Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tajuk paling hangat untuk orang politik Malaysia iaitu “Bila pilihan raya umum ke 13”. Mana-mana aku pergi samada berjumpa dengan puak Barisan Nasional atau penyokong tegar Pakatan Rakyat tidak pernah sesaat terlepas nak bercerita tentang pilihan raya umum ke 13. Dari desas desus di kampung dan di bandar katanya tarikh Parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu bila PRU 13.
Tanda pilihan raya umum ke 13 semakin hampir sudah begitu banyak. Berbagai pengumuman telah dilakukan oleh PM DS Najib Razak dan terbaru apabila Penjawat Jawatan Awam mendapat durian runtuh 7 – 13% apabila sistem SBPA dibatalkan SSM dikekalkan dengan pertambahbaikan struktur gaji penjawat awam.
Parti politik kian rancak perkempen masuk ke desa dan felda mungkin mereka tahu orang bandar ni tak boleh diharap sangat sebab dah terlebih pandai dan terdedah dengan berbagai sosial media. Berbagai dokumen rahsia telah dan akan didedahkan dalam tempoh kempen menjelang PRU 13. Di jangkakan PRU 13 adalah pilihan raya paling panas dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.
Berdasarkan keputusan undian Ramalan PRU 13 di blog Denaihati kemenangan pasti akan ditentukan oleh pengundi atas pagar. Ada orang politik kata pengundi atas pagar ini orang yang tiada pendirian mudah disuap. Bagi pengundi atas pagar pulak orang politik ini terlalu taksub dengan parti mereka sehingga semua informasi walaupun salah diterima bulat-bulat tanpa justifikasi sewajarnya.
Seronok bila tengok jumlah undian Ramalan PRU 13 bertambah setiap hari. Ketika entri ini ditulis lebih 3051 pembaca telah mengundi dengan kedudukan PR 45%, BN 44% dan Atas Pagar 11%. Lebih ramai yang mengundi pasti lebih tepat ramalan PRU 13 jadi mungkin Rakan Blogger boleh bantu buat special entri.
Nak tanya kepada yang layak mengundi dah mendaftar ke? Bukan susah sangat nak daftar mengundi tak percaya baca entri ini “Daftar Mengundi“. Mengundi adalah tanggungjawab dan ada Ulama yang kata berdosa kepada rakyat yang tidak menyempurnakan tanggungjawab memilih pemimpin. Jadi jangan sia-siakan hak kita sebagai Rakyat Malaysia.
[poll id=”2”]
113 Comments
semoga prosesnya berjalan lancar…
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Mengatasi Duplicate Meta Description, Short Description dan Long Description
Aku kena cepat daftar sebagai pengundi ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Adnan Sempit 2
siapakah yang akan menag, jadi penasaran
Curahan rasa family fappiness @ ..Emotional Love Song of My Life
sangat sengit undian kali ni. dua pihak diketuai oleh individu yg kuat, yg pernah berkerjasama dan nama yg cukup gah. tapi segala pilihan terserah pada pengundi yg membuat pilihan nanti. 🙂
Curahan rasa ariff @ ..Bukan Kerana A.B.U Menjadi Abu
mohon melayu gabung la..demi kbaikan bsama
tak cukup umur lagi nak mengundi..
Curahan rasa zhazmi @ ..You Follow, I Follow
pru kali ini rasanya adalah yg paling hangat. kebangkitan orang muda. … jgn lupa mengundi
Curahan rasa mujib @ ..Faiz & Afifah : from Malacca with love
yang dah cukup umur tu, mendaftar lah ye dan pergi buang undi.
Curahan rasa ariff @ ..Bukan Kerana A.B.U Menjadi Abu
dh dftr pun…tgh tggu pru 13 jer…hehee
belum layak mengundi lagi 🙂
Curahan rasa azriMy @ ..Apple iPad 3 Sebenarnya ialah iPad Generasi Baru
agak2 wikileaks n anonymous akan turut serta x dalam penyebaran dokumen rahsia..hahahaha
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Mark Zuckerberg : Facebook Dapat Pinjaman $5 Billion !
Kalau tak silap wikileaks dah banyak keluarkan dokumen yg memihak PR.
Curahan rasa denaihati @ ..Cara Meningkatkan Trafik Blog
DH ada xlink tu?..cari2 ritu cam dh xder..xsempat nk donlod ritu..
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Mark Zuckerberg : Facebook Dapat Pinjaman $5 Billion !
bulan mungkin kot?
najib masa je dah tu
masa yg selamat bagi dia
Curahan rasa auc dot com @ ..T-Team vs Pahang | FA CUP 2012 | Keputusan Terkini
rasanya bulan 5 , kena daftar sebelum bulan 5 yek semua , bulan 7 raya .. bukan pilihan raya kehkehkeh
Curahan rasa puanbee @ ..Simple Laksa
Mungkin dalam tahun ni jugak..harap-harap apapun keputusan nanti harap semua pihak dapat menerimanya..PRU ke 13 ni memang mendebarkan..mungkinkah berlaku sesuatu bakal tercatat dalam sejarah?
Curahan rasa segalabenda @ ..Pernahkah anda terlibat dengan rasuah?
Sekarang ni memang hari-hari boleh dengar orang cerita PRU.. paling banyak cerita di kedai kopi..
Curahan rasa kulanz @ ..Projek Budak Sekolah
Kalau mengikut hasil pungutan kemenangan samada parti pemerinta dan pembakang ditentukan oleh pengundi atas pagar. Terpulang parti yang bertanding untuk menawan hati pengundi atas pagar ini.
Curahan rasa akubiomed @ ..Dedikasi Hari Wanita Sedunia 2012
Tak sabar gak sbb tak sabar berkhidmat sbg petugas pilihanraya.
Tahun ni Insya Allah dah kali ketiga berkhidmat utk PRU.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..EPISODE 6: PERCUTIAN KELUARGA; SURPRISE BDAY PARTY BUAT KAK CHOR!
Comments are closed.