejati yang solehah
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Selamat Pengantin Baru Pada Pasangan
lepas bertudung ni, neelofa tampak jaaaauh lebih ayu kan.
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Nampak lebih sopan dan lebih lembut. Alhamdullilah terbukak jugak hati die untuk berhijab
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Pernah tengok Nelofa nie berlakon dalam satu filem tp x ingat filem apa… time tu Terfikir gak kalau lah dia bertudung kan nampak ayu je… Akhirnya Nelofa bertudung gak… Alhamdulillah….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
Kita tak tahu akhir kita di mana.
Yang penting, kita sentiasa perbaiki diri.
Tahniah dan selamat datang Raisyyah Rania, Neelofa dan Aliza Kim
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
tu pasal penting istiqamah dalam beramal..insyaAllah husnul khatimah
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
insyaAllah kite sama sama doakan mereka ini akan terus istiqamah
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Betul tu.. sebab tu la kita jangan hentam mereka… Kalau dah keterlaluan pun tegur dengan cara elok sebab kita x tahu akhir kalam kita nanti macam mana… ada yang jahat tetapi dapat ucap kalimah dan begitulah sebaliknya… sentiasa istiqamah…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
Istiqamah penting. baru baru terbaca artis indonesia bukak tudung lepas bercerai dengan suami,
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Indonesia macam2 dengar bro…. Ada yang mak bukan islam, ayah plak beragama islam… Dah biasa dah bagi diorang…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
alhadulillah berkat ramadhan, makin ramai yg berubah ke arah lebih baik
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Alhamdullilah. waktu bulan puasa ni makin ramai yang berhijrah. himah bulan ramadhan
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Alhamdulillah… Sesungguhnya hati2 manusia ini Allah yang pegang.. Bila2 masa je Allah boleh bagi sesiapa yang dikehendakinya….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
cantik betl neelofa bertudung. cantik! cantik!
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
lepas bertudung, makin cantik kan neelofa..
Tiada lagi Power Rangers pink yang orang dok kutuk2 dulu… Alhamdulillah, sesungguhnya hidayah itu milik Allah…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
syukur dia berubah dan berhijrah awal. semoga dia lebih istiqamah dan Allah murahkan rezeki dia selalu
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
sebelum ini saya ingatkan Aliza Kim adalah Felixia yeap sebab wajah hampir sama
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Alhamdulillah..semakin ramai non-muslim berminat terhadap Islam..
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
sama ek..tak pasti lak kat mana persamaan tu hehe
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Rasanya baru je rakyat Malaysia hentam Nelofa pasal pakaian yang menjolok mata dalam satu anugerah yang lepas… Sekejap je kan kalau Allah nak bagi hidayah…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
Saya pun ingat aliza kim tu rania. huhuhu. salah pandang.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Keduanya berbeza pada saya, tapi apa yang sama mereka sama-sama dah peluk islam dan menjadi saudara seislam kita… Alhamdulillah… 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
kalau artis sudah ramai yang sudah berhijrah, kenapa yang tidak artis tidak mahu berhijrah menutup aurat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
saya ingin mengajak yang wanita yang bukan artis, jomlah kembali kepada Allah
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Wanita aja bro Faizal? ajak ler yg lelaki sekali..nanti ada pula yg kecik hati..hehe
hehe lain mcm je kalau ajak wanita je hehe
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Hehehe. Ajak lelaki yang tersalah langkah kembali ke pangkal jalan. kembali ke jalan Allah
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Lelaki pun nak juga jadi baik. Ajak pompuan je lain macam bunyi… Hahahaha
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
hehhehe bro jangan suruh ajak lelaki pakai tudun pulak. ajak lelaki kembali ke pangkal jalan.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Masalah besar tu bro kalau lelaki nak berubah pakai tudung…. Hee
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
Alasan biasa adalah belum sampai seru. Tapi bila melihat semakin ramai artis yg berhijab itu kira perkembangan positif.
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
bertudung kan wajib..tak perlu tunggu seru..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
kalau tunggu seru, dah lama seru tu ada. mungkin masih leka diulit kseronkan dunia.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Yeah satu perkembangan positif. Nak-nak lagi artis yang berubah… Artis kan banyak pengikut so melalui penghijrahan ini secara tidak langsung memberi sedikit kesan kepada peminat mereka untuk berubah…. 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
artis pon manusia biasa bro..sama mcm kita je..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
betul tu tapi artis lebih dikenali. dan sekali mereka membuat kebaikan, akan menjadi salah satu dakwah untuk orang biasa berhijrah
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Betul tu… mereka banyak pengikut… sekali perubahan baik yang mereka buat, peminat mereka pun akan terkesan… x berubah sekarang, mungkin di masa akan datang… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
menutup aurat satu tuntutan tetapi ia tidak menjadi ibadat kalau tidak ikut syariat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Betul tuh..non-muslim macam felixia pun dah mula pandai berhijab menutup aurat inikan pula kita yg lahir sbg Islam..Alhamdulillah felixia akhirnya telah mendapat hidayah memeluk Islam..
