Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dapat juga jejak kaki ke Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2016 yang bermula pada 29/4/2016. Kalau dulu Pesta Buku dianjurkan di PWTC atau MIECC tapi kali ini bertukar lokasi di MAEPS Serdang taklah jauh sangat daripada rumah kami. Cuma kesibukan jadual kerja membuatkan agak terlewat membawa keluarga untuk meraikan pesta berjuta buku dari berbagai penerbit antaranya Karangkraf, MPH dan Popular.
Kepada yang tidak ada pengangkutan jangan risau naik je ETS atau Komuter berhenti di hentian Sedang dan sambung menaiki bas yang disediakan khas untuk ke PBAKL 2016. Kepada yang bawa kenderaan ada beribu parkir daripada yang percuma, berbayar RM3 dan parkir valet. Sudah tentu parkir yang percuma itu jauh tapi jangan risau pihak penganjur menyediakan bas khas terus ke pintu dewan pameran A. Kalau bawa warga tua boleh guna parkir valet memang lansung ke dalam kawasan pameran cuma kena bayar lebih, RM10.
Memang meriah PBAKL 2016 dengan mempamerkan berjuta-juta buku berbahasa Melayu dan Inggeris. Bangga melihat sudah banyak buku-buku berbahasa Melayu berbanding sepuluh tahun dahulu nak cari buku ilmiah memanglah susah. Lebih seronok apabila melihat buku-buku rakan blogger, sifu hartanah dan usahawan online dipamerkan untuk jualan ramai. Apa lagi sambarlah buku kekawan sebagai tanda sokongan mana tahu di tahun-tahun akan datang boleh letak buku Denaihati bersama dengan buku-buku hebat ini. Memang ada niat nak membukukan pengalaman sebagai usahawa online dan juga pengalaman kembara Denaihati ke seluruh dunia.
Jangan risau hal makan dan minum memang banyak gerai dan food truck dengan berbagai juadah dan minuman yang sedap. Ada rezeki boleh dapatkan tanda tangan penulis buku yang membuat penampilan khas serta berselfie dengan mereka. Berbagai aktiviti disediakan oleh penganjur selain pameran buku untuk semua generasi yang datang berpusu-pusu terutama di hujung minggu. Surau juga disediakan jadi tak ada alasan untuk meninggalkan solat yang fardu.
Jadi jangan lepaskan peluang sebelum PBAKL tamat pada 9/5/2016. Mana tahu ada rezeki macam aku dapat beli buku istimewa tentang sosial media dan pemasaran viral dengan harga hanya RM5. Kepada kaki Novel ini adalah syurga anda entah berapa ribu jodol yang ada. Ini pun masa untuk reunion sebab ramai kekawan yang kita akan jumpa di sini.
Membacakan jambatan ilmu dan ilmu yang diajarkan adalah bekalan pahala yang tidak pernah berhenti walaupun nanti kita sudah tiada berpindah ke dunia akhirat.
145 Comments
Terlalu banyak undangan kawen aritu, tu yang tak dapat pegi.. rugi betul tak dapat borong buku2 berkualiti di sana.. huhu
Curahan rasa Media Sensasi @ ..Live Streaming Tampines Rovers vs Selangor Piala AFC 10 Mei 2016
Takper… sekarang ni zaman IT… masih ada cara untuk mendapatkan buku2 yang dijual di PBAKL 2016 secara online… ada diskaun pula tu… cuma mungkin kemeriahannya sahaja yg tak dapat kita rasai..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang Pakej Percutian ke Korea untuk dua orang selama 5 hari 4 malam!
Banyak juga dibelanja semata-mata demi ilmu. Murah kalau beli banyak. Contohnya 3 buku RM50. Berbaloi beli masa ini. Murah dan banyak diskaun.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Permit Mendaki Gunung
Best pergi pesta buku KL. Macam-macam buku ada. Borang sakan bila sampai sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Waktu Malam
saya tak sempat pergi, dah terlepas la ni, rasanya dah habis kan
Curahan rasa raihanah @ ..Shaklee Collagen Powder Bukan Sekadar Kolagen
Haah dah habis… Semalam petang, lebih kurang pukul 5.00 petang Majlis Penutup PBAKL 2016 telah diadakan… Jumpa lagi PBAKL tahun depan..
In Shaa Allah pada tahun hadapan kena masukkan dalam Takwim/Reminder supaya boleh buat perancangan awal untuk menghadiri PBAKL 2017..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang Pakej Percutian ke Korea untuk dua orang selama 5 hari 4 malam!
insyaAllah tahun depanlah, kena ambil tahu siap2. boleh juga bawa anak2 ke sana juga
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat
Tak apa. Tahun depan boleh set tarikh awal-awal pergi pesta buku akak. Best pergi sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Waktu Malam
Artikelnya sangat bermanfaat terima kasih banyak.
http://zelqeelka.blogspot.com
Tak berkesempatan untuk hadir. Nampak meriah sekali. Bertuah yang mana boleh hadir.
In shaa Allah, jika berkesempatan pada tahun yang akan datang
Curahan rasa sharimah @ ..MASALAH BAU BADAN? PENYELESAIANNYA?
