Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik dengan komen terbaru daripada seorang wanita dalam entri “Kesalahan Besar Suami” : “sy penah dimadukan 2x..mula mmg mrah sbb ditipu…tp akhirnya reda..mungkin sudah ketentuan ilahi…cuba perbaiki kelemahan diri…tp…dia tdk mghargai sgl pengorbanan…diri dn ank2 terus diabaikan bertahun2….sy tetap sabar sehingga kasih yg tersisa lenyap terus krn keegoaannya….akhirnya penantian tiada kesudahan…dr hati terus terluka…sy mengambil langkah demi kebahagiaan diri…akhirnya sy bebas dn kebahagiaan kini milik sy dan ank2…….pengajrannya suami kalau dh curang dia akn teus curang…wpun isteri yg ada setia menanti…so…membebaskan diri lbh baik dr bersama memakan diri.”
Kalau baca komen-komen di entri “Apa salahnya suami berpoligami” majoriti tidak menolak poligami tetapi ramai yang mempersoalkan berapa ramai suami yang benar-benar layak berpoligami.
Poligami terlalu rapat dengan diri aku. Jangan terkejut ya …. Aku belum lagi berpoligami tetapi dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang berpoligami serta teman yang menjadi isteri kedua. Banyak peritistiwa sedih dan lucu yang berlaku di depan mata melihat kehidupan berpoligami antaranya :
1. Seorang teman Chef mempunyai tiga orang isteri yang tinggal serumah. Ketiga-tiga isteri bertungkus lumus berkerjasama mencari rezeki kerana rakan aku ini tidak pernah memberi belanja rumah. Kawan aku ini sibuk melayan awek baru yang bakal menjadi isteri ke empat.
2. Seorang sahabat Ulama yang memang terkenal berkahwin kali ketiga setelah isteri kedua meninggal kerana kanser. Isteri ketiga berusia 21 tahun berhijrah dari agama kristian ke agama Islam, tinggal berjiran dengan isteri pertama. Hidup aman damai kerana Islam dijadikan sebagai panduan dalam membina keluarga yang bahagia.
3. Seorang rakan Master Chef lintang pukang rumahtangga dengan isteri pertama setelah perkahwinan ke dua terdedah. Niat rakan aku ini baik nak selamatkan janda yang baru berhijrah agama ke Islam. Mungkin juga rakan aku ini nak anak perempuan yang tidak diperolehi daripada isteri pertama. Bertahun jugalah nak bagi stabil rumahtangga kedua-dua tu pun setelah berguru dengan beberapa ustaz. Agama juga dapat selamatkan rumahtangga teman aku ni.
4. Kawan perempuan aku ni bermadu jadi isteri ke dua. Kesian juga kerja bertungkus lumus cari rezeki nak besarkan anak dan belanja rumahtangga. Katanya suami tak bagi satu sen pun. Tapi kawan aku selalu redha dengan ujian Allah semuga dia terus kuat.
Banyak lagi kalau nak cerita kisah poligami yang berlaku sekeliling aku. Ada kes isteri ke dua yang tidak dapat menerima hakikat dia bermadu walaupun sebelum kahwin dah tahu dia bakal jadi isteri kedua. Isteri kedua serang isteri pertama dengan bermacam kata-kata kesat melalui SMS dan panggilan telefon dengan tujuan untuk menguasi suami dan harta benda. Isteri pertama tidak maklumkan pada suami tentangan serangan isteri kedua sebab mungkin dia dah hilang harapan pada suaminya. Anak menjadi penyelamat rumahtangga tapi sampai bila.
Teringat cakap isteri, mana ada lelaki tak nak berpoligami. Memang tak dinafikan semua lelaki ada perasaan nak berpoligami tetapi tak semua lelaki akan berpoligami. Berpoligami memang sunnah Nabi tetapi jodoh ini ketentuan Allah SWT. Ada kawan yang sibuk nak berpoligami tapi sampai sekarang tak termakbul dan ada kawan senyap-senyap je tapi rupanya dah ada tiga. Ada lelaki lebih mengutama urusan lain selain daripada memikirkan poligami kerana sunnah Nabi bukan hanya berpoligami ada beribu lagi yang lain antaranya berniaga dan membantu umat Islam seluruh dunia. Lagi pun hidup di dunia sebentar kebahagian akhirat yang dicari tapi majoriti kita mengejar kebahagian dunia tapi malangnya tak pun bahagia malah rumahtangga jadi bercelaru. Soalnya sampai bila?
Kepada rakan-rakan yang sudah berpoligami good luck to you all, kepada yang belum ada rancangan nak cuba ke?
186 Comments
benda ni x b0leh nak cakap kalau tak kena batang id0ng sndri. Sume pmpuan xnak dp0ligami baik ptama maup0n yg nk jdi kdua. Tapi bila kita dtempat tu baru kita tau kenapa kita sgg0p dp0ligami krana hanya kita yg tau kdaan yg sbnar..<<mata kabur
for me, semua tu nafsu semata-mata. Semua lelaki bernafsu untuk berpoligami. Tapi tak semua melayan nafsu itu.
