Assalamualaikum dan salam sejahtera, baru-baru ini semasa di Madinah jumpa sahabat lama. Lama tak jumpa jadi banyak ceritanya sampai lah kisah jemaah haji pakej. Katanya ada geng jemaah beliau yang banyak komplen, semuanya nak komplen. Dari pengalaman Abang setiap kali musim haji pasti ada jemaah yang kaki komplen mungkin ALLAH hantar sebagai ujian untuk semua. Haji ini gambaran hidup sebenar.
Sekeliling kita di Malaysia pun ramai manusia yang kaki komplen. Tak percaya baca kat sosial media, ada macam-macam jenis komplen dan ada jenis semuanya nak dikomplen. Lebih syahdu tanpa kita sedar ada kawan-kawan kita depan puji kita melangit tetapi di belakang banyak komplennya. Tapi ok lah sebab kita tidak tahu kisah belakang jadi kita terus berkawan dengan ikhlas. Kawan macam ini perlahan-lahan ALLAH akan asingkan dari kita dengan alasan yang mereka sendiri cipta.
Apa yang ALLAH beri semua ada hikmahnya. Jangan pernah berhenti berdoa semuga ALLAH beri kebaikan kepada kita sebagaimana ALLAH beri kebaikan kepada orang-orang soleh. Jadi kawan-kawan yang membawa aura tidak baik akan melayang jauh sendiri tanpa dipaksa. Manakalah kawan-kawan yang ikhlas akan menjadi magnet kepada kebaikan.
Teringat kata pujangga dalam persahabatan …
Orang yang mengelak pertelingkahan bukanlah bermaksud ia ‘kalah’. Namun kerana syurga telah memenangi hatinya.
Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud
Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
Semuga ALLAH pelihara sahabat-sahabat kita semua.
Abang Denaihati
Denaihati.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
28 Comments
semoga allah sentiasa dekatkan kita dgn org org yang sentiasa memberi impak positif dunia dan akhirat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop
Aamiin, semoga kita tetapi berada dalam ukhuwah. Hidup tanpa sahabat maka ibarat makan tanpa garam.
sahabat yang baik dan ikhlas pun rezeki dari Allah s.w.t juga…best nya dapat jejakkan kaki ke Madinah..moga saya pun diberi peluang satu hari nnti
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Bagaimana Vitamin C Mengawal dan Mengecutkan Jerawat
Seronok jalan-jalan Madinah dengan sahabat-sahabat yang baik. Berkongsi pengalaman dan rasa bersama.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kenapa Ramai Suka Jobdirumah Versi 3
Betul tu. Sahabat yang baik akan bantu kita sentiasa. Semoga kita semua dapat sahabat yang baik.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kenapa Ramai Suka Jobdirumah Versi 3
Bukan senang sebenarnya nak mencari sahabat baik yang sanggup susah dan senang bersama kita..
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Kata orang kawan ketawa ramai yang boleh kita cari.. tapi kawan semasa kita menangis belum tentu ada.. tapi kalau ada.. Shukur Alhamdulillah…
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Kalau ada kawan semasa menangis anggap itu satu bonus daripada Allah S.W.T.. salah satu nikmat rezeki di dunia ini..
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Syoknya dah pergi ke Madinah. Suatu hari nanti saya pun pasti akan ke sana! 🙂
Curahan rasa Farah Alina @ ..Resipi Aiskrim Choki Choki Yang Mudah dan Lazat
kawan kita adelah refleksi kepada siapa diri kita…hurmmm macam mana yang ada kawan facebook beribu-ribu, kenal ke antara satu sama lain?
Curahan rasa siti hazreen @ ..Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold
Harap semua sahabat yang bersifat Kawan Makan Kawan atau buruk-burukkan dibelakang kita akan dijauhkan dari kita :)..
Sahabat sejati selalu ada untuk kita susah dan senangnya. Tidak akan pernah membiarkan kita keseorang ketika kita memerlukannya.
Curahan rasa esemakan @ ..Semakan Status Permohonan Spa8i
sahabat sejati adalah orang yang bisa selalu ada di saat kita susah dan bahagia
kawan ada ramai, tapi yang betul2 sahabat sejati tu berapa je sebenarnya. tapi buatlah kebaikan banyak2 sebagai bekalan akhirat kita
Curahan rasa raihanah @ ..Detox Bantu Rawatan Psoriasis Dengan Berkesan
benar.. bila kita ikhlas, mereka yang negatif akan mula beransur hilang dari kita.amin..
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Isu makan harta anak yatim
Semoga Allah menghatar mereka hang betul nak bersahabat dengan kita yang mempunyai niat halatuju yang baik
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Keunikan Anggur Muscadine dan Manfaatnya
Berkawan dengan orang yang betul-betul nak berkawan dengan kita dan terima kita dengan apa yang kita ada sahaja bukan kerana sesuatu kelebihan yang ada semata-mata.
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Gunung Angsi Hiking Challenge 2016
Kesimpulannya berkawanlah secara berpada-pada dengan sesiapa sahaja, tak kiralah penjual minyak wangi ataupun tukang besi…
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat….
Kita doakan semoga kebaikan dan haruman yang di bawa oleh si penjual minyak wangi sampai kepada kita..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat….
Dalam masa yang sama kita juga berdoa, semoga hidayah sampai kepada si tukang besi dalam.apa cara sekalipun. Samada cepat atau pun lambat..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat….
Comments are closed.