Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tajuk paling hangat untuk orang politik Malaysia iaitu “Bila pilihan raya umum ke 13”. Mana-mana aku pergi samada berjumpa dengan puak Barisan Nasional atau penyokong tegar Pakatan Rakyat tidak pernah sesaat terlepas nak bercerita tentang pilihan raya umum ke 13. Dari desas desus di kampung dan di bandar katanya tarikh Parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu bila PRU 13.
Tanda pilihan raya umum ke 13 semakin hampir sudah begitu banyak. Berbagai pengumuman telah dilakukan oleh PM DS Najib Razak dan terbaru apabila Penjawat Jawatan Awam mendapat durian runtuh 7 – 13% apabila sistem SBPA dibatalkan SSM dikekalkan dengan pertambahbaikan struktur gaji penjawat awam.
Parti politik kian rancak perkempen masuk ke desa dan felda mungkin mereka tahu orang bandar ni tak boleh diharap sangat sebab dah terlebih pandai dan terdedah dengan berbagai sosial media. Berbagai dokumen rahsia telah dan akan didedahkan dalam tempoh kempen menjelang PRU 13. Di jangkakan PRU 13 adalah pilihan raya paling panas dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.
Berdasarkan keputusan undian Ramalan PRU 13 di blog Denaihati kemenangan pasti akan ditentukan oleh pengundi atas pagar. Ada orang politik kata pengundi atas pagar ini orang yang tiada pendirian mudah disuap. Bagi pengundi atas pagar pulak orang politik ini terlalu taksub dengan parti mereka sehingga semua informasi walaupun salah diterima bulat-bulat tanpa justifikasi sewajarnya.
Seronok bila tengok jumlah undian Ramalan PRU 13 bertambah setiap hari. Ketika entri ini ditulis lebih 3051 pembaca telah mengundi dengan kedudukan PR 45%, BN 44% dan Atas Pagar 11%. Lebih ramai yang mengundi pasti lebih tepat ramalan PRU 13 jadi mungkin Rakan Blogger boleh bantu buat special entri.
Nak tanya kepada yang layak mengundi dah mendaftar ke? Bukan susah sangat nak daftar mengundi tak percaya baca entri ini “Daftar Mengundi“. Mengundi adalah tanggungjawab dan ada Ulama yang kata berdosa kepada rakyat yang tidak menyempurnakan tanggungjawab memilih pemimpin. Jadi jangan sia-siakan hak kita sebagai Rakyat Malaysia.
[poll id=”2”]
113 Comments
walauapa pun berlaku, harap ngan IMR dipertahankan
Curahan rasa Juan @ ..Download SEO Untuk Semua
kita tengok siapa yang menang nanti..
Curahan rasa titan @ ..Kekacakan Ultrabook Toshiba Portege Z830
saya menang motor.. hik3..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Mogadishu Somalia
Berita gembira gaji naik 13%, berita sedih inflasi naik lebih dpd itu! Satu cara utk selamatkan income dr inflasi ialah dgn menyimpan emas…Mari sama2 kita simpan 13% tadi agar dpt membeli emas pertama anda…Oppss…jgn beli barang kemas, sebab susut nilainya mencecah 30%! Belilah gold bullion…http://publicgold999.blogspot.com/2011/11/berdisiplin-menyimpan-untuk-membeli.html
Saya sudah menyimpan,untuk masa depan anak2 juga hoho.(pdahal bini pun x ada lagi)Adeh!!..
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Pesanan Dan Mutiara Kata Dari Ustaz Azhar Idrus
Oh!!Saya masih dibawah paras umur kanak2,masih belum layak untuk mengundi..
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..10 Tabiat Lelaki Yang Menggelikan Wanita
uwah…semakin panas nampak nya PRU 13 ini…
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Contest Seo : Cinta Kotak Fibox
jom kempen di blog masing2 untuk datang mengundi disini sebelum PRU13 yg sebenar.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Gambar Kem Kepimpinan Bersepadu SMKRTU 2012
dah daftar, cuma tunggu nak mengundi je ni ..
Curahan rasa anastasyea @ ..Sinopsis Drama Bunga-Bunga Syurga Slot Zehra TV3
Saya jangka pilihan raya umum (PRU 13) selepas raya puasa.
Curahan rasa Teratakerapung @ ..Merapu Pagi Hari
Haha.Baik punya tarikh bro…
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..10 Tabiat Lelaki Yang Menggelikan Wanita
Saya sudah.. yang lain yang belum daftar tu biler lagi… 😀
Curahan rasa Rozeman Bin Hassan @ ..Kidzania Malaysia di Mutiara Damansara
Saya Sudah Mendaftar,Anda Bila Lagi (ayat tibi) haha..
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..10 Tabiat Lelaki Yang Menggelikan Wanita
rugilah siapa yg tak mengundi. sesiapa yg belum mendaftar….cepat2lah mendaftar
sedih melihat orang bergaduh sesama agama semata-mata kerana fanatik terhadap parti politik masing-masing
Curahan rasa noorsyamsul @ ..PELARASAN 13 PERATUS: SBPA DIMANSUHKAN
Itulah pasal,gadush2 sana sini belakang depan bilalah gamaknya nak berdamai..
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..10 Tabiat Lelaki Yang Menggelikan Wanita
dah daftar lama dahhh…hehehe
Curahan rasa yas @ ..KARNIVAL PROTON – POWER OF 1
SSM mungkin menarik pengundi untuk mengudi BN
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Vanilla Coklat Episode 12
sya dah berdaftar.,..yeay!
lepas umum gaji baru then date PRU pun kuar ek…hihi
Curahan rasa noriz @ ..Keriangan Khamis – SBPA/Emas/Diabetis
saya mengundi di shah alam tay DH…wakaka
Comments are closed.