Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dapat juga jejak kaki ke Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2016 yang bermula pada 29/4/2016. Kalau dulu Pesta Buku dianjurkan di PWTC atau MIECC tapi kali ini bertukar lokasi di MAEPS Serdang taklah jauh sangat daripada rumah kami. Cuma kesibukan jadual kerja membuatkan agak terlewat membawa keluarga untuk meraikan pesta berjuta buku dari berbagai penerbit antaranya Karangkraf, MPH dan Popular.

  
Kepada yang tidak ada pengangkutan jangan risau naik je ETS atau Komuter berhenti di hentian Sedang dan sambung menaiki bas yang disediakan khas untuk ke PBAKL 2016. Kepada yang bawa kenderaan ada beribu parkir daripada yang percuma, berbayar RM3 dan parkir valet. Sudah tentu parkir yang percuma itu jauh tapi jangan risau pihak penganjur menyediakan bas khas terus ke pintu dewan pameran A. Kalau bawa warga tua boleh guna parkir valet memang lansung ke dalam kawasan pameran cuma kena bayar lebih, RM10.

  
Memang meriah PBAKL 2016 dengan mempamerkan berjuta-juta buku berbahasa Melayu dan Inggeris. Bangga melihat sudah banyak buku-buku berbahasa Melayu berbanding sepuluh tahun dahulu nak cari buku ilmiah memanglah susah. Lebih seronok apabila melihat buku-buku rakan blogger, sifu hartanah dan usahawan online dipamerkan untuk jualan ramai. Apa lagi sambarlah buku kekawan sebagai tanda sokongan mana tahu di tahun-tahun akan datang boleh letak buku Denaihati bersama dengan buku-buku hebat ini. Memang ada niat nak membukukan pengalaman sebagai usahawa online dan juga pengalaman kembara Denaihati ke seluruh dunia.


  
Jangan risau hal makan dan minum memang banyak gerai dan food truck dengan berbagai juadah dan minuman yang sedap. Ada rezeki boleh dapatkan tanda tangan penulis buku yang membuat penampilan khas serta berselfie dengan mereka. Berbagai aktiviti disediakan oleh penganjur selain pameran buku untuk semua generasi yang datang berpusu-pusu terutama di hujung minggu. Surau juga disediakan jadi tak ada alasan untuk meninggalkan solat yang fardu. 

  
Jadi jangan lepaskan peluang sebelum PBAKL tamat pada 9/5/2016. Mana tahu ada rezeki macam aku dapat beli buku istimewa tentang sosial media dan pemasaran viral dengan harga hanya RM5. Kepada kaki Novel ini adalah syurga anda entah berapa ribu jodol yang ada. Ini pun masa  untuk reunion sebab ramai kekawan yang kita akan jumpa di sini.

Membacakan jambatan ilmu dan ilmu yang diajarkan adalah bekalan pahala yang tidak pernah berhenti walaupun nanti kita sudah tiada berpindah ke dunia akhirat.


Spread the love

145 Comments

  1. “Kunci Kebangkitan Islam Kedua Di Dalam Al-Quran.”

    Assalamualaikum,
    Selama ini kalian sudah memperlakukan kesilapan dalam menilai Al-Quran. Selain mengandungi hukum-hakam Allah, kebesaran Allah, peringatan, dan jalan agama Islam yang lurus, Al-Quran juga mengisahkan tentang apa yang telah berlaku di dunia dan akan berlaku di akhirat. Tetapi ada yang kalian terlepas pandang. Al-Quran sebenarnya mengandungi petunjuk tentang apa yang sedang berlaku di dunia pada saat ini dan akan berlaku di dunia. Allah Maha Bijaksana dalam mengisi KalamNya. Ayat-ayat di bawah berkait rapat dengan tiga ayat kunci Kebangkitan Islam Kedua di atas.

    ⭐Dan Kami abadikan Nuh di kalangan orang-orang yang datang kemudian.
    (Quran ; Surah As-Saffat : ayat 78)
    ⭐Dan Kami abadikan Ibrahim di kalangan orang-orang yang datang kemudian.
    (Quran ; Surah As-Saffat : ayat 108)
    ⭐Dan Kami abadikan Musa dan Harun di kalangan orang-orang yang datang kemudian.
    (Quran ; Surah As-Saffat : ayat 119)
    ⭐Dan Kami abadikan Ilyas di kalangan orang-orang yang datang kemudian.
    (Quran ; Surah As-Saffat : ayat 129)

    Al-Quran adalah saksi kepada semua kitab-kitab hadith. Tentang Imam Mahdi dan pengikut-pengikutnya juga sudah Allah terangkan dengan jelas di dalam Al-Quran. Berpegang teguhlah kepada Al-Quran. Kunci untuk tadabbur hanya iman dan taqwa. Perbaiki hubungan kalian dengan Allah, insya Allah Allah akan permudahkan kalian untuk memahaminya. 

    Bacalah penjelasan selanjutnya di http://pendakimahligaimakrifat.blogspot.my/2016/05/kunci-kebangkitan-islam-kedua-di-dalam_8.html?m=1

    Sebarkan.

  2. Lokasi Pesta buku antarabangsa di Kuala Lumpur kali ini lebih strategik dengan kemudahan yang disediakan. Begitu juga pengangkutan untuk ke sana pun banyak pilihan.

  3. Meriahnya. Teringin hendak pergi ke sana. Tetapi kekangan waktu dan juga jarak yang menghalang. Insyaallah tahun-tahun akan datang, akan jejak juga ke sana.

  4. Mmg seronok dan bangga bila kebanyakan pengunjung adalah anak bangsa kita yg tagihkan ilmu… Event mcm ni mmg bagus..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!