Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah 29 hari sudah kita berjuang membersihkan diri dengan berpuasa wajib bulan Ramadan dan membersihkan harta benda dengan zakat fitrah. Amalan yang baik sepanjang bulan Ramadan wajib diteruskan di sebelas bulan yang lain untuk menjadikan kita sentiasa dekat dengan ALLAH SWT. Syawal bakal menjelma perlu kita persiapkan diri dengan ilmu supaya tidak kita berpesta dengan hiburan yang bakal merosakan amal ibadah sepanjang Ramadan.
Mengimbas kembali ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Noehas dalam entri “Amalan Sunat di Malam Hari Raya” pasti dapat menjadikan sambutan hari raya lebih bermakna. Kita azam untuk memenuhi malam raya dan sambutan Aidilfitri dengan amal ibadah mengikut syariat Islam. Bermaaf-maafan dan berkunjung mengeratkan silatuhrahim setelah sibuk mencari rezeki selama setahun menjadi kebiasan amalan umat Islam.
Sebagai seorang Blogger apalah agaknya persiapan yang anda lakukan untuk menyambut Hari Raya?
Biasalah hari raya peluang kita berjumpa dengan ramai ahli keluarga yang sudah lama tak jumpa dari berbagai pelusuk negara. Soalan yang biasa ditanya kepada kita “Buat apa sekarang?” .. tak gitu. Kalau setakat nak jawab jadi doktor kat hospital UKM atau jadi pegawai bank kat Public Bank atau cikgu kat sekolah Banting .. itu jawaban biasa yang tiada nilai komersial. Silap-silap sepupu kita boleh tanya balik … ko kerja HUKM mesti kenal dengan Blogger Cantik Fatin Liyana atau ko kenal ke Blogger Hartanah Popular Abang Ensem yang resign dari Public Bank atau ko kerja kat Banting mesti kenal dengan toke cendol En. Titan.
Jangan malu nak mengaku sebagai seorang Blogger. Memanglah bila sepupu sepapat ipar duai bertanya aku telopong mulut bila aku jawab aku seorang Blogger. Soalan kedua mereka akan tanya boleh ke hidup jadi Blogger ini? Ini memang soalan yang ditunggu … apalagi masa ini paling sesuai keluarkan kad bisnis dan kalau ada sampul duit raya dengan cop url blog … masa ini nak bagi. Mestilah bertambah terlompong mulut mereka dan akan bertanya macam-macam lagi soalan.
Jadi salah satu persiapan menjelang hari raya untuk Blogger pastikan ada bisnis kad yang berkualiti dengan informasi yang cukup contohnya url, twitter, FB dan anugerah yang pernah diperolehi. Ini merupakan kaedah pemasaran offline yang boleh menjemput ramai pembaca setia kerana mereka ini adalah kaum keluarga kita. Bayangkan bila diaorang balik ofis mereka akan cakap kat kawan-kawan ofis diaorang .. “tak sangka betulah rupanya Blogger Popular Malaysia Bro Framestone tu sedara aku”. Ini dah dikira viral offline.
Jangan lupa juga sediakan kamera dan smartphone untuk snap momen terindah kerana biasanya akan ada contest foto hari raya yang akan dianjurkan oleh berbagai pihak.
Pasti Hari Raya tidak berlalu begitu sahaja kepada semua Rakan Blogger. Bak kata pepatah Melayu “Sambil menyelam minum air” barulah ada nilai komersial yang boleh membantu menjana motivasi untuk kita menulis dan terus menulis sehingga menjadi Blogger yang dihormati. Dihormati bukan di kalangan Rakan Blogger dan Pembaca Setia sahaja tetapi juga dihormati oleh Pengiklan. Blog yang dihormati oleh pengiklan tidak akan dinilai rendah apabila mereka ingin berkerjasama dengan kita.
Untuk menjadi Blogger yang berjaya mesti sentiasa pandai mencari peluang dan menggunakan peluang sebaik-baiknya. Nak order bisnis kad yang menarik dan cantik macam team Denaihati bolehlah contact kami.
83 Comments
Belum ada lagi kad bisnes blog…hehehe
Curahan rasa daddydee @ ..Cara mendapatkan pendapatan tambahan : Kenapa Saya Pilih Jobdirumah?
okay, ni entry paling best! haha!
assalamualaikum DH….wah bestnya …cantik sampul angpow tu…selamat hari raya DH…:)
Selamat hari raya maaf zahir batin
Memang kagum dengan semangat bro memartabatkan kerjaya sebagai blogger. Memang benar apa yang dikatakan dalam interview bro dengan astro awani tempoh hari.
Curahan rasa halif @ ..Awek Tenant Yang Nakal (Part 2)
Panduan nak jadi blogger hebat mcm tuan. Terima kasih tuan. Comment luv tak detect entri blog sy. Tak taula nape. Takpelah kan tuan? Yang penting, sy dpt baca tips berguna ni. 1 day sy juga bakal begini. Inshaa Allah 🙂
selamat hari raya…
Curahan rasa am @ ..Natural Remedies: Do They Work? If So, How Fast?
Kalau saya sih perbanyak Blogwalking aja ke teman blogger yang lain. Selain utk meningkatkan silaturahmi juga utk mndpatkan traffic. Itu saja mas…
Curahan rasa NetterKu @ ..Kata-kata Mutiara Sabaku No Gaara (Anime Naruto)
Raya telah lewat Alhamdulillah semua kewajiban telah dipenuhi juga
Curahan rasa munir ardi @ ..7 Smart Tips in Identifying Mistakes Spending and Managing Your Money
selamat hari raya denaihati.. sunyi pulak blog raya raya ni..
Curahan rasa Norfanil @ ..8Share Penipu?
Profession blogger sekarang semakin mantap,begitu juga dengan blog bro ni,memang ramai akan hormat dan sanjung
Curahan rasa wazy @ ..Gambar Cantik ?! Bagaimana ?
Skrg boogger bukan macam dulu lagi….
Selamat hari raya DH…l
Curahan rasa hafiz @ ..Menurunkan berat badan selepas raya
ingin aku ikut jejak langkahmu… skrng aku nk mula dari awal balik…..
Selamat Hari Raya…
maaf zahir & batin.
Taqabballahu minna wa minkum.
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013
Comments are closed.