Poligami Pengalaman Peribadi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik dengan komen terbaru daripada seorang wanita dalam entri “Kesalahan Besar Suami” : “sy penah dimadukan 2x..mula mmg mrah sbb ditipu…tp akhirnya reda..mungkin sudah ketentuan ilahi…cuba perbaiki kelemahan diri…tp…dia tdk mghargai sgl pengorbanan…diri dn ank2 terus diabaikan bertahun2….sy tetap sabar sehingga kasih yg tersisa lenyap terus krn keegoaannya….akhirnya penantian tiada kesudahan…dr hati terus terluka…sy mengambil langkah demi kebahagiaan diri…akhirnya sy bebas dn kebahagiaan kini milik sy dan ank2…….pengajrannya suami kalau dh curang dia akn teus curang…wpun isteri yg ada setia menanti…so…membebaskan diri lbh baik dr bersama memakan diri.”

Kalau baca komen-komen di entri “Apa salahnya suami berpoligami” majoriti tidak menolak poligami tetapi ramai yang mempersoalkan berapa ramai suami yang benar-benar layak berpoligami.

Poligami terlalu rapat dengan diri aku. Jangan terkejut ya …. Aku belum lagi berpoligami tetapi dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang berpoligami serta teman yang menjadi isteri kedua. Banyak peritistiwa sedih dan lucu yang berlaku di depan mata melihat kehidupan berpoligami antaranya :

1. Seorang teman Chef mempunyai tiga orang isteri yang tinggal serumah. Ketiga-tiga isteri bertungkus lumus berkerjasama mencari rezeki kerana rakan aku ini tidak pernah memberi belanja rumah. Kawan aku ini sibuk melayan awek baru yang bakal menjadi isteri ke empat.

2. Seorang sahabat Ulama yang memang terkenal berkahwin kali ketiga setelah isteri kedua meninggal kerana kanser. Isteri ketiga berusia 21 tahun berhijrah dari agama kristian ke agama Islam, tinggal berjiran dengan isteri pertama. Hidup aman damai kerana Islam dijadikan sebagai panduan dalam membina keluarga yang bahagia.

3. Seorang rakan Master Chef lintang pukang rumahtangga dengan isteri pertama setelah perkahwinan ke dua terdedah. Niat rakan aku ini baik nak selamatkan janda yang baru berhijrah agama ke Islam. Mungkin juga rakan aku ini nak anak perempuan yang tidak diperolehi daripada isteri pertama. Bertahun jugalah nak bagi stabil rumahtangga kedua-dua tu pun setelah berguru dengan beberapa ustaz. Agama juga dapat selamatkan rumahtangga teman aku ni.

4. Kawan perempuan aku ni bermadu jadi isteri ke dua. Kesian juga kerja bertungkus lumus cari rezeki nak besarkan anak dan belanja rumahtangga. Katanya suami tak bagi satu sen pun. Tapi kawan aku selalu redha dengan ujian Allah semuga dia terus kuat.

selamat pengantin madu

Banyak lagi kalau nak cerita kisah poligami yang berlaku sekeliling aku. Ada kes isteri ke dua yang tidak dapat menerima hakikat dia bermadu walaupun sebelum kahwin dah tahu dia bakal jadi isteri kedua. Isteri kedua serang isteri pertama dengan bermacam kata-kata kesat melalui SMS dan panggilan telefon dengan tujuan untuk menguasi suami dan harta benda. Isteri pertama tidak maklumkan pada suami tentangan serangan isteri kedua sebab mungkin dia dah hilang harapan pada suaminya. Anak menjadi penyelamat rumahtangga tapi sampai bila.

Teringat cakap isteri, mana ada lelaki tak nak berpoligami. Memang tak dinafikan semua lelaki ada perasaan nak berpoligami tetapi tak semua lelaki akan berpoligami. Berpoligami memang sunnah Nabi tetapi jodoh ini ketentuan Allah SWT. Ada kawan yang sibuk nak berpoligami tapi sampai sekarang tak termakbul dan ada kawan senyap-senyap je tapi rupanya dah ada tiga. Ada lelaki lebih mengutama urusan lain selain daripada memikirkan poligami kerana sunnah Nabi bukan hanya berpoligami ada beribu lagi yang lain antaranya berniaga dan membantu umat Islam seluruh dunia. Lagi pun hidup di dunia sebentar kebahagian akhirat yang dicari tapi majoriti kita mengejar kebahagian dunia tapi malangnya tak pun bahagia malah rumahtangga jadi bercelaru. Soalnya sampai bila?

