Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila Ramadhan tiba, pasti ramai yang mula mencari kelengkapan pakaian dan peralatan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang beberapa bulan sebelum Ramadhan sudah selesai menyediakan semua kelengkapan ini.
Sekiranya mengambil pilihan untuk tempah khas kepada tukang-tukang jahit, memang ianya perlu dibuat lebih awal atau tempahan kita tidak akan dilayan di saat-saat akhir. Namun sekiranya kita tidak berkesempatan untuk melakukan tempahan tersebut, usah khuatir kerana ada banyak lagi pilihan pakaian yang siap untuk dibeli.
Pusat Pakaian Hari Hari
Antara tempat pilihan yang bagus untuk anda jadikan pilihan adalah Pusat Pakaian Hari Hari. Di sini, mereka menawarkan pelbagai jenis pakaian dengan rekaan terkini untuk seisi keluarga. Dari anak-anak hinggalah kepada ibu bapa.
Bahkan mereka juga menawarkan pilihan pakaian sedondon untuk seisi keluarga. Ini seringkali menjadi pilihan para ibu bapa untuk sama-sama memakai baju sedondon dengan anak-anak mereka. Apa yang paling menarik adalah, harga yang ditawarkan di Pusat Pakaian Hari Hari ini adalah sangat berpatutan.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini, apabila kita mempunyai pilihan untuk berjimat cermat, itu adalah perkara yang baik. Terdapat tawaran set untuk seisi keluarga pada harga yang sangat berpatutan di Pusat Pakaian Hari Hari ini.
Pusat Pakaian Hari Hari ini mempunyai 76 cawangan diseluruh negara, kebiasaannya kita boleh temui pusat pakaian ini walaupun di bandar-bandar kecil. Pilihan pakaian yang pelbagai dan juga harga yang rendah membuatkan ramai yang memilih untuk membeli belah di pusat pakaian ini.
Sekiranya anda masih mencari-cari pakaian atau kelengkapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, jangan ketinggalan untuk merebut peluang berjimat cermat dengan membeli belah bersama keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan.
Baru-baru ini, sempat bersama beberapa rakan blogger untuk membeli belah keperluan di Pusat Pakaian Hari Hari, jom kita lihat beberapa gambar gelagat rakan-rakan blogger memilih pakaian hari raya bersama keluarga.
Kepada yang masih mencari-cari kelengkapan hari raya, jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran serta promosi yang disediakan di Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan dengan rumah anda.
Selamat membeli belah.
84 Comments
Pusat Pakaian Hari-hari sememangnya berpatutan dan baju nya pun sedap di pakai 😀
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Tips Penyusuan Susu Ibu Semasa Bulan Ramadhan
cantik juga ya baju di pasaraya hari2 jimat la sikit murah pulak tu jom serbu
Curahan rasa adna2029 @ ..Program Menjadi Rakan Niaga eQurban
selamat datang ke hari hari…ayat yg biasa dnegar klu masuk hari2 di kuala kangsar.. ehehhehe…
tapi mmg jimat.. sini bawak 100 boleh la dpt 3 4 lai baju.. hehehehe
Patutlah ramai orang suka pergi ke Pusat Pakaian hari-hari… Rupanya cara mereka menjaga hati pelanggan memang tip top..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki Di Bulan Ramadhan… Syukur Alhamdulillah…
Belum plan lagi nak beli baju apa untuk anak-anak. Nampak gayanya tahun ni last minit macam biasa 🙂
Curahan rasa Sihat Ceria @ ..Tekanan Darah Tinggi / Hipertensi
Di Semenyih pun ada hari-hari. Rasanya hanya sekali Mek ila singgah ke sini untuk cari baju bole anak.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..5 Tanda Bayi Kita Cukup Susu Ibu
Rupanya pusat pakaian hari-hari ada banyak cawanglah yer… Mungkin satu Malaysia dah ada kot?
