Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tajuk paling hangat untuk orang politik Malaysia iaitu “Bila pilihan raya umum ke 13”. Mana-mana aku pergi samada berjumpa dengan puak Barisan Nasional atau penyokong tegar Pakatan Rakyat tidak pernah sesaat terlepas nak bercerita tentang pilihan raya umum ke 13. Dari desas desus di kampung dan di bandar katanya tarikh Parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu bila PRU 13.
Tanda pilihan raya umum ke 13 semakin hampir sudah begitu banyak. Berbagai pengumuman telah dilakukan oleh PM DS Najib Razak dan terbaru apabila Penjawat Jawatan Awam mendapat durian runtuh 7 – 13% apabila sistem SBPA dibatalkan SSM dikekalkan dengan pertambahbaikan struktur gaji penjawat awam.
Parti politik kian rancak perkempen masuk ke desa dan felda mungkin mereka tahu orang bandar ni tak boleh diharap sangat sebab dah terlebih pandai dan terdedah dengan berbagai sosial media. Berbagai dokumen rahsia telah dan akan didedahkan dalam tempoh kempen menjelang PRU 13. Di jangkakan PRU 13 adalah pilihan raya paling panas dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.
Berdasarkan keputusan undian Ramalan PRU 13 di blog Denaihati kemenangan pasti akan ditentukan oleh pengundi atas pagar. Ada orang politik kata pengundi atas pagar ini orang yang tiada pendirian mudah disuap. Bagi pengundi atas pagar pulak orang politik ini terlalu taksub dengan parti mereka sehingga semua informasi walaupun salah diterima bulat-bulat tanpa justifikasi sewajarnya.
Seronok bila tengok jumlah undian Ramalan PRU 13 bertambah setiap hari. Ketika entri ini ditulis lebih 3051 pembaca telah mengundi dengan kedudukan PR 45%, BN 44% dan Atas Pagar 11%. Lebih ramai yang mengundi pasti lebih tepat ramalan PRU 13 jadi mungkin Rakan Blogger boleh bantu buat special entri.
Nak tanya kepada yang layak mengundi dah mendaftar ke? Bukan susah sangat nak daftar mengundi tak percaya baca entri ini “Daftar Mengundi“. Mengundi adalah tanggungjawab dan ada Ulama yang kata berdosa kepada rakyat yang tidak menyempurnakan tanggungjawab memilih pemimpin. Jadi jangan sia-siakan hak kita sebagai Rakyat Malaysia.
[poll id=”2”]
113 Comments
Nasi lemak buah bidara,
Semua parti nampak setara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Sana-sini bendera parti berpacak,
Sedikit masa nanti semakin rancak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nama di sebalik Ultrabook Toshiba Portege Z830
Susah senang hidup bersama,
PRU pasti akan menjelma.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Parti masing-masing rancak berkempen,
Bila menang banyak yang komplen.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nama di sebalik Ultrabook Toshiba Portege Z830
Sana sini cakap pilihanraya,
Yang menang pasti berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nama di sebalik Ultrabook Toshiba Portege Z830
nampaknya PRU kali ini lebih terancang..
Curahan rasa yangbaik @ ..Blog dan Tanpa Nama
baru je dafter tahun lepas.
tu pun sbb anak buah keje ngn SPR.
🙂
Curahan rasa kakngah @ ..Mummy Saya Mau Kurus Seperti Ultrabook Toshiba Portege Z830
mmgtgh rancak persiapan pru..28macni saya akan ke taklimat petugas pru 13…
PRU ke 13 semakin hampir,
Untuk memilih pemerintah terbaru,
Janji manifesto dahulu sudah mungkir,
Hendak mengundi hati semakin keliru.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Semakin rancak usaha dilakukan untuk menarik golongan muda mengundi. Misalnya, setiap kali ada evebt tertentu mesti ada kaunter SPR.
Curahan rasa shaharil @ ..Giveaway Banner Percuma daripada SHAHARIL.com
undian apa nih mba denai ?
Curahan rasa saripati manggis @ ..Obat Alternatif Psoriasis
dalam rangka hari jadi apa nih ?? kelihatannya semakin seru suasananya
Curahan rasa cara diet aman @ ..Mengencangkan Payudara
Jun ea? mak cik aku cakap bulan mei nanti 😛
baru 1st time nak undi nanti huhu
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Menang 2 Piala, Gagal ke Champions League Satu Kejayaan buat Reds?
balik kelantan awal tahun hari tu dah siap ada bendera parti dah sesetengah kawasan tu.
Curahan rasa zuls @ ..Cerita hal Penagih Facebook
sebenarnya kaum melayu kita ni berpecah belah disebabkan parti2 politik yang berpecah belah..disebabkan tu jgaklah kaum melayu semakin lemah dan terkulai sebab tak bersatu.. bak kata pepatah, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. sama jugak konsepnya denga solat. solat diibaratkan seperti tiang. Tak cukup satu tiang, akan roboh lah rumah itu..
p/s : sekadar berkongsi dan mencari teman..jauh sekali mencari lawan.
Curahan rasa boni JLL3 @ ..Temui Yuna Di Pasar Malam Ibukota
Comments are closed.