Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada sabtu yang lepas bersamaan dengan 16 Ogos 2014, telah berlangsung majlis perasmian Pusat Kesihatan Al Ansar Health Cawangan Bandar Baru Bangi.
Al Ansar Health diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang telah mempunyai 3 lagi anak syarikat dalam cabang perniagaan yang lain, iaitu Al-Ansar Properties, Al-Ansar eQurban dan juga Al-Ansar Biocypress. Idea untuk menubuhkan Al-Ansar Health ini tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilakukan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Haji Khanafi, Haji Sobri Saad dan Saudara Bakhtiar.
Al Ansar Health juga merupakan salah satu penaja bersama ketika SBB2014 yang berlangsung di Saloma Bistro & Theatre pada 8 Mac 2014 yang lalu. Beberapa rakan blogger juga telah ke Al Ansar Health cawangan Shah Alam untuk merasai sendiri Rawatan Alternatif Resdung.
Papan tanda baru yang besar telah dipasang di cawangan Bandar Baru Bangi ini. Lokasinya terletak di Seksyen 8 berhampiran dengan Kedai Tudung Fareeda.
Sesudah para tetamu menikmati juadah, majlis perasmian bermula dengan bacaan doa. Haji Khanafi memotong reben sebagai simbolik perasmian dan seterusnya menandatangani papan tanda Al Ansar Health.
Kemudian para tetamu masuk ke pejabat urusan Al Ansar Health Cawangan Bangi untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Untuk hari perasmian tersebut, pembeli juga mendapat diskaun 10% bagi produk yang dibeli, diskaun 50% untuk rawatan. Bagi pembelian RM100 ke atas pula, percuma Mug Ekslusif Al Ansar dan percuma Eye Massage dengan pembelian RM200 ke atas.
Di sini, ada terdapat perawat lelaki dan perempuan bagi menjalankan terapi kepada pesakit. Antara terapi yang dilakukan di Pusat Kesihatan Al Ansar Health ini adalah:
- Rawatan resdung
- Rawatan bekam
- Terapi Sentuhan MMT (saraf)
- Tips Penjagaan Mata
- Khidmat nasihat
- Jualan produk kesihatan
Selain itu, turut juga dijual produk penjagaan kesihatan bagi kegunaan harian. Antara produk-produk keluaran Al Ansar Health adalah:
- Air Cypress
- Walit Madu
- Jus Peria
- Jus Arjuna
- Magnetic Aura Oil
- Aroma Oil
- Susu Kambing dan lain-lain lagi.
Buat mereka yang inginkan produk kesihatan Al Ansar Health, boleh juga ke laman Kedai Al Ansar Health Online
Bagi mereka yang ingin terus ke Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health cawangan Bandar Baru Bangi, boleh ke alamat di bawah:
Alamat : 87A, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Tel : 03-89263575 / 013-3322786 / 011-2327 7786
SENARAI CAWANGAN & STOKIS PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN AL ANSAR HEALTH
Lain-lain gambar :
122 Comments
PG doakan agar pusat penjagaan kesihatan al ansar health bangi ini akan mendapat sambutan yang hangat! inshaAllah. PG doakan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
harap lebih banyak lagi golongan bumiputera yang buka bisnes macm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu nik. Moga lebih banyak pusat seperti ini juga di monopoli oleh golongan anak-anak melayu kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
masa peminat² fareeda beratur panjang tu bolehla buat promosi bagi flyers..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
hehe. boleh je kan cikgu naman. promosi sebenarnya. manatahu rezeki ada orang mai.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
teringat ingat pulak air madu walit yang dapat masa pergi rumah terbuka al ansar hari tu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
oh cikgu naman pun pergi ye pembukaan al ansar. harap dpt pegi satu hari nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
photo-photo dalam artikel ini jernih2…enak dilihat, salut saya buat mas admin…salam
ni macam pusat rawatan alternatif ya.. sekarang sudah tinggi permintaan terhadap bekam bila orang tahu khasiatnya
Curahan rasa Safiya @ ..8 Tips Penting Untuk Elak Rambut Gugur Berterusan Selepas Bersalin
ye..ramai sudah sedar kehebatan amalan sunnah..
berbekam memang bagus untuk kesihatan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Blogger buat duit online
Byk juga cawangan pusat penjagaan kesihatan al ansar ni ya…kalau anda tggal di kawasan berdekatan dan mmerlukan rawatan sila lah berkunjung ya..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Tegurlah Dengan Berhemah ..Bukan Menyindir !!!! ❤
sesiapa yang ada masalah resdung bolehlah cuba kalau ada yang berdekatan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
semoga an ansar berkembang maju dan dapat membuka cawangan di seluruh negara
Curahan rasa putributterfly punyablog @ ..First Giveaway By Syafiyahluv.com
semoga menjadi salah satu pusat rawatan alternatif yang berjaya dan berkesan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Hebat pusat kesihatan al ansar ni.. banyak cawangan.. mudah untuk orang berkunjung..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Kisah Shaklee Saya
semakin melebarkan sayap bisnes ke seberang..bagus bagus..alhamdulillah..semoga makin maju
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
saya dengar al ansar n dah buka cawangan di indonesia. hebat betul
Banyak juga produk keluaran syarikat Al-Ansar ni ye..kalau berkesempatan boleh singgah..dekat ja dengan rumah ni
Curahan rasa nord @ ..BAHAYA Mengamalkan Kolagen secara Berterusan..
Rugi kiranya kita tidak membuat rawatan di Al-Ansar Health, iabila dapat rawatan ini, sudah pasti kesihatan kita lebih baik lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
mereka yang sakit-sendi, sengal-sengal tulang, sakit urat, lenmah di aeluruh badan, boleh pergi ke ibu pejabat atau cawangan yang ada untuk kemudahan pelanggan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
Pelbagai produk mereka sediakan, boleh beli bila-bila masa, di mana saja, melalui online pun boleh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
teknologi sekarang sangat membantu..kit aboleh beli online saja kan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Untuk mereka yang ada lenguh-lengah badan boleh buat rawatan di sini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Pertama 3 Oktober 2014
Comments are closed.