Rahsia bulan Februari

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pejam celik dah masuk Februari 2011 begitu cepat masa berlalu. Februari ini memang popular dengan Valentine’s day yang sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia adalah sambutan hari kasih sayang yang disambut oleh penganut kristian. Cuma ramai muda mudi Islam sekarang yang kurang cedik ilmu agama sudah tidak dapat membezakan antara amalan Islam dan amalan bukan Islam dengan menjadikan valentine’s day sebagai budaya. Semuga ianya tidak menjadi amalan kita insyallah.

rahsia hubungan suami isteri

Kali ini nak kongsikan rahsia bulan Februari mengikut kajian Dato’ Dr Fazilah Kamsah. Adakah anda atau isteri/suami anda lahir pada bulan Februari? Mungkin kajian ini boleh menjadi panduan untuk memahami pasangan anda atau mengenali diri anda sendiri. Berikut adalah antara rahsia bulan kelahiran Februari :

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi

Semuga perkongsian rahsia tarikh lahir ini menjadi panduan tetapi bukan untuk berserah nasib begitu sahaja kerana semuanya perlu niat, usaha bersungguh, doa dan tawakal.


Spread the love

56 Comments

  1. sukar nak dibendung budaya menyambut hari-hari yang menjadi budaya barat seperti valentine day ni. apatah lagi ia telah lama dipromosikan sejak dari zaman mak bapak kita.

    secara halus budaya tersebut telah disemai dalam fikiran masing-masing yang menganggap budaya tersebut dijadikan acara tahunan.
    Curahan rasa megat @ ..Abang punya bestlah!My Profile

    1. Mereka menjiplak habis-habisan perilaku permisif dan serba halal yang dilakukan orang Barat. Pasangan muda-mudi saling memberikan kartu berisi ungkapan-ungkapan cinta, puitis dan romantis. Sarat dengan ucapan yang membangkitkan syahwat.

      1. Fenomena Valentine’s Day pun menjadi ajang bisnis menggiurkan. Para pelaku bisnis -ironisnya sebagian besar juga muslim- ikut andil dalam menyemarakkan hari kasih sayang. Diluncurkanlah produk-produk terbaru yang bernuansa ‘cinta’. Seperti parcel valentine, pernak-pernik serba pink, berbentuk daun waru, dan kartu valentine dengan berbagai desain lengkap dengan kata-kata puitis penuh ungkapan cinta.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nyotaimori- “female body presentation” body sushiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!