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki Di Bulan Ramadhan… Syukur Alhamdulillah…
Hari2 memang hari2 boleh pergi…pakaian di situ memang agak berpatutan harganya…semua ada…beat
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Jalan-Jalan ke Bukit Tinggi (Part 1)
Nama hari-hari tu unik juga. Mungkin bertujuan untuk galakkan pelanggan singgah setiap hari.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Setelah Hampir 20 tahun Menghidap Gastrik, Pesakit Gastrik Ini Akhirnya Boleh Berpuasa
wah…kedai hari-hari ni memang dekat dengan rumah…tapi belum sempat nak menjenguk untuk beli pakaian
Curahan rasa hpmurah2u @ ..1 TB PlayStation 4 Will Be Launch 15th July 2015
Oklah tu… Kalau dah dekat dengan rumah, nak pergi hari-hari ke sana pun tentu tak ada masalah…
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki Di Bulan Ramadhan… Syukur Alhamdulillah…
Persediaan Hari Raya lebih kepada anak-anak. Ibu bapa perlu merancang perbelanjaan dengan teliti. Maklumlah baju anak-anak kecil ada yang lebih mahal dari baju orang dewasa. Ada gedung yang menjual pada harga bajet dan patut dapat mengembirakan anak-anak kecil di pagi Hari Raya.dengan berbaju cantik serta baru.
Curahan rasa akubiomed @ ..Segmen Senyum Sabtu Day jangan curi duit tabung Raya
Nampak puas hati dapat shopping dekat Pusat Pakaian Hari-hari… Setakat ini saya belum pernah bawa isteri bershopping raya di sini…
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki Di Bulan Ramadhan… Syukur Alhamdulillah…
Saya dan keluarga belum sempat nak beli keperluan hari raya lagi… In Shaa Allah, kalau sempat hujung minggu ni… Tapi dekat Sungai Besar je kot..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki Di Bulan Ramadhan… Syukur Alhamdulillah…
Pusat pakaian Hari-hari ni memang Best… Daripada nama pusat pakaian ini telah memeberikan saya idea untuk menghasilkan blog Diskaun Hari2… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki Di Bulan Ramadhan… Syukur Alhamdulillah…
Diskaun hari-hari pun bagus. Pasti hari-hari pembaca berkunjung ke blog ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Setelah Hampir 20 tahun Menghidap Gastrik, Pesakit Gastrik Ini Akhirnya Boleh Berpuasa
Memang temapt yang wajib g nih… saya sefamily memang suka beli kat pusat pakaian hari-hari nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Set Mighty 3 Gems: Kekal bertenaga dan cergas di bulan puasa
memang terbaiklah kalau dapat memakai baju yang sedondon bersama isteri dan anak-anak..ada rezeki lebih mahu juga nak macam tu.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Puasa Peluang Untuk Jimat Belanja
memang perlu buat tinjauan harga dan kualiti kedai kedai yang menjual pakaian, ada yang boleh dapat dengan harga yang lebih rendah macam kedai hari hari ni.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Ansuran Toyota Camry RM500 Sebulan
ada yang kata beli kain dan lepas itu jahit sendiri lagi murah..cuma tak ramai yang sanggup buat..DIY
Curahan rasa mrhanafi @ ..Puasa Peluang Untuk Jimat Belanja
zaman barang serba mahal ni …better plan dulu bajet sebelum pergi membeli belah buat persiapan raya.
Curahan rasa auntiekemai @ ..Resepi Kurma Shake |Tips Bertenaga Di Bulan Puasa
merancang sebelum berbelanja merupakan tindakan yang bijak dan terbaik..buat list out dan rancang betul-betul
Curahan rasa mrhanafi @ ..Puasa Peluang Untuk Jimat Belanja
dulu saya fikir kat hari-hari ni, material kainnya kurang berkualiti, tapi sy silap..rupanya ada juga kain yg baik dengan harga yg sangat mampu milik.. ini lah org ckp,xkenal maka xcinta..xpergi maka xtau..hehe
Curahan rasa kaki pelangi @ ..4 MAKANAN CEGAH DIABETES
lepas ini pasti ramai yang akan pergi kedai hari-hari..tempat saya pun dah ada cawangannya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Puasa Peluang Untuk Jimat Belanja
Betul tu, pakaiannya cantik-cantik juga. Pernah juga singgah di hari-hari sebelum ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..5 Tanda Bayi Kita Cukup Susu Ibu
Kena bijak berbelanja sewaktu ramadhan.Nak bergaya lebih duit kena lebih.Nak mudah raya simple simple je.Bersederhanalah sambut raya sb Ramadan tu lebih penting sebenarnya.
Curahan rasa rahimah @ ..Walaupun Pelat 9 Orang Student Korea Ini Tetap Mahu Belajar Membaca Quran. Saya Kagum !
bagi yang mampu bersyukur dengan membeli ikut keperluan..jika tidak buat apa patut dan seadanya sahaja..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Puasa Peluang Untuk Jimat Belanja
Comments are closed.