Curahan rasa Kyuubi @ ..Tips Jimat Wang: Tukar Wallet Atau Dompet Untuk Tukar Feng Shui?
Macamana pulak kalau keadaan memaksa berpoligami? Pada saya tak semua kerana nafsu…
Curahan rasa Mr. Bukit Besi @ ..Facebook Profile Timeline
Poligami iti tidak haram malah sunnah nabi yang perlu kepada yg berkemampuan n bertanggungjawab. Setiap perkahwinan Rasulullah semuanya ada sebab n musababnya yg perlu kita baca sirahnya.
yang penting adil, kalau isteri pertama dapat 1 ekor ikan, isteri kedua pun kena sama, x boleh lebih, begitulah seterusnya..
Curahan rasa IsuPanas @ ..Cara Kreatif Hadapi Musim Banjir
abis kalau isteri pertama ada 5 anak dan isteri kedua belum ada anak tak kan nak bagi samarata macam tu. Adil bukan pada nilai sahaja tapi meletakkan perkara yg betul pada tempat yg betul.
Curahan rasa denaihati @ ..Kemaskini Google Search 14 November
agree!
tiada salahnya…tetapi harus adil dan saksama….
Curahan rasa azmi @ ..Ibu Minyak Pengasih
Awalnya bisa saja adil,…. tapi untuk selanjutnya susah..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Perolehan Medali Sea Games 2011 Hari ke-8
orang kaye boleh laa wat cm nie…hehe
memang hebat yg berpoligami tu..
saya sorang pun tak jumpa2 lagi
Curahan rasa zool @ ..Kenapa pasukan sepaktakraw masih gagal ?
haha crie laaa…crie yg mude2 skit…huqhuq
Nak cari sorang memang susah tapi bila dah dapat sorang nak dapat 2,3 dan 4 senang sangat. Tak percaya??? tanya lah kawan lelaki yg dah kawin tu.
Curahan rasa denaihati @ ..Penakut
eeee…menjadi kepantangan ku!
haha, jgn la berani eh buat hal suami2 semua…
Curahan rasa noriz @ ..WW(10) – Roti Pattaya @ Chamek
Isteri mana yang mahu suami berkongsi kasih … tetapi adakah isteri sanggup melihat suami tiba2 hilang di malam hari atau outstation .. melakukan perkara keji tanpa pengetahuan?
Curahan rasa hasrulhassan @ ..10 Tips Menghargai Isteri
apakah dengan berpoligami bisa adil? itu yang harus dipikirkan sebelum berpoligami…
Curahan rasa lowongan kerja @ ..Lowongan Kerja Surabaya, Jawa Timur Honda Surabaya Center
satu topik yg saya pun tak tahu nak komen jugak.
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 4
Boleh poligami… Janji MAMPU… Jangan pulak dah berbini 4 nanti rumah tangga tunggang-langgang… bini-bini berperang… pinggan mangkuk periuk belanga melayang… korang pakat tepuk dahi sambil mengeluh… MAMPUS….
Curahan rasa eXception @ ..Islam Cara PAS!! Tanah Dirampas!! Madrasah Dirobohkan!!
<— memang bukan jenis yang berpoligami
Curahan rasa ariff @ ..Cara Membeli IPO Melalui Maybank2u
Belum diuji lagi. Ujian datang bila dah berumahtangga.
Curahan rasa denaihati @ ..Penakut
hehehee…. ye ke? Huhuhuu … ok tu …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Panduan Mudah Untuk Menghapuskan Rumput Di Halaman
Sekarang ini lebih banyak kaum wanitanya daripada kaum lelaki, poligami semakin merajalela.. Suatu saat akan menjadi hal yang biasa dikalangan orang Islam bukan lagi hal yang tabu seperti saat ini
Curahan rasa Rina As @ ..Kapan Waktu Yang Tepat Membangun Blog Baru
Saya satu cukuplah Rin..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Perolehan Medali Sea Games 2011 Hari ke-8
kepada rakan rakan yang akan menjadi madu? ada pesanan tak? errrrkkk….
nice info btw… =)…….
Curahan rasa Norfa @ ..Malaysia negara tertinggi OBESITI
boss saya kawen 4. okbai :p
Curahan rasa eyra @ ..Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 2011
eleh, ringkasnya, hehe
Curahan rasa Juan @ ..Isu Israel dan Palestin
haha..
Curahan rasa Omar @ ..Kad Debit Mastercard CIMB Bank
Ada teman saya juga berkahwen sampai 9 kali
Banyak banget..
Nggak takut nie deket2 dia ? Entar disamber lagi..
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Cepat Terindex Search Engine
kalau kesamber Np Problem Rin… tapi yang bahaya kalau kesambet…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Perolehan Medali Sea Games 2011 Hari ke-8
dasyat…
boleh tiru…hehe
Curahan rasa IsuPanas @ ..Cara Kreatif Hadapi Musim Banjir
Comments are closed.