Assalamualaikum dan salam 1Dunia, antara yang menjadi tarikan ketika Kembara Musafir Europe adalah melihat berbagai jenis kereta Europe yang memang menjadi sebutan di Malaysia seperti BMW, Mercedes, Audi, Peugeot, Skoda, Volkswagen dan banyak lagi. Ketika di Franfurt memang susah sangat nak tengok kereta buatan Jepun, UK dan USA. Melihat kereta di Europe yang dianggap mewah di Malaysia seperti melihat kereta Proton dan Perodua di atas jalan raya Malaysia.
Minat pemandu Malaysia kepada kereta Europe semakin meningkat tanpa risau tentang nilai jualan semula. Aku sendiri sangat berminat dengan kereta Europe kerana kuasa engine, ketegapan dan reka bentuk yang menarik untuk setiap model baru yang dipasarkan. Harga selalu menjadi halangan untuk pemandu Malaysia membeli kereta buatan Europe tetapi kalau dah minat apa kisah. Lihat sahaja kereta Peugeot yang semakin banyak di jalan raya Malaysia.
Sekembali daripada Kembara Musafir Europe seperti ada yang boleh membaca lintasan hati aku apabila buat pertama kali setelah test drive Honda Insight mendapat jemputan Majlis Pelancaran Model Baru Peugeot 408 oleh Nasim Sdn Bhd. Teruja juga buat pertama kali menjejaki kaki ke bangunan baru Nasim Peugeot Bluebox Glenmarie bersama beratus-ratus tetamu dari Malaysia dan Asean dengan tetamu VIP Dato’ Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
Rupanya Nasim Sdn Bhd bukan sahaja pembekal kereta Peugeot tetapi juga memasang kereta Peugeot dengan menggunakan gabungan bahan tempatan di kilang pemasangan di Gurun, Kedah yang bernilai melebihi RM30juta. Kereta Peugeot yang dipasang oleh Nasim Sdn Bhd bukan sahaja dipasarkan di Malaysia tetapi juga dipasarkan ke negara Asean. Bangga juga tengok prestasi syarikat Melayu yang hebat seperti ini semuga lebih banyak syarikat Melayu yang berjaya sehebat Nasim Sdn Bhd.
Nasim Sdn Bhd melancarkam model Peugeot Sedan baru iaitu Peugeot 408 Turbo dengan harga RM125k dan Peugeot 408 2.0 dengan harga RM109k. Terdapat enam jenis warna pilihan untuk kedua-dua model iaitu Alpine White, Velvet Silver, Metropolis Bronze, Aster Grey, Bourrasque Blue dan Premium Black. Kepada pemandu yang minat kereta yang agak luas dalamnya Peugeot 408 baru memang sangat sesuai sebab aku sendiri dah merasai duduk di dalam di depan dan belakang memang luas.
Lebih banyak Peugeot 408 baru akan kelihatan di jalan raya Malaysia kerana sasaran Nasim Sdn Bhd untuk menjual 9000 unit untuk tahun 2012 berbanding 7000 unit pada tahun 2011. Peugeot juga dijangka akan dipasarkan lebih daripada 40,000 unit ke seluruh Negara Asean. Rasanya kalau nak dibandingkan dengan kereta Europe yang lain boleh tahan berpatutan juga harga Peugeot 408 baru ni. Macam ada minat ke?
106 Comments
mmg menarik apabila melihat harga kete 408 nih
Curahan rasa gnesop @ ..Hari Sukan Tahunan Tadika Adik-Adik
ruang yang luas bak kata DH
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
mmg smart..harga pon smart gak..
Curahan rasa syu90 @ ..Ost Drama Indera Joned
semuanya smart, harga smart kalau berbaloi apa salahnya.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
desain bagus harga mahal
Curahan rasa Tips Kesehatan @ ..Obat panas untuk bayi
sudah pasti design yang smart harganya boleh tahan.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
aduiii kalau akak yang memandu tentu tambah jelita… kalau DH sambar salah satu kereta yang disnap di europe tentu lah terselah kekacakkannya….
Curahan rasa sweetkurma @ ..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!
