Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ekonomi dunia sekarang memang pelik. Harga minyak mentah turun mendadak dari USD100 ++ setong merosot sehingga kurang dari USD50. Arab Saudi pulak tetap berdegil tidak mahu mengurangkan pengeluaran walaupun didesak oleh banyak negara pengeluar minyak yang lain. Adakah Arab Saudi mendapat bayaran bawah meja daripada askar dajjal yang mengawal ekonomi dunia? Mungkin Arab Saudi akan mengambil pendekatan berbeza setelah kemangkatan Raja Abdullah.
Kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan pantas dengan mengubah suai bajet 2015 yang ketika dirangka menggunakan harga minyak mentah USD100 setong. Pelbagai perbelanjaan yang dirangka dalam bajet 2015 telah dipotong untuk persediaan ekonomi yang semakin teruk. Kerajaan sudah bersiap sedia untuk memotong lagi bajet 2015 sekiranya harga minyak mentah jatuh lebih banyak. Bagaimana pula persiapan kita untuk menghadapi kemerosotan ekonomi dunia?
Seperti tulisan blogger hensem Ariff Shah matlamat kewangan antara kita tidak sama. Untuk menghadap kemerosotan ekonomi dunia kita tidak boleh hanya jadi keyboard warrior menyalahkan sana dan sini kerana akhirnya yang menanggung kesusahan adalah diri kita sendiri. Sebagaimana telah Kerajaan lakukan memotong bajet 2015 maka kita pun kena lakukan sesuatu sebelum menjadi lebih teruk.
Pilihan kita ada dua samada meningkatkan pendapatan atau memotong perbelanjaan.
1. Tukar kereta sekarang kepada yang lebih rendah bayaran bulanan supaya berkurangan hutang atau mengisi kereta kita dengan produk yang boleh dijual kepada kawan-kawan untuk menambahkan pendapatan.
2. Menukar pakej broadband kepada yang paling murah untuk mengurangkan perbelanjaan atau buat bisnis online seperti buat blog, bisnis affiliate atau jaul produk online untuk menambah pendapatan. Kepada yang nak belajar cara buat duit online ada banyak cara antaranya cara menjana komisen dengan Klikjer mana tahu boleh dapat income seperti di bawah ini.
3. Lebihkan masa duduk di rumah untuk mengurangkan perbelajaan yang tidak perlu atau kita keluar buat kerja sampingan seperti buat MLM, jual insuran atau berniaga pasar malam untuk menambah pendapatan. Kita tidak boleh terlalu memilih pekerjaan sampingan yang penting boleh menjana pendapatan sampingan bukan sekadar mengembirakan hati sendiri tapi duit tak masuk.
4. Mencari rumah sewa yang lebih murah untuk mengurangkan berbelanjaan atau rumah yang ada sekarang kita isi dengan produk-produk yang kita boleh jual secara online, jual pada kawan-kawan ofis atau jual di pasar malam untuk meningkatkan pendapatan. Isteri juga boleh menambah pendapatan dari rumah seperti binis baju kurung yang boleh dijual melalui instagram dan FB.
5. Menjual saham-saham yang berada dalam posisi untung seperti sahan FGV atau saham-saham lain yang dana keuntungan boleh digunakan untuk membeli kembali saham yang sama apabila harga turun banyak.
6. Banyak memberi sehingga apabila tangan kanan memberi tangan kiri pun tak tahu. Memberi akan membuka lebih banyak pintu rezeki yang tidak disangka-sangka seperti kisah umat Nabi Musa a.s yang memberi ketika susah.
7. Kongsikan cadangan anda diruangan komen.
Sebenarnya ALLAH dalam Al Quran telah mengajar kita untuk merancang kewangan cuma kekadang kita terlepas pandang. Aku memilih untuk menambah pendapatan dan berjimat mana yang perlu untuk persediaan masa susah. Bagaimana pulak anda? Kalau masih binggung mencari peluang jom kita ngopi mana tahu ada idea yg boleh dibincangkan bersama kerana kerja yg terbaik adalah kerja berjemaah.
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”. Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. – ayat 46 – 49 Surah Yusof
154 Comments
Susun atur balik kewangan…
buat pengurusan yang sebaiknya, usaha untuk tambah pendapatan…
Banyak lagi rezeki yang boleh di cari..
Curahan rasa fazrol @ ..Surat dari google! bermulannya era Adsense kembali…
kurangkan atau berhenti merokok dapat bantu save banyak juga duit bulan2 tu. Di samping itu beli barang2 kering masa sale banyak2, boleh jimat banyak juga.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Hebatnya Vivix Yang Anda Perlu Tahu
PErlu mengelola ekonomi keluarga dengan lebih cermat agar bisa menghadapi krisis ini
Curahan rasa Abdullah @ ..Termasuk Syirik Memakai Cincin dan Benang dan Semisal Keduanya Untuk Menghilangkan dan Menolak Bala
Betul tu.. Saya setuju.. Ketua keluarga perlu memainkan peranan untuk mengendalikan ekonomi keluarga dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
setuju.. berjimat penting..tapi strategi untuk menambah pendapatan juga penting..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Yakitori Halal~!
