Piala Dunia 2014 Brazil pasukan pilihan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru sahaja tamat Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan tapi masa bergerak begitu pantas empat tahun telah berlalu. 12 Jun 2014 sepak mula Piala Dunia 2014 akan bermula walaupun penganjur Brazil melalui berbagai kesukaran sehingga ke saat akhir. Badan induk bola sepak dunia, FIFA tetap yakin gergasi bola sepak dunia, Brazil dapat menganjurkan kejohanan sukan terbesar di dunia walaupun diselubungi dengan berbagai kontroversi. Satu dunia mengira countdown World Cup FIFA 2014 dengan penuh debaran.

KLIK UNTUK JOIN CONTEST WORLD CUP 2014 DENGAN HADIAH USD100K

gambar pasukan piala dunia Netherlands 2014

Piala Dunia 2010 aku sokong Belanda sebabnya mudah dulu ada Van Persie dalam team Arsenal tetapi sudah tak minat sebab tengok perangai dia yang tak bagus apabila berpindah ke Manchester United. Selain Van Persi dulu aku pun minat Arjen Robben walaupun bukan pemain Arsenal tapi setelah dia buat drama jatuh dalam kotak penalti semasa Bayern kalahkan Arsenal terus hilang selera.

gambar pasukan piala dunia German 2014

Piala Dunia 2014 aku sokong pasukan German sebab ada tiga superstar daripada Arsenal iaitu Mesut Ozil, Lukas Podolski dan Per Mertesacker. Selain itu ramai pemain utama Arsenal yang bermain untuk negara masing-masing iaitu Giroud dan Koscielny untuk Perancis, Wilshere dan Oxlade Chamberlain untuk England, Cazorla untuk Sepanyol, Joel Cambell untuk Costa Rica dan Vermaelen untuk Belgium. Sebagai tanda sokongan aku kepada pasukan German sepanjang Piala Dunia 2014 aku akan memasang widget FIFA World Cup 2014 untuk team German di sidebar blog ini. Jersi German no 8 hadiah daripada Bro Zainal yang dibeli khas dari German juga sudah siap nak dipakai. Go Go Go German you can be World Champions 2014. Apa pulak pasukan kegemaran anda?

gambar pasukan piala dunia england 2014

Jadual Piala Dunia 2014 untuk 32 pasukan yang masuk final bermula dengan sepak mula antara Brazil vs Croatia pada 13/6/2014, jam 4.00 am waktu Malaysia. Untuk melihat jadual penuh pelawanan Piala Dunia 2014 sila klik Jadual Piala Dunia 2014 waktu Brazil manakala jadual Piala Dunia Waktu Malaysia dan lokasi perlawanan seperti di bawah.

KLIK UNTUK KEPUTUSAN PENUH PIALA DUNIA FIFA 2014

Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia

Jadual piala dunia 2014 waktu Malaysia

Jadual piala dunia 2014 waktu Malaysia sumbangan  Malaysiatercinta.com

Jadual piala dunia 2014 waktu Malaysia sumbangan  Malaysiatercinta.com

Jadual piala dunia 2014 waktu Malaysia sumbangan  Malaysiatercinta.com
Jadual piala dunia 2014 waktu Malaysia sumbangan Malaysiatercinta.com

Kebanyakan perlawanan Piala Dunia 2014 berlansung awal pagi waktu Malaysia jadi kena rancang jadual kerja supaya tidak ada peminat bola sepak yang kena buang kerja di akhir Piala Dunia 2014. Jangan pulak pasukan yang anda sokong menjulang piala tetapi anda terpaksa mencari kerja baru. Paling penting pastikan jangan terlibat dengan pertaruhan walaupun sekecil mana kerana semua itu adalah judi.

gambar pasukan piala dunia sepanyol 2014

Tak dapat menonton live pun tak apa sebab berita terkini Piala Dunia 2014 boleh didapati daripada berbagai sumber samada dari website, facebook dan twitter hanya perlu guna hashtag #WorldCup2014 untuk mencari segala informasi terkini Piala Dunia 2014. Dengan hashtag #WorldCup2014 pasti anda akan mendapat update terkini keputusan Piala Dunia 2014.

Video Rasmi lagu Piala Dunia 2014

Berita terkini Piala Dunia 2014 @ Twitter



Spread the love

105 Comments

  1. Sebelum sepak mula, ramai yg menjangkakan Brazil merupakan pasukan pilihan di Piala Dunia kali ini… tetapi akhirnya, ternyata meleset…malah menjadi pasukan belasahan pula!

    1. saya tak sanggup nak tengok video Shakira tu…
      lagi-lagi di bulan puasa ini.. mencabar betul huhuu

      FINAL : German VS Argentina. whose gonna win?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!