Ni tengah fikir-fikirlah nak sambar yang mana satu kih3
wah..nnti leh tumpang DH la..tumpang tgk je..hehe
Curahan rasa syu90 @ ..Ost Drama Indera Joned
agak2nya DH tengah fikir2 beli kereta yang ke berapa ya? =)
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
ahai, akak sweetkurma pakai peugeot pasti lebih jelita.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
Cantik tu. Minat mmg minat tp belum sampai seru lagi =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Nazmi Faiz Sah Milik Beira-Mar di Portugal
agak-agak bila nak sampai seru yea? hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
Bila la boleh pakai kereta ni..hehe
bila hafizul dah beli kereta.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
Yup DH memang terbaik Peugeot… teringat kat movie TAXI 1,2,3 (yg boleh terbang tuh) Saya masih lagi tertarik dengan detailing dia, body line dan technology peugot… terbaik di dalam kelasnya… Diharap bro2 Nasim dapat melonjakkan prestasi market peugot di Malaysia dan ASEAN..
P/S: Teringat kat kereta peugeot member (model sama macam citer TAXI… tak ingat pulak no. model). Kami terperangkap dalam kereta ketika banjir kilat setinggi paras pinggang di Kedah, 8 tahun lepas. Kami dalam kereta sikit pun tak masuk air banjir dalam cockpit penumpang… memang terbaik…
Curahan rasa irsah @ ..Panduan dan Kesilapan Mengisi Borang Tender dan Sebutharga Terbongkar : Part 1
waahhhh.. hebat kalau macam tu.. takde bocor
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
terbaiklah peugoet..tapi mampu melihat jelah saya ni
Berbangga dengan Nasim ni.Pemasangannya di Gurun baru tau.Padahal saya ni dekat je dgn Gurun tu.
Curahan rasa syiela @ ..Ganas Sungguh
jauh juga kilang di sana.. mungkin disebabkan lokasi dan kos
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
terbaik lah kereta peugeot ni…
kereta euro mmg cantik….tp poket pun kena cantik lah…
Curahan rasa daddydee @ ..Penderaan Kanak-Kanak : Bukalah Mata dan Hati
poket cantik, sebab installment dan maintenance
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
Memang betul2 bangga dengan syarikat Malaysia yang satu ini. Adik beradik yang lain pun apa kurangnya. Memang betul2 pandai berniaga. Gud Luck, ada diskaun untuk rakyat Malaysia tak? hehe
Curahan rasa halif @ ..Betapa pentingkah mengetahui hukum halal dan haram ubat-ubatan bagi anda?
barang bagus.. bisnes pun bagus..
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
Saya pernah baca beberapa waktu yang lalu bahwa Peugeot 4008 akan diproduksi di Malaysia. ternyata memang benar…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Final Copa del Rey, Athletic Bilbao Vs Barcelona
ia terletak di Gurun.. jauh di kedah nun
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
cantik betul…tapi orang ramai berharap kereta seperti mempunyai gear manual….takder ker gear manual….
Curahan rasa Norizwan @ ..Kisah keluarga Lacey Buchanan yang tabah
saya pun pakai kereta manual saja.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
huhu ada tengok berita semalam, kereta eropah kedua terbesar peugeot. cantik design dia, nampak macam kereta zaman era terbang 🙂
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Let’s Settle This First
makin lama makin dinamik design nya…
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
Salam DH.
Waw..benar2 luar biasa, sudah tidak bisa dipungkiri bahwa produk otomotif dari negara Eropa masih menjadi pilihan para pecinta otomotif karena selain desain yang menawan, ketangguhan mesin yang ditanam juga terhadap harga jual kembali. Peugeot 408 Turbo ini memang terkesan mewah pasti akan disambut baik oleh para pecinta mobil Eropa.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
dengn enam warna jadi pilihan, pasti menarik hati pembeli
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
harganya mungkin murah sebab barangnya buatan malaysia, tapi more interested kereta2 mcm bmw.. hehe.. sebab rekaannya lebih elegant n compactive.. tapi harganya menjadi isu, tapi tak mustahil.. 😀
Curahan rasa Syaz @ ..Keperluan Atau Kemahuan?. Kemahuan Ibarat Air Laut, Lagi Minum Lagi Haus.
saingan di pasaran sudah tentu ada..
Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan Mudah
Comments are closed.