Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah 29 hari sudah kita berjuang membersihkan diri dengan berpuasa wajib bulan Ramadan dan membersihkan harta benda dengan zakat fitrah. Amalan yang baik sepanjang bulan Ramadan wajib diteruskan di sebelas bulan yang lain untuk menjadikan kita sentiasa dekat dengan ALLAH SWT. Syawal bakal menjelma perlu kita persiapkan diri dengan ilmu supaya tidak kita berpesta dengan hiburan yang bakal merosakan amal ibadah sepanjang Ramadan.
Mengimbas kembali ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Noehas dalam entri “Amalan Sunat di Malam Hari Raya” pasti dapat menjadikan sambutan hari raya lebih bermakna. Kita azam untuk memenuhi malam raya dan sambutan Aidilfitri dengan amal ibadah mengikut syariat Islam. Bermaaf-maafan dan berkunjung mengeratkan silatuhrahim setelah sibuk mencari rezeki selama setahun menjadi kebiasan amalan umat Islam.
Sebagai seorang Blogger apalah agaknya persiapan yang anda lakukan untuk menyambut Hari Raya?
Biasalah hari raya peluang kita berjumpa dengan ramai ahli keluarga yang sudah lama tak jumpa dari berbagai pelusuk negara. Soalan yang biasa ditanya kepada kita “Buat apa sekarang?” .. tak gitu. Kalau setakat nak jawab jadi doktor kat hospital UKM atau jadi pegawai bank kat Public Bank atau cikgu kat sekolah Banting .. itu jawaban biasa yang tiada nilai komersial. Silap-silap sepupu kita boleh tanya balik … ko kerja HUKM mesti kenal dengan Blogger Cantik Fatin Liyana atau ko kenal ke Blogger Hartanah Popular Abang Ensem yang resign dari Public Bank atau ko kerja kat Banting mesti kenal dengan toke cendol En. Titan.
Jangan malu nak mengaku sebagai seorang Blogger. Memanglah bila sepupu sepapat ipar duai bertanya aku telopong mulut bila aku jawab aku seorang Blogger. Soalan kedua mereka akan tanya boleh ke hidup jadi Blogger ini? Ini memang soalan yang ditunggu … apalagi masa ini paling sesuai keluarkan kad bisnis dan kalau ada sampul duit raya dengan cop url blog … masa ini nak bagi. Mestilah bertambah terlompong mulut mereka dan akan bertanya macam-macam lagi soalan.
Jadi salah satu persiapan menjelang hari raya untuk Blogger pastikan ada bisnis kad yang berkualiti dengan informasi yang cukup contohnya url, twitter, FB dan anugerah yang pernah diperolehi. Ini merupakan kaedah pemasaran offline yang boleh menjemput ramai pembaca setia kerana mereka ini adalah kaum keluarga kita. Bayangkan bila diaorang balik ofis mereka akan cakap kat kawan-kawan ofis diaorang .. “tak sangka betulah rupanya Blogger Popular Malaysia Bro Framestone tu sedara aku”. Ini dah dikira viral offline.
Jangan lupa juga sediakan kamera dan smartphone untuk snap momen terindah kerana biasanya akan ada contest foto hari raya yang akan dianjurkan oleh berbagai pihak.
Pasti Hari Raya tidak berlalu begitu sahaja kepada semua Rakan Blogger. Bak kata pepatah Melayu “Sambil menyelam minum air” barulah ada nilai komersial yang boleh membantu menjana motivasi untuk kita menulis dan terus menulis sehingga menjadi Blogger yang dihormati. Dihormati bukan di kalangan Rakan Blogger dan Pembaca Setia sahaja tetapi juga dihormati oleh Pengiklan. Blog yang dihormati oleh pengiklan tidak akan dinilai rendah apabila mereka ingin berkerjasama dengan kita.
Untuk menjadi Blogger yang berjaya mesti sentiasa pandai mencari peluang dan menggunakan peluang sebaik-baiknya. Nak order bisnis kad yang menarik dan cantik macam team Denaihati bolehlah contact kami.
83 Comments
entri ni tia[2 tahun boleh dijadikan panduan..bukan sahaja utk blogger ni
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Entri ini relevan gak dijadikan panduan untuk blogger seperti kita
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Wah lengkap tuh..siap ada kad nama dan sampul duit raya..kad raya takder? hehe
dalam kad raya, ada duit raya, pun molek gk kan hehe
Tahun nie saya dapat satu je kad raya daripada bolgger… Huhu
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
setakat ni baru ada kad nama blogger je..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Joseon Gunman OST
Kira okay lah tuh ada kad nama..boleh buat pemasaran offline..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
start dengan kad nama, pasni boleh wat kad raya sndr lak kan”-)
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Saya dapat dari blogger Kathy je hari tu.. Cantik 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
bestnye..siap ada sampul raya khas untuk blog..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Joseon Gunman OST
Bukan saja kad nama & sampul raya..kad raya blogger pun kena ada..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
strategi penjenamaan blog DH mmg mengagumkan kan.
