Arsenal vs West Brown EPL 2012/13 Week #16

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, empat perlawanan berturut-turut Arsenal tidak menang perlawanan EPL dan Champions League menyebabkan keresahan di kalangan Arsenal Fan. Terkini tewas 1 – 2 kepada Olympiakos diperlawanan terakhir peringkat kumpulan Champions League 2012/13 yang akan menyebabkan Arsenal akan bertemu pasukan kuat dipusingan kalah mati.

Arsenal vs West Brown - Sumber Google

Kemerosotan Arsenal pada pandangan peribadi aku adalah disebabkan pemain-pemain utama tidak dapat menunjukan prestasi terbaik. Perubahan jelas sekali kelihatan apabila Jack Wilshere dimasukan dalam kesebelasan utama setelah tidak bermain akibat kecederaan. Adakah Jack Wilshere masih belum dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru atau kemasukan beliau telah mengubah rentak permainan yang menyebabkan prestasi Arsenal merosot.

Arsenal vs West Brown - Sumber Google

Arsenal perlu bangkit membina keyakinan untuk baki perlawanan EPL, Champions League, Capital One Cup dan FA Cup. Arsenal mempunyai pemain-pemain yang hebat cuma kesungguhan dan keyakinan sahaja dapat mengembalikan prestasi baik yang telah ditunjukkan sebelum ini. Lihat sahaja West Ham yang tidak mempunyai superstar tapi dapat bermain dengan baik dalam satu pasukan sehingga dapat menewaskan Chelsea.

Arsenal vs West Brown - Sumber Google

Menentang West Brown bukan tugas mudah tetapi Arsenal tiada pilihan selain menang di tempat sendiri. Kekalahan pasti membawa padah dimana Arsene Wenger dan kesebelsan utama pasti akan diejek oleh penyokongnya sendiri. Mungkin Pengurus Pasukan perlu merombak dengan mengeluarkan pemain utama yang tidak menujukkan prestasi yang baik.

Perlawana tumpuan minggu ini pasti Manchester City vs Manchester United pada 9/12/12 jam 9.30 pm waktu Malaysia. Semuga perlawanan ini berakhir dengan seri.

Keputusan Arsenal vs West Brown : 2 – 0 (Mikel Arteta)

Live Arsenal vs West Brown @ Astro Supersport 813 tarikh 8/11/12 jam 11.30 am waktu Malaysia.

Live Streaming Arsenal vs West Brown @ Goal.com.

Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Arsenal

KEPUTUSAN EPL 2012/13 WEEK #16

Southampton vs Reading : 1 – 0

Wigan vs QPR : 2 – 2

Sunderland vs Chelsea : 1 – 3

Swansea vs Norwich : 3 – 4

Aston Villa vs Stoke : 0 – 0

Manchester City vs Mancehster United : 2 – 3

Everton vs Tottenham : 2 – 1

West Ham vs Liverpool : 2 – 3

Fulham vs Newcastle : 2 – 1


Spread the love