Sama macam saya… Langsung tak berpeluang nak pergi ke PBAKL 2016 pada kali ni… Ada kawan saya tu seorang penulis tinggal di Ipoh… Sanggup datang berkali-kali ke PBAKL semata-mata untuk berjumpa dengan peminat beliau….
Curahan rasa Anuar @ ..HARI TERAKHIR PBAKL 2016 DAN CARTA TOP 10 EBOOK KLIKJER APRIL 2016
Setiap kali update dekat Facebook cerita tentang pengalaman jumpa penulis itu, jumpa penulis ini, jumpa peminat…. Tumpang gembira melihat kejayaan beliau…
Curahan rasa Anuar @ ..HARI TERAKHIR PBAKL 2016 DAN CARTA TOP 10 EBOOK KLIKJER APRIL 2016
wah rajinnya datang dari ipoh. memang tabiklah. kadang tu sebab tak set as priority itulah yang terlepas tu
Curahan rasa raihanah @ ..Diabetes dan penuaan: Cara Perlahankan Penuaan Bagi Pesakit Diabetes
Tak berkesempatan untuk hadir. nampak meriah. Bertuah yang mana boleh hadir.
In shaa Allah, jika berkesempatan pada tahun yang akan datang
Memang menarik PBAKL 2016 kali ini ditempat baru yang lebih luas. In Sha Allah jumpa lagi tahun depan
Curahan rasa MySemakan @ ..Permohonan SPA8i Borang Online
Tempat baru penganjuran PBAKL kali ni di MAEPS bagi saya sangat sesuai… Semoga dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan… In Shaa Allah..
Curahan rasa anuar @ ..HARI TERAKHIR PBAKL 2016 DAN CARTA TOP 10 EBOOK KLIKJER APRIL 2016
Ada juga kesempatan nak pergi sini. Dapat juga borong sikit buku kat #PBAKL ni.. hehehe..
Curahan rasa jambu batu @ ..Asal Usul Nama Kajang
Hari ni last… Ada Majlis Penutupan Pesta Buku Antarabangsa KL pada pukul 5.00 petang ni…. Kalau tinggal dekat kawasan Serdang, bolehlah join…
Curahan rasa Anuar @ ..HARI TERAKHIR PBAKL 2016 DAN CARTA TOP 10 EBOOK KLIKJER APRIL 2016
Wahhh..ruginya tak dapat nak jejakkan kaki ke pesta buku ni. Sebagai seorang perawat Islam, ilmu-ilmu berkaitan dengan perubatan Islam perlulah sentiasa diupgrade. Terutamanya ayat-ayat berkaitan dengan sihir. Doa-doa dan ayat-ayat hafalan yang baru boleh dihafal untuk diamalkan dalam merawat pesakit. Dalam pesta buku ni, dah tentu banyak buku yang dapat dibeli dengan harga yang lebih murah.
Kerana ayat-ayat ini, berdasarkan pengalaman saya, hanya apabila diamalkan secara istiqamah sahaja akan memberikan kesan dengan izin Allah. Sebab itulah, bagi perawat-perawat yang dah alam dalam rawatan Islam, dengan membaca al-Fatihah sahaja, pesakit yang ada gangguan jin akan mula menunjukkan reaksi.
Curahan rasa Perawat Islam @ ..7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Ketahui Tanda-Tandanya
bestnya dapat tengok buku yang pelbagai jenis. Tapi nak beli banyak kena rancang bajet jugak.
Curahan rasa jida @ ..Kisah Kami – Melawat Zoo Melaka
Betul tu… Tentu rambang mata setiap kali pergi ke Pesta Buku… Daripada niat sekadar nak beli satu dua buku…. Jadi terbeli sampai berkotak-kotak buku… Sudahnya terpaksa beli beg Extra untuk bawa buku…
Curahan rasa Anuar @ ..HARI TERAKHIR PBAKL 2016 DAN CARTA TOP 10 EBOOK KLIKJER APRIL 2016
Saya pun banyak juga borong buku. Untuk anak-anak yang sekolah memang menarik jika kita bawa mereka. Jika tak bawa, beli aje buku yang sesuai untuk mereka. Banayk dan murah-murah bukunya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Peluang Cari Kerja Sampingan Buat Di Rumah
Tuan Dh ada pergi juga yea. Memang banyak manfaat pegi pesta buku ni. Saya ada pergi juga, pergi hari kerja, nak elak kesesakan sikit. Sambil-sambil ada urusan lain di sana juga. Tahun depan ada lagi insyallah boleh pergi lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Peluang Cari Kerja Sampingan Buat Di Rumah
seandainya aku bisa pergi kesana pasti seru sayang jarak tempatku terlalu jauh
Tak dapat pergi pun tak apa.. masih bisa mendapatkan buku2 yang baru dilancarkan di PBAKL 2016 secara online….
Curahan rasa anuar @ ..ANTARA BUKU-BUKU YANG BARU DILANCARKAN DI PBAKL 2016
Boleh dapatkan secara online jika yang jauh dari KL nak pergi dan tak berkesempatan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Peluang Cari Kerja Sampingan Buat Di Rumah
ada kesempatan dan ruang waktu pada tahun akan datang..mahu sangat nak pergi nie..in shaa Allah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Internet Burung Hantu Hilang Istimewa
Comments are closed.