Kepada rakan-rakan yang sudah berpoligami good luck to you all, kepada yang belum ada rancangan nak cuba ke?


Spread the love

186 Comments

  1. Berpoligami itu sebenarnya memberi kebaikan tetapi ramai umat islam salahgunakan poligami ini atas kehendak nafsu dan bukan sebagai tuntutan syariah islam. Jika mampu menyediakan nafkah zahir dan batin bila berpoligami, sentiasa adil dengan setiap isteri dan anak-anak serta menjadi contoh dan teladan kepada setiap keluar yang dibina, maka tuntutan berpoligami itu telahpun tercapai.
    Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 tablets terbaikMy Profile

  2. Pingback: MANUSIA MEMANG TAK PERNAH PUAS KAN?? | Ziefauzi [dot] com
  3. lelaki tetap lelaki … hehehehe :p

    poligami itu xsalah dan tak boleh dipertikaikn krn itu dibenarkn dlm syariat …

    mereka2 yg dah ditakdirkn hidup berpoligami , kenalah blajar2 terima takdir… bukan nk brcakap besar…klu boleh minta simpanglah … xcukup kuat rasenye
    Curahan rasa Ummi Hanie @ ..6 tahun,Seminggu & AidilAdhaMy Profile

  4. fuh meremang dgr poligami ni..isu yg panas..selagi boleh elakkn la poligami..kalau pegangan agama dh kuat, bru la try ye..huhu mntk dijauhkan..

  5. Assalamualaikum…

    Poligami memang sunnah nabi s.a.w tetapi perlu diingat sepanjang perkahwinan Rasulullah s.a.w dengan Siti Khadijah beliau belum lagi berpoligami. Selepas kewafatan isteri barulah Rasulullah s.a.w berkahwin dan berpoligami. Jadi hujah untuk berpoligami sedangkan isteri pertama masih ada sebagai sunnah adalah tidak tepat. Kebahagiaan bukannya terletak di poligami tetapi pada diri kita sendiri – iaitu bagaimana kita membina kebahagiaan dengan pasangan dan anak-anak.
    Curahan rasa Syarih @ ..Muffin Dan CupCakes Sesuai Sebagai Hantaran dan Cenderahati.My Profile

  6. Dalam 4 cerita diatas sgt tidak suka bila hak wanita yang berpoligami ditindas.. Bekerja keras mencari nafkah sendiri dan anak2.. kesian..jgn diam aje.. Suarakan hak anda..

    Jika hati ikhlas menerima serta reda dgn ketentuan Ilahi untuk hidup berpoligami dan hidup berlandaskan tiang agama.. InsyaAllah bahagia…

    untuk yang nak memasang cawangan tu, tanya diri anda layak dan mampukah anda?? bukan setakat memberikan nafkah zahir dan batin secara adil.. tanggungjawab pun akan berganda jika kahwin lagi..
    Curahan rasa zie fauzi @ ..GOOGLE PAGE RANK DAH NAIKMy Profile

    1. betul sgt..ade mak kpd kwn sy tu, die yg tanggung anak2..suami die?huh buat xtau je..mne pergi nye tanggungjwb sbg suami..

  7. perkahwinan itu sesuatu yang mulia…kalau kita memang dibesarkan dari persekitaran keluarga berpoligami pun mungkin pemikiran kita tidak terbuka dalam isu poligami…
    Curahan rasa azura @ ..Syair MahsuriMy Profile

  8. Waalaikumsalam brother. Mula2 cuak juger ingat berpoligami.. hik3.

    Utk kaum isteri yg mejadi mangsa suami yg tidak bertanggungjawab
    memberi nafkah dan layanan yg baik, jgn diamkan saja. Itu tidak akan
    merubah apa2. Isteri ada hak utk bersuara dan menuntut keadilan
    serta nafkah zahir batin.. Rujuk pd pegawai agama utk selanjutnya….
    Curahan rasa nurmisnan @ ..Khasiat buah anggur segarMy Profile

  9. Buat kaum lelaki ….Tanya diri adakah kamu mampu berlaku adil dari segala segi zahir & batin serta sanggup membahagi semuanya dengan saksama.

    Buat kaum wanita ….Tanya diri berkali2 sanggupkah diri berkongi kasih , jangan pula bersikap tamak bila sudah berkongsi suami perempuan lain.

    SO…BUAT LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN MUDAH UNTUK BERPOLIGAMI KENA FIKIR KESAN DI KEMUDIAN HARI. LIHAT POLIGAMI YG BERLAKU PADA ORANG SEKELILING BAHAGIAKAH MEREKA….?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!