Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila Ramadhan tiba, pasti ramai yang mula mencari kelengkapan pakaian dan peralatan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang beberapa bulan sebelum Ramadhan sudah selesai menyediakan semua kelengkapan ini.
Sekiranya mengambil pilihan untuk tempah khas kepada tukang-tukang jahit, memang ianya perlu dibuat lebih awal atau tempahan kita tidak akan dilayan di saat-saat akhir. Namun sekiranya kita tidak berkesempatan untuk melakukan tempahan tersebut, usah khuatir kerana ada banyak lagi pilihan pakaian yang siap untuk dibeli.
Pusat Pakaian Hari Hari
Antara tempat pilihan yang bagus untuk anda jadikan pilihan adalah Pusat Pakaian Hari Hari. Di sini, mereka menawarkan pelbagai jenis pakaian dengan rekaan terkini untuk seisi keluarga. Dari anak-anak hinggalah kepada ibu bapa.
Bahkan mereka juga menawarkan pilihan pakaian sedondon untuk seisi keluarga. Ini seringkali menjadi pilihan para ibu bapa untuk sama-sama memakai baju sedondon dengan anak-anak mereka. Apa yang paling menarik adalah, harga yang ditawarkan di Pusat Pakaian Hari Hari ini adalah sangat berpatutan.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini, apabila kita mempunyai pilihan untuk berjimat cermat, itu adalah perkara yang baik. Terdapat tawaran set untuk seisi keluarga pada harga yang sangat berpatutan di Pusat Pakaian Hari Hari ini.
Pusat Pakaian Hari Hari ini mempunyai 76 cawangan diseluruh negara, kebiasaannya kita boleh temui pusat pakaian ini walaupun di bandar-bandar kecil. Pilihan pakaian yang pelbagai dan juga harga yang rendah membuatkan ramai yang memilih untuk membeli belah di pusat pakaian ini.
Sekiranya anda masih mencari-cari pakaian atau kelengkapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, jangan ketinggalan untuk merebut peluang berjimat cermat dengan membeli belah bersama keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan.
Baru-baru ini, sempat bersama beberapa rakan blogger untuk membeli belah keperluan di Pusat Pakaian Hari Hari, jom kita lihat beberapa gambar gelagat rakan-rakan blogger memilih pakaian hari raya bersama keluarga.
Kepada yang masih mencari-cari kelengkapan hari raya, jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran serta promosi yang disediakan di Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan dengan rumah anda.
Selamat membeli belah.
84 Comments
Cantik sangatlah tu. Memang sesuai sangat kalau mencari baju raya yang sesondon dan harga mampu miliki.
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
boleh disenaraikan sebagai salah satu kedai pakaian untuk membeli kelengkapan raya dan baju sekolah anak anak.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..10 Perkara Yang Sukar Dipelajari Tetapi Berbaloi Untuk Selamanya
Bro Ikhwan. Tak pernah lagi beli baju sekolah disini, mungkin alternatif yang baik untuk masa depan..
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Memang best kedai ni untuk yang shopping under budget.. kalau nak beli seluar khakis pun banyak pilihan dan harga berpatutan 🙂
Curahan rasa Putri @ ..Anak Cerewet Makan? Tips Mudah Faham Mudah Praktik ni Boleh Mengurangkan Stress Anda…
kepada mereka yang mampu bershopping lebih pakaian raya tu..hulur-hulur juga kepada keluarga yang kurang mampu..
tindakan ini pasti membahagiakan mereka dan memberi kebahagiaan juga kepada si pemberi..
lupakan dulu soal pahala kerana ia milik Allah SWT.
”memberi itu membahagiakan”
Curahan rasa mrhanafi @ ..Alangkah Bestnya Jadi Seorang Jutawan
Bila berkunjung ke Pusat Pakaian Hari-Hari, sudah pasti banyak pilihan yang dapat kita belikan. Lebih-lebih lagi untuk keluarga yang ramai dan besar. Bolehlah jimat nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Perodua Alza Advance Vision 2015 Pilihan Hati
keluarga besar memang menyeronokkan dan cabaran juga best..namun rezeki itu memang ada..jangan risau pulak untuk membeli belah di pusat pakaian hari-hari..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Alangkah Bestnya Jadi Seorang Jutawan
Dalam keadaaan ekonomi yang tidak menentu, peluang membeli-belah pakaian di Kedai Pakaian Hari-Hari. Bolehlah berjimat cermat wang perbelanjaan hari raya nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Perodua Alza Advance Vision 2015 Pilihan Hati
kat tempat saya tinggal ada cawangan pusat pakaian hari-hari..kalau ada rezeki memang nak shopping raya selepas ini..masih berusaha lagi la nie..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Alangkah Bestnya Jadi Seorang Jutawan
Biasanya saya membeli belah pakaian sekolah anak-anak, kalau pakaina hari raya belum pernah lagi. Pakaian di sana memang murah-murah dan design yang menarik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Perodua Alza Advance Vision 2015 Pilihan Hati
saya pun belum pergi..kalau ada kesempatan memang saya pun akan pergi ke sana..kesempatan ada rezeki ..kesempatan masa ..memang ada la..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Alangkah Bestnya Jadi Seorang Jutawan
Rupanya team Denaihati membeli belah kelengkapan hari raua di pusat pakaian hari-hari. Pasti ada harga istimewa buat mereka di sana. Setahu saya di Kota Bharu pun ada kedia mereka di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Perodua Alza Advance Vision 2015 Pilihan Hati
Bro Ikhwan. Tak pernah lagi beli baju sekolah disini, mungkin alternatif yang baik untuk masa depan..
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
tempat saya ada kedai ni, selalu ke sini apabila nak beli baju sekolah adik saya
Curahan rasa myrujukan @ ..Peluang Resume Diterima Dengan Jobstreet Berbayar
pusat pakaian hari-hari sangat flesksibel..ada musim baju raya dan musim baju sekolah..terpulang nak beli yang mana satu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Alangkah Bestnya Jadi Seorang Jutawan
Pilihan terbaik jika kita ingin berjimat. Di kawasan rumah saya memang ada satu cawangan Hari-Hari.
Curahan rasa Pakar Merawat Sihir @ ..17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu.
nampaknya banyak betul cawangan mereka diseluruh negara..mesti mendapat pemintaan yang menggalakkan nie,
Curahan rasa mrhanafi @ ..Alangkah Bestnya Jadi Seorang Jutawan
emng kalau puasa gini pikirannya pasti baju ramadhan
kalau saya tiap tahun ada beli untuk keluarga..
selamat hari raya
Sekaranh ni musim orang nak berjimat… beli baju raya kat pasaraya hari hari pon boleh
Curahan rasa nikkhazami @ ..Shopping Online Murah di Ensogo
Nikkhazimi: Memang itulah cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan disebabkan gst.
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Kelengkapan raya memang banya kat sini. Songkok dgn butang baju melayu murah betul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Shopping Online Murah di Ensogo
saya punya baju belum terbeli lagi..hu..hu…tapi tak pe masih ada masa untuk bershopping raya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Puasa Peluang Untuk Jimat Belanja
kat banting, ada kedai hari-hari ni rasanya.
hoho..
baju dia memang harga dia berpatutan la gak.
Curahan rasa titan @ ..Dulu Akaun Bank Hanya 2 Angka, SEKARANG 6 Angka!
memang sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang mahu menikmati bajet..lagi bajet lagi bagus…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Puasa Peluang Untuk Jimat Belanja
Comments are closed.