Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama nak menulis entri rahsia Masjid Nabawi tetapi baru kali ini berkesempatan. Siapa yang tidak jatuh cinta setelah kali pertama menjejak kaki di Masjid Nabawi menziarahi Rasulullah SAW. Pasti berderai air mata apabila berdoa di Raudah terasa dekat sangat dengan Baginda Nabi SAW.
Berdoa di Raudah sambil bercerita kepada Rasulullah SAW apa yang telah kita buat untuk agama sebelum datang ke Madinah dan apa azam kita hendak lakukan untuk agama sekembali kita ke tanah air.
Setelah menziarahi Rasulullah SAW dan berdoa di Raudah jemaah juga akan menziarahi perkuburan Al Baqi’ yang biasanya dibuka di awal pagi selepas suboh. Menziarahi makam para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW menghadiahkan Al Fatihah. Kemudian jemaah akan melawat berbagai lokasi sejarah disekitar Kota Madinah mengambil berkat Tanah Haram dan menginsafi perjuangan para sahabat berjuang untuk agama terutama di Jabal Ruma tempat para syuhada perang Uhud.
Ramai jemaah terutama dari Malaysia yang tidak mengetahui rahsia di Masjid Nabawi ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati. Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati oleh jemaah. Bukanlah rahsia sebab ramai jemaah dari negara lain yang sentiasa datang dan pergi melawat tempat-tempat ini. Mutawif Malaysia tidak bawa jemaah melawat ke sini mungkin sebab mereka pun tak tahu.
Tiang Uthman Affan
Terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi dalam terdapat Muzium Al Quran dan Perpustakaan Kitab Khusus.
Muzium Al Quran
Di tingkat tiga tiang Uthman Affan terdapat Muzium Al Quran yang terkumpul Al Quran tulisan tanggan dan berbagai Al Quran sejak zaman Saidina Uthman Affan.
Perpustakaan Kitab Khusus
Di tingkat dua tiang Uthman Affan terdapat perpustakaan menyimpan kitab-kitab yang khusus hanya dua atau tiga salinan sahaja di dunia. Kitab-kitab ini tidak boleh di bawa keluar. Kita boleh baca di dalam.
Bilik Al Quran
Terletak di lantai bawah sebelah kanan apabila kita masuk dari pintu utama Masjid Nabawi. Masjid atau organisasi boleh bawa surat dengan cop rasmi untuk meminta Al Quran waqaf untuk masjid dan surau mereka. Al Quran ini adalah Al Quran hadiah dari jemaah yang bukan Al Quran rasmi yang dikutib kembali oleh pertugas Masjid Nabawi.
Bilik Audio
Jemaah boleh meninggalkan pen drive untuk merakamkan beribu rakaman ceramah dan bacaan imam Masjid Nabawi. Biasanya salinan rakaman boleh diambil dalam tempoh 2 hari.
Perpustakaan Umum
Ramai pelajar dan jemaah yang bertandang ke perpustakaan umum Masjid Nabawi yang terletak ditingkat atas sebelah kanan. Kena masuk dari pintu luar.
Muzium Sejarah Rasulullah SAW di Madinah
Terletak diluar pagar Masjid Nabawi bertentangan dengan pintu keluar perpustakaan umum Masjid Nabawi. Menceritakan kisah penghijrahan Nabi SAW, Kisah peperangan sepanjang Nabi di Madinah dan kisah keluarga Baginda Nabi SAW.
Muzium pameran Nama-nama ALLAH
Muzium Nama-nama ALLAH ini memang best sebab berbagai paparan dipamerkan seperti 99 nama-nama ALLAH dan penjelasannya, video-video kejadian alam yang dikaitan dengan nama ALLAH dan macam-macam lagi. Memang rugi kalau tak pergi sendiri. Di akhirnya jemaah boleh beli poster dan CD nama-nama ALLAH.
Kepada yang sudah ke Madinah pernahkah anda menjejaki gedung penuh ilmu ini? Ada banyak lagi rahsia Masjid Nabawi yang masih tersembunyi dan beruntung kepada jemaah yang dapat mutawwif yang mahir selok-belok sejarah Masjid Nabawi.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
84 Comments
Subahanallah, begetar hati saya ketika melihat foto-foto di atas tu. Semoga allah memberikan kesempatan untuk berkunjung ke sana….
