Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru sahaja tamat Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan tapi masa bergerak begitu pantas empat tahun telah berlalu. 12 Jun 2014 sepak mula Piala Dunia 2014 akan bermula walaupun penganjur Brazil melalui berbagai kesukaran sehingga ke saat akhir. Badan induk bola sepak dunia, FIFA tetap yakin gergasi bola sepak dunia, Brazil dapat menganjurkan kejohanan sukan terbesar di dunia walaupun diselubungi dengan berbagai kontroversi. Satu dunia mengira countdown World Cup FIFA 2014 dengan penuh debaran.
KLIK UNTUK JOIN CONTEST WORLD CUP 2014 DENGAN HADIAH USD100K
Piala Dunia 2010 aku sokong Belanda sebabnya mudah dulu ada Van Persie dalam team Arsenal tetapi sudah tak minat sebab tengok perangai dia yang tak bagus apabila berpindah ke Manchester United. Selain Van Persi dulu aku pun minat Arjen Robben walaupun bukan pemain Arsenal tapi setelah dia buat drama jatuh dalam kotak penalti semasa Bayern kalahkan Arsenal terus hilang selera.
Piala Dunia 2014 aku sokong pasukan German sebab ada tiga superstar daripada Arsenal iaitu Mesut Ozil, Lukas Podolski dan Per Mertesacker. Selain itu ramai pemain utama Arsenal yang bermain untuk negara masing-masing iaitu Giroud dan Koscielny untuk Perancis, Wilshere dan Oxlade Chamberlain untuk England, Cazorla untuk Sepanyol, Joel Cambell untuk Costa Rica dan Vermaelen untuk Belgium. Sebagai tanda sokongan aku kepada pasukan German sepanjang Piala Dunia 2014 aku akan memasang widget FIFA World Cup 2014 untuk team German di sidebar blog ini. Jersi German no 8 hadiah daripada Bro Zainal yang dibeli khas dari German juga sudah siap nak dipakai. Go Go Go German you can be World Champions 2014. Apa pulak pasukan kegemaran anda?
Jadual Piala Dunia 2014 untuk 32 pasukan yang masuk final bermula dengan sepak mula antara Brazil vs Croatia pada 13/6/2014, jam 4.00 am waktu Malaysia. Untuk melihat jadual penuh pelawanan Piala Dunia 2014 sila klik Jadual Piala Dunia 2014 waktu Brazil manakala jadual Piala Dunia Waktu Malaysia dan lokasi perlawanan seperti di bawah.
KLIK UNTUK KEPUTUSAN PENUH PIALA DUNIA FIFA 2014
Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia
Kebanyakan perlawanan Piala Dunia 2014 berlansung awal pagi waktu Malaysia jadi kena rancang jadual kerja supaya tidak ada peminat bola sepak yang kena buang kerja di akhir Piala Dunia 2014. Jangan pulak pasukan yang anda sokong menjulang piala tetapi anda terpaksa mencari kerja baru. Paling penting pastikan jangan terlibat dengan pertaruhan walaupun sekecil mana kerana semua itu adalah judi.
Tak dapat menonton live pun tak apa sebab berita terkini Piala Dunia 2014 boleh didapati daripada berbagai sumber samada dari website, facebook dan twitter hanya perlu guna hashtag #WorldCup2014 untuk mencari segala informasi terkini Piala Dunia 2014. Dengan hashtag #WorldCup2014 pasti anda akan mendapat update terkini keputusan Piala Dunia 2014.
Video Rasmi lagu Piala Dunia 2014
105 Comments
saya lebih minat kepada pemain…tapi kalau pilih pasukan saya minat brasil
Curahan rasa faizal @ ..Bulan Syaaban Yang Semakin Pendek
Piih Orange aaa … Brazil ni semua orang cam pilih je … tapi rasanya … Brazil gugup la kali ini .. tu pasal ada gol sendiri.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Foto dan Statistik Perlawanan #FIFA2014 Brazil vs Croatia
Saya pilih Jepun dan saya harap Jepun menang 🙂
Curahan rasa Pakar Bagaimana @ ..Bagimana Memilih Peguam Yang Terbaik dan Bagaimana Mengelakkan Peguam Yang Tidak Baik
Demam bolasepak dah semakin terasa..demam selsema saya semakin pulih!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Template Redpite Pilihan Terbaik Blogspot
sebagai tuan rumah, Brazil mungkin akan mendapat tonik luar biasa
apa-apa pun tunggu dan lihat lah kerana sebelum ni banyak kejutan sudah berlaku
Curahan rasa cikgu naman @ ..Floria Putrajaya 2014
biasanya begitulah..tapi kita tunggu final macamna
Curahan rasa faizal @ ..Bulan Syaaban Yang Semakin Pendek
Itu mungkin satu kelebihan, tapi ada juga keresahan sebb sana banyak berlaku mogok … yang bantah pasal penganjuran Piala Dunia #FIFA2014 ni
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Contest USD100K Piala Dunia FIFA 2014 Brazil.com
nak dekat piala dunia ni..masalahnya main awal pg la ni..huhu..tgu kptusan je la nmpak gaya mcm ni..
Curahan rasa jiesusanos @ ..Tempat Menarik Di Kelantan | Pekan Bukit Bunga
Camana perancangan Piala Dunia di bulan Ramadhan nanti? Memang agak mencabar sikit kali ni..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ujian Kehamilan Di Rumah
memang mencabar pun..konon-konon nak bangun tengok bola live..last-last bangun ke sahur,,,tengok result jela…tak pun ulangan kan ada
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Piala dunia mnjadi tumpuan ramai je…mcm2 kerenah
ijin liat result bola admin…
Curahan rasa Rasyha @ ..Tutorial cara flash Samsung galaxy GT-S5360
players yang ada ramai yg muda-muda dan sedang mingkat naik.. dengan strategy yang betul jerman mampu membuktikan kuasa mereka
Curahan rasa eXplorasa @ ..Snowworld – The Story Of All Ice
Comments are closed.