Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dapat juga jejak kaki ke Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2016 yang bermula pada 29/4/2016. Kalau dulu Pesta Buku dianjurkan di PWTC atau MIECC tapi kali ini bertukar lokasi di MAEPS Serdang taklah jauh sangat daripada rumah kami. Cuma kesibukan jadual kerja membuatkan agak terlewat membawa keluarga untuk meraikan pesta berjuta buku dari berbagai penerbit antaranya Karangkraf, MPH dan Popular.

  
Kepada yang tidak ada pengangkutan jangan risau naik je ETS atau Komuter berhenti di hentian Sedang dan sambung menaiki bas yang disediakan khas untuk ke PBAKL 2016. Kepada yang bawa kenderaan ada beribu parkir daripada yang percuma, berbayar RM3 dan parkir valet. Sudah tentu parkir yang percuma itu jauh tapi jangan risau pihak penganjur menyediakan bas khas terus ke pintu dewan pameran A. Kalau bawa warga tua boleh guna parkir valet memang lansung ke dalam kawasan pameran cuma kena bayar lebih, RM10.

  
Memang meriah PBAKL 2016 dengan mempamerkan berjuta-juta buku berbahasa Melayu dan Inggeris. Bangga melihat sudah banyak buku-buku berbahasa Melayu berbanding sepuluh tahun dahulu nak cari buku ilmiah memanglah susah. Lebih seronok apabila melihat buku-buku rakan blogger, sifu hartanah dan usahawan online dipamerkan untuk jualan ramai. Apa lagi sambarlah buku kekawan sebagai tanda sokongan mana tahu di tahun-tahun akan datang boleh letak buku Denaihati bersama dengan buku-buku hebat ini. Memang ada niat nak membukukan pengalaman sebagai usahawa online dan juga pengalaman kembara Denaihati ke seluruh dunia.


  
Jangan risau hal makan dan minum memang banyak gerai dan food truck dengan berbagai juadah dan minuman yang sedap. Ada rezeki boleh dapatkan tanda tangan penulis buku yang membuat penampilan khas serta berselfie dengan mereka. Berbagai aktiviti disediakan oleh penganjur selain pameran buku untuk semua generasi yang datang berpusu-pusu terutama di hujung minggu. Surau juga disediakan jadi tak ada alasan untuk meninggalkan solat yang fardu. 

  
Jadi jangan lepaskan peluang sebelum PBAKL tamat pada 9/5/2016. Mana tahu ada rezeki macam aku dapat beli buku istimewa tentang sosial media dan pemasaran viral dengan harga hanya RM5. Kepada kaki Novel ini adalah syurga anda entah berapa ribu jodol yang ada. Ini pun masa  untuk reunion sebab ramai kekawan yang kita akan jumpa di sini.

Membacakan jambatan ilmu dan ilmu yang diajarkan adalah bekalan pahala yang tidak pernah berhenti walaupun nanti kita sudah tiada berpindah ke dunia akhirat.


Spread the love

145 Comments

  1. Kepada yang dah pergi shopping di pesta buku ni.. eloklah simpan resit pembelian buku selama 5 tahun untuk claim cukai pendapatan… dan sebagai bukti apabila pihak LHDN kenakan “audit” ke atas diri kita..
    Curahan rasa anuar @ ..Giveaway Carian Homestay MalaysiaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!