Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hidayah milik ALLAH dan seorang lagi insan iaitu Felixia Yeap yang bertuah antara beribu dipilih ALLAH untuk mendapat hidayahnya. Setiap hari di merata pelusuk dunia ada sahaja manusia yang mendapat hidayah ALLAH dengan berbagai cara biar pun sekecil mana tetapi ianya dapat menyentuh hati dan iman mereka. Hati Felixia Yeap tersentuh apabila buat pertama kali diminta memakai tudung ketika pengambaran iklan Celcom seperti juga Aliza Kim yang mempunyai kisah tersendiri mendapat hidayah ALLAH.
Itulah hebatnya janji ALLAH seperti yang disebut dalam ayat 125 Surah Al Anaam yang maksudnya : “Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk mendapat hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah ALLAH menimpa azab kepada orang-orang yang tidak beriman”
Semua itu kerja ALLAH manusia tiada kuasa untuk mengubah orang lain seperti perkongsian Aliza Kim dalam penjelasanya bagaimana beliau mendapat hidayah : ” I felt like God was leading me step-by-step and placing each book in the perfect order for me to see the truth. And, even though it was my personal choice to begin the search for truth, I sincerely feel now that the truth had found me“. Manakala hati Felixia Yeap juga diketuk dengan cara yang berbeza : “I was naive…and unfortunately I still am. And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life. I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside“.
Teringat pada seorang sahabat Ustaz Iqmal, mualaf yang sudah 8 tahun berhijrah dari agama Hindu kepada Islam katanya salah menggunakan perkataan mualaf yang hanya merujuk kepada penghijrahan manusia dari agama kafir kepada Islam kerana terlalu ramai orang Melayu yang juga baru mendapat hidayah setelah terleka bertahun-tahun yang seharusnya juga di panggil mualaf. Kita Melayu kekadang terlepas pandang kerana tidak dapat membezakan keindahan Islam kerana telah lahir dalam Islam.
Teringat juga kata Ustaz Nouman Ali Khan katanya hatinya sangat tersentuh dan sayu ketika berjalan di Malaysia apabila melihat masjid tersergam indah kerana bukan semua negara mempunyai keistimewaan begini. Katanya lagi ALLAH boleh sahaja gantikan masjid tersebut dengan kuil atau tokong jika kita tidak menjaga dan menghargai pemberian Tuhan. Umat Islam Malaysia perlu sangat bersyukur dengan kemulian yang diberi oleh ALLAH.
Mengikut cerita sahabat-sahabat pendakwah setiap hari beribu-ribu di Europah dan Amerika yang mendapat hidayah ALLAH berhijrah mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka berhijrah secara total dengan berpakain mengikut syariat dan mencari ilmu sehingga ramai yang menjadi lebih hebat dari orang Islam yang telah lahir dalam Islam. Lihat sahaja pakaian Felixia Yeap yang lebih mengikut syariat daripada wanita Islam.
Kita memang bukan tuhan untuk menghukum sesiapa tetapi ALLAH dengan jelas telah memberi panduan hidup kepada semua wanita Islam dan seandainya engkar ada balasan yang telah ditetapkan seperti yang telah dijelaskan dalam entri “Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat“…. itu perintah ALLAH bukan kata-kata manusia. Semuga Raisyyah Rania Yeap (nama Islam untuk Felixia Yeap) yang bakal berhijrah pada 5 Ramadhan 1345H dan Aliza Kim serta ramai lagi akan menjadi idola kepada umat Islam lain untuk menjadi lebih baik daripada mereka dan semuga kita bukan antara umat Islam yang ALLAH sesakkan dada dengan sesempit-sempitnya.
454 Comments
subhanallah,,, tidak mudah untuk menerima hidayah di Allah SWT
hidayah Allah SWT ..dapat kepada mereka yang menjadi pilihan Allah.alhamdulillah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Nikmat Puasa Pertama Seorang Mualaf
Bagi yang lama dah mengikuti perkembangan Felixia, mesti terharu apabila membaca perjalanan hidup beliau menuju ke arah islam.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Alhamdulillah… dah ramai yang sudah memeluk agama Islam, hidayah Allah meresap masuk ke jiwa mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka untuk menghayati agama Islam yang sebenar.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Felixia Peluk Agama Islam
Aminnn. menurut blog beliau, pernah mengharungi pelbagai dugaan, bantahan, makian. sindiran, fitnah, penyisihan dan tekanan. semoga beliau terus diberikan kekuatan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rashidun Caliph Conference 2014
seoang wanita berahati kuat. macam mana la kita agaknya jika di tempatnya semasa mengharungi dugaan tersebut
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Tuan Denaihati pun layan juga blog Felixia. Ngtkan saya je.. Hee
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Alhamdulillah…bertambah lagi saudara Islam kita di bulan yang mulia ni…:D
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..6 Tips Berjimat Di Bazaar Ramadhan
alhamdulillah. semoga beliau dikelilingi orang yang baik baik.
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Alhamdulillah. % ramadhan juga menjadi pilihan beliau untuk melafazkan Syahadah… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
Syukur Alhamdulillah.
Bertuahlah insan-insan terpilih yang telah mendapat hidayah itu.
Semoga istiqamah hingga ke akhir hayat.
Amin…
Curahan rasa Mrs. A @ ..Al-kisah 1 Ramadhan 1435H
alhamdulillah, semoga dipermudahkan 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Pengalaman Buat Popcorn Dengan Periuk Tekanan
Alhamdulillah..semoga dipermudahkan segalanya dan menjadi inspirasi baut semua..
Curahan rasa haida @ ..Tips Cegah jerawat yang amat berkesan..
Alhamdulillah..syukur diatas hidayahNya..Moga ramai lagi yang akan berhijrah
Curahan rasa Rokiah Abdul Hamid @ ..Tips Langkah Berhenti Merokok
Moga lebih ramai dapat hidayah dari hijrah Rania
Curahan rasa Faza NCY @ ..Our Beauty Start From Within
Alhamdulillah tahniah Felixia. Semoga terus istiqomah dengan Islam.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Projek Bonus Raya: Jadilah Ahli Shaklee Sekarang!
Moga Allah swt melindungi dan merakmatinya…
Curahan rasa umie @ ..Performance Drink Shaklee
Comments are closed.