Assalamualaikum dan selamat pagi,
harini team Denaihati Network akan berada di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, untuk bersama-sama menemuramah dan menyertai program yang dianjurkan oleh MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation).
Majlis yang dinamakan Inovasi Digital Johor ini diadakan untuk memberikan penerangan dan maklumat kepada orang ramai bagaimana untuk menambah pendapatan dengan Ekonomi Digital.
Ini merupakan acara ketiga diadalam oleh MDEC dalam siri jelajah ke seluruh Malaysia.
Program #YouCanDuit untuk membantu rakyat setempat
Sebelum ini, dua acara seperti ini telah diadakan di Kuching, Sarawak dan juga di Kuala Terengganu, Terengganu. Kali ini lokasi Johor Bahru sebagai lokasi ketiga dalam siri jelajah Malaysia ini.
Kami diberitahu, seterusnya MDEC akan mengadakan acara seperti ini di Perak, Pahang dan Sabah.
Program #YouCanDuit ini diwujudkan untuk membantu seluruh warganegara Malaysia untuk menambah pendapatan harian. Masyarakat berbilang bangsa di Malaysia akan mendapat manfaat secara langsung apabila menyertai program ini.
Ekonomi Digital merupakan trend yang sedang berkembang dan akan menjadi satu ekosistem yang diterima oleh seluruh masyarakat di Malaysia.
Anda tidak perlu lagi mengeluarkan modal yang besar untuk menjana pendapatan melalui Ekonomi Digital yang sedang berkembang pesat ini.
#YouCanDuit Pemangkin Ekonomi Digital
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak MDEC, boleh terus ke halaman #YouCanDuit di pautan berikut : http://youcanduit.mdec.my
Jangan lupa untuk follow Facebook Fanpage Denaihati Network untuk lintas langsung terus dari Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru. Kami akan membawakan berita-berita terkini untuk memberi lebih kefahaman kepada semua mengenai program #YouCanDuit yang dianjurkan oleh MDEC ini.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- eUsahawan membantu usahawan mikro untuk membina perniagaan berdaya saing #YouCanDuit
- iPhone 4S, iPad 2 dan TV LCD 40″ untuk pengunjung Perasmian My Agro Hypermart
- Liputan Majlis Pelancaran Pasaraya My Agro Hypermart
- Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd
23 Comments
Tenaga pengajar pula memang best, ia berpengalaman dan mudah difahami cara penerapan yang mereka lakukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Saya tak dapat joun untuk program di Johor ini tetapi sebelum ini saya ada pergi kursus eUsahawan anjuran MDec pada 30 & 31 Julai lepas di Kolej Komuniti Selayang.
Ia tercatat dalam Malaysia Book of Record kerana ia di buat di seluruh Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Orang Johor rugi tak pergi jika nak belajar sesuatu yang baru tentang program ni. Bagi yang ada masa boleh pergi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Indahnya Balik Kampung Musim Buah
Banyak perkongsian ilmu yang boleh dapat pergi program ni. Boleh belajar nak jana income.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Indahnya Balik Kampung Musim Buah
Siapa yang duduk di sana rugi tak pergi program ni. Boleh belajar dan tanya terus dari mereka. Jom pergi sana.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Hasil Usaha Bulan Ogos 2016-Jobdirumah
siapa yang dapat pergi itu samgat beruntung…
boleh menambah pengetahuan dan pengalaman
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hadiahkan Cinta Buat Lelaki Itu
adeh.
tak dapat nak pi.
hujung minggu penuh program sekolah.
tengok aje la jawabnya.
Curahan rasa titan @ ..Satu SOALAN yang paling SUKAR untuk dijawab.
Program begini jangan dilepaskan begitu saja. Mana-mana yg ingin belajar utk tingkatkan hasil jualan, bolehlah pergi.
Wow.. Akan dibuat di Sabah.. Boleh pergi nanti ni. Ada Boboiboy lagi, pasti anak-anak pun suka
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..KERANA POKEMON GO, ORANG PANJAT PAGAR RUMAH AWAL PAGI
wahh..peluang keemasan buat orang johor. kena rebut peluang yang ada ni. Harapnya, lokasi selepas ini akan dibuat di melaka pula..insyaAllah. amin.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Korea selatan perkenalkan uniform anti Zika pada atletnya (Zika-proof uniform)
mengenai tarikan seperti upin dan ipin tu serta boboiboy itu sudah pasti mampu menarik anak kecil untuk datang ke sana. dalam pada keseronokan mereka kenapa animasi ini, mereka juga sebenarnya dah didedahkan kepada bagaimana menjana ekonomi secara digital.. 🙂
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Athlete angkat berat Armenia pula mengalami kecederaan yang teruk!
wah… dah sampai JB. Peluang buat duit buat orang JB.
Bila agaknya nak sampai Perak…
Curahan rasa yangbaik @ ..Mengalah bukan kerana kalah
Platform terbaik buat usahawan online utk kembangkan perniagaan mereka.. thanks mdec
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pokemon Go Haram di Kedah
Bilalah agaknya yer Program You Can Duit anjuran MDEC ni nak meneruskan siri jelajahnya ke Perak pula??…. Pasti orang Perak dah tak sabar nak menyertai program ini…
Curahan rasa Anuar @ ..Alhamdulillah… Rezeki Blogger Semakin Bertambah, Bila Usahawan Internet (IM) Sibuk Buat Sales di Pasaran Antarabangsa
Macam best jer.. Upin Ipin ada.. Boboiboy pun ada… Bolehlah bawa anak-anak datang sekali…
Curahan rasa Anuar @ ..Alhamdulillah… Rezeki Blogger Semakin Bertambah, Bila Usahawan Internet (IM) Sibuk Buat Sales di Pasaran Antarabangsa
Sambil belajar buat duit secara online, boleh bagi peluang pada anak-anak untuk bersantai menghadiri program ini… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Alhamdulillah… Rezeki Blogger Semakin Bertambah, Bila Usahawan Internet (IM) Sibuk Buat Sales di Pasaran Antarabangsa
12 Ogos… Esoklah yer program ni start dekat JB… Beruntunglah orang JB… manfaatkan peluang ini dengan sebaiknya..
Curahan rasa Anuar @ ..Alhamdulillah… Rezeki Blogger Semakin Bertambah, Bila Usahawan Internet (IM) Sibuk Buat Sales di Pasaran Antarabangsa
Comments are closed.