Pada zaman sekarang ni kita perlu lakukan kedua-duanya.. Berjimat dan dalam masa yang sama usahakan seberapa banyak cabang untuk menghasilkan pendapatan sampingan..
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
ya, betul. kena kerja kuat dan sebijak mungkin supayanya bernhasil.. tabungan juga penting.
Curahan rasa Denaihati @ ..Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2014
Tidak boleh bergantung kepada kerajaan untuk memastikan ekonomi keluarga sendiri berada dalam keadaan baik. Sekarang ramai yang membuat dua kerja bagi menampung kos kehidupan dan keperluan setiap keluarga adalah berbeza. Yang penting membuat keutamaan perbelanjaan masing-masing.
Curahan rasa emalinmohd @ ..Susu Ibu Ubat Bayi Jaundis atau Demam Kuning
Tahun 2015 kita lihat subsidi kerajaan mula ditarik balik.. Sebagai contoh minyak… Semoga dengan penarikan subsidi secara peringkat demi peringkat dapat melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang kreatif untuk menghasilkan side income..
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
Kegusaran perlaksanaa GST. Bimbang manipulasi harga barangan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Curahan rasa akubiomed @ ..Projek restore basikal BMX anak
saya pun teramat bimbang dengan perlaksanaan GST.. perlaksanaan tu bagus.. tapi pemantauan sangat penting.. takut ramai yg ambil kesempatan…
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Kelas Istimewa di Legoland
Berkaitan dengan isu GST ini, kita hanya mampu tunggu dan lihat bagaimana perlaksanaannya.. Sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan tidak mengikuti garis panduan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, kita boleh membuat laporan..
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
Sebaiknya kita kena faham dulu, cari maklumat barang yg kena GST atau tak…
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia Best Blog 2015
anak ke 4 saya bernama Yusuf.. semoga dia membesar menjadi seorang yang sabar dan tabah dalam apa jua keadaaan in shaa Allah
Curahan rasa Safiya @ ..Who Is Prophet Muhammad SAW To Us Muslim (II)
semoga kita semua dapat menambahkan sumber pendapatan harian utk menghadapi ekonomi dunia yang tidak menentu ini…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun
Ramai yang dah mula membuat blog dan menjana duit melaluinya. Ini satu perkembangan yang sihat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Malaysia Best Blog 2015
blog salah satu medium terbaik utk meningkatkan sumber pendapatan seisi rumah….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun
Blog merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan.. Harap lebih ramai rakyat Malaysia berjaya menjana pendapatan melalui blog..
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
Suka atau tidak kita perlu hadapi semua ini, kemelesekan ekonomi dunia dan Malaysia. Kerja perlu lebih kuat daripada yang lepas-lepas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vokalis Zamani Dimalukan Oleh Anggota Polis
Ade masalah ekonomi atau tidak kita tetap kena berkerja keras setiap masa utk sara diri dan keluarga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Percutian Menarik di Hatyai – Part 2
sekarang masa utk kita berkerja keras demi masa depan keluarga yang tercinta….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun
bila baca surah Yusuf tu teringat… sememangnya Allah susun kehidupan kita berputar.. ada kala senang ada kala susah .. pokoknya adakah kita mengambil iktibar dari kisah dalam al Quran
Curahan rasa Safiya @ ..Catatan 1001 Impian IV : Langkah Demi Langkah
hidup kita umpama roda….saya pun dah alami zaman kesenangan dan kesusahan…semoga lebih gigih berusaha untuk menghadapi hari-hari mendatang….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun
bersedia dan ada payung sebelum hujan boleh bantu kita di saat memerlukan..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Cara Dapat Umrah Free Tanpa Keluar Satu Sen Pun!
erkkkkk…apapun tenq 4 sharing..nk komen lebih xleh buat apa..yg penting kena kuatkan ekonomi sendiri dlu baru pikir ekonomi yg lain hehehehehehe…kalo pikir ekonimoni yg lain ekonomi sendiri xkukuh masak beb..apa2 kpda semua berjimat cermat yer…bye2 he2
Curahan rasa Collagen Kecantikan Dan Anti Kanser @ ..sila layari blog terbaru kami
Sangat memperihatinkan masalah ekonomi ini. Paling banyak yang jadi korban adalah rakyat kecil. Ironi sekali ketika melihat bagaimana perjuangan mereka.
Curahan rasa Kabar 99 @ ..Ramalan Nasib 2015 Kambing Kayu Sesuai Shio Kelahiran
semoga kita rakyat yang biasa ini dapat mencari rezeki yang halal utk diberikan kepada keluarga….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun
Comments are closed.