Curahan rasa ihsan @ ..Website Belanja Online Jujur Dan Terpercaya
Rezeki apabila dapat sampai sana. Lagi bertambah rezeki bila dapat jumpa gedung ilmu ini. Insyallah jika di beri peluang saya nak pergi kesini.
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..KULIT MACAM KATAK PURU LEPAS BERSALIN
nice info.. masjid nabawi memang cantik.. dah berpeluang tgk masa umrah dulu.. semoga ada peluang lagi..
Curahan rasa Teddy Bear @ ..WishWing Teddy Bear 1.6 Meter
Semoga sy diberi peluang oleh Nya untuk menjejakkan kaki di sana dan melihat sendiri keindahan masjid ini. insyaAllah.. =)
Curahan rasa puan asmaa @ ..PENYAKIT ATAU KRISIS PEMULIHAN KERANA PENGAMBILAN SUPLEMEN?
Ruginye tak pegi masa umrah dulu..mutawif pun x bawa dan bgtahu.
Ruginye mutawif tak bawa masa gi umrah dulu..entah bila dpt pegi lagi .
Subhanallah sekali Masjid Nabawi ini. Saya dari dulu cita-cita ingin sekali berkunjung ke masjid besar ini. Semoga ada rejekinya. Amin!
Curahan rasa Obat Varikokel Paling Mujarab @ ..Obat Varikokel Paling Mujarab
bagi yg berkesempatan ke sana boleh singgah ke muzium ni. boleh tambah ilmu dan pengetahuan sejarah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Bateri Smartphone Cepat Habis
Pengalaman yang tidak akan kita dapat di tempat lain, hanya di bumi yang penuh berkat ini. Memang patutu berkunjung ke sana.
Curahan rasa myliferia @ ..Bagaimana Nak Jayakan Kaedah “Just Do IT” Dengan Betul
Betul, memang ramai yang tak tahu tentang perkara-perkara lain yang sangat menarik kat Masjid Nabawi ni.
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Hilangkan Perut Buncit Tanpa Senaman
jika tidak dibongkar memang ramai yang tidak akan tahu,..terima kasih kerana berkongsi.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Konsep 5P Dalam BestMobile Terbaik
memang bertuah siapa dapat pergi. benda benda mcm ni tak ada di muzium lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Bateri Smartphone Cepat Habis
tuah dapat pahala dan kepuasan jiwa kerana benda yang terbaik sukar untuk diperolehi tempat lain..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Preview BestMobile Di Kuching Bersama CEO Terbaik
cantiknya, tak tahu bila dapat berkunjung ke sini…teringin sangat nak tinggalkan kesan tapak kaki ini
Curahan rasa siti hazreen @ ..Cuci dan Tampal Gigi di Klinik Gigi Cheng
Teringin nk msok library semua tu..tp mutawif kate laki je blh msok..tp dpt g muzium..alhamdulillah..ade gap antara mghrib n isyak tu sy redah je g sorg..sbb xde sape nk g skali..cantik sgt dia bt galeri nama2 Allah tu..smpai pelawat yg dtg tu baca ayat2 kt situ smbil memuji2,bersyukur, ade yg bergenang air mata hanya membaca tulisan2 kt galeri tu..mmg terkesan sgt pamerannya..Allahu..rindunye..
Dalam gambar Denaihati ni pun macam semua lelaki jer kat kebanyakan tempat.
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Atasi Anak Sembelit Teruk Hingga Trauma Nak Minta Makan
Besar sungguh khutub khanahnya…..Siapa yang sukakanya kitab, pasti lama berada di sini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Suka Bersalut Duka
insya Allah saya akan ke sana nanti..nak buat umrah atau haji
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pilihan Terbaik Untuk Jadi Kaya
Aameen, semoga Allah makbulkan harapan dan keinginan yang tersemat di sanubari. Semoga Allah menjemput kami sekeluarga juga ke sana 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Nak Jadi Orang Yang Sangat BERBAKAT
Allahu Akbar begitu banyak bagian MEsjid Nabi Ini yang semuanya mengandung sejarah yang berharga
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kunci Kebahagiaan: Kitab Miftahu Daar As Sa’adah
Comments are closed.