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
Alhamdulillah setelah beberapa lama menunggu dengan banyak khabar2 angin yang kita dengar, akhirnya terjawab sudah Felixia telah memilih Islam sebagai agamanya… Alhamdulillah. syukur pada Allah…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
setuju..ramai yg terlupa cara bertudung dgn betul tu..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Golongam macam ini pun kita kena banyak2 berdoa semoga mereka pun mendapat hidayah Allah untuk menutup aurat dengan sempurna… Kekadang mereka ini datang daripada kalangan keluarga terdekat kita sendiri… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
sekarang lebih ramai yang memakai udung ats alasan berfesyen bukan nya untuk menutup aurat
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Doakan mereka bro semoga hidayah masuk kedalam lubuk sanubari…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
kalau kita hayati kata Ustaz Nouman Ali Khan seharusnya kita bersyukur kerana nikmat memiliki masjid tersergam indah masih kita rasa.
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Alhamdulillah..kita masih boleh merasa hidup aman dan tenteram di Malaysia nih berbanding saudara2 kita di Gaza sana..
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
apa guna masjid dibina indah kalau tiada pengamal di dalamnya?
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
masih ada pengamal dalam masjid mungki tidak banyak. mungkin dah tiba masa nya untuk kite bertangungjawab mengajak orang ramai ke masjid.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
pandai felixia yeap, ambil bulan Ramadhan untuk berhijrah
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
sudah tiba masa dia untuk berhijrah tu..kita doakan utk dia
ye betul tu. taggungjawab kte untuk mendoakan saudara baru kite
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
sebenarnya bila-bila nak berhijrah pun boleh. makin cepat makin bagus sebab kite tak ahu bila ajal mnjemput kite.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Doakan yang terbaik untuk saudara baru kita ini. Semoga ada seseorang yang oleh membimbing dia untuk terus cekal dengan ujian2 baru sebagai seorang islam…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
percaturan Allah cukup hebat. felixia yeap berubah 360 darjah selepas berhijrah
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Dia masih baru mendalami Islam..kita yg dah lama Islam nih seharusnya beri sokongan dan membimbingnya..
betul tu bro..at least bagi semangat supaya dia sentiasa bersemangat..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
KIta yang beragama islam dari lahir kna bagi die semangat unuk terus istiqamah daam mengamalkan slam
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
kita patut malu kat Felixia nie.. dalam page FB dia ada baca pasal nabi Muhammad tapi kita tah baca buku ape je… hee
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
Alhamdulillah, itu juga membuktikan kekuasaan Dia kan.
Kuasa Allah tu. DIA nak bagi hidayah kepada sesiapa yang DIA hendak.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Betul tu… Itulah hebantnya Allah… Dari model playboy menjadi seorang yang cover aurat dengan baik…. Subhanallah!
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
teruskan mendoakan supaya rania istiqmah. menjadi seorang mualaf di malaysia ni bukan senang.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Tu la pasal… kat page FB dia banyak ada juga yang mengecam tidakan Felixia… Semoga terus tabah….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
Benarlah hidayah itu milk Allah. Siapa sangka bekas model playboy ini telah menjadi saudara seislam kita.. Alhamdulillah 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
mungkin ini rezeki dia di bulan ramadhan..hidayah yg tak ternilai..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Saya pernah terfikir, betapa, Masha Allah. Dari seorang model terkenal dengan aksi terdedah sana-sini kini mendapat hidayah menjadi muslimah sejati. Allah. 🙁
Tu la kita x boleh judge orang. Bila2 masa sahaja Allah ble bg hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
saya setuju dengan kenyataan Tuan Denai hati, pakaian orang yang baru berhijrah kepada Islam lebih baik berbanding orang yang lahir dari keturunan Islam
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Felixia pernah cakap “Kalau gadis Melayu boleh pakai ‘skirt’ pendek kenapa gadis cina tak boleh berhijab?” . Sepatutnya kita harus malu ngn Felixia….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
dia x cakap sebab dia tahu kata-kata tu sangat tajam..biar diorg sedar dgn sendiri
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Islam is the way of life. ia adalah cara hidup untuk semua manusia
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Betul tu. Apa2 pun semoga Felixia terus kuat berhadapan dengan cabaran terutamanya kritikan2 daripada mereka2 yang x pernah senang tengok orang lain bahagia.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
ye btul..the great way..tiada ajaran lain sesempurna Islam
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Comments are closed.