Pernah gak terfikir buat benda nie dulu tapi sampai skg x terbuat2 lg… HEe
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
best jugak kalau ada angpau yang ada cop blog sendiri.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Laman Web Astro Digodam
Apa lagi nik..next raya boleh buat juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
In shaa Allah raya tahun depan saya cuba… ingat apa yang saya tulis nie… Huhu 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Nik boleh create sampul utk blog sndr..lagi best letak duit barang singgit dua hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Letak seringgit dua, pulangan boleh tahan gak… Orang yang berkunjung dapat kenal blog kita melalui sampul tu… Hee
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
teringin jugak nak jawab kerja sebagai blogger bila saudara tanya.
Dulu2 ramai yg malu nak mengaku blogger..sekarang senang hati jer jawab i’m blogger..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Yang ini setuju…. Sekarang golongan blogger dah dipandang tinggi dan boleh cari makan… Lihat sahaja Ben Ashaari tu. Dah jadi duta sedangkan hanya menulis blog sahaja. Ini menunjukkan sekarang ini kerja menjadi blogger pun boleh hidup walaupun ada sesetengah yang memandang sepi golongan macam kita ini.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
insyaAllah one day, blogger ni boleh jadi kerjaya pro.
Kebelakangan ini, benda tu dah nampak dah. Ramai blogger sepenuh masa sekarang ini yang mampu menyara hidup dengan bekerja hanya sebagai blogger….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Hmm .. kena bagi kad nama spesial .. kad nama merangkap kad raya .. tapi bagi by hand .. hoho
Kad nama 2 in 1 ke bro HH? kad nama + kad raya..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
bg by hand tu memang besar maknanya..trutama bila dpt jumpa blogger tiptop..
Bilalah agaknya dapat by hand daripada sahabat2 blogger kan.. Hahaha
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
masa awal berblog mmg agak malu jugak tapi sekarang dah ok…
kalau orang tanya buat apa, just jawab jadi blogger 🙂
Betul. Skang dah boleh cakap kerja blogger sepenuh masa. Dulu segan, la ni .. bila cakap je kerja blogger .. siap ada kata .. oh ye ke blogger . hoho
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Isu Jakel – Reaksi Pelanggan Bercampur Baur
Blogger sekarang siap dah keluar TV dan dapat jemputan sana sini..dah macam selebriti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
ramai dah mula mengenali blogger kan..tu yg best tu
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Betul tu bro… baru2 nie balik kampung kakak ipar, dorang intoduce saya nie blogger… dorang respect tapi masalah baru plak timbul… jadi segan plak bila orang introduce macam tu… 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
raya ni kene buat persiapan auto-publish entri. seminggu di kampung, lebih rela off kan segala internet dan kembali kepada nature.hehehehhe.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
mesti ramai blogger dah buat autopublish entri untuk seminggu..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Joseon Gunman OST
Tak sempat nak auto-publish entri apa semua..mood raya cuti online jap..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
tak sempat nak buat autopublish tahun ni..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Autopublish pun ok gak. Saya kekadang autopublish entri jgk bila sampai satu tahap kebuzyan yang melampau… hee
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Memang tak sabar nak tunggu raya. Nak jumpa sanak saudara! Rapatkan lagi ukhwah sesama keluarga 🙂
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
Itulah yg sebaiknya..kalau semua asik nak beronline tak meriahlah raya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
yey..salah satu objektif raya, rapatkan ukhwah sesama keluarga dan masyarakat
Raya saya tahun nie sedikit suram sebab x beraya bersama keluarga… Uhuwawawawawa
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
semoga jadi yang pertama amin hehehee
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
selamat hari raya dah ntuk semuanya ,m heheee
selamat hari raya juga..semoga selamat pergi dan balik dari kampung
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Joseon Gunman OST
masih belum terlambat, selamat hari raya semua!
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
tahun nie x balik raya… beraya kat Linggi je tempat kakak ipar 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
persiapan mah banyak gabisa kesebut satu satu sangat sibukkkk 😀
bagaimana pula persiapan untuk Hari Raya Aidil Adha ini, Tuan?
Curahan rasa faizal @ ..Law Of Attraction Di Sisi Islam
Tahun depan ingt nak buat juga kad raya versi pondok kecil..baru senyum sakan anak saudara dan sanak saudara..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Comments are closed.