Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
bermula 24 Ogos 2017, sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan bersama #YouCanDuit peringkat negeri Perlis telah bermula. Majlis yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua penduduk sekitar. Pameran binatang ternakan, pohon-pohon, kraftangan, pelbagai jenis juadah dan makanan serta bagaimana untuk menjana pendapatan melalui platform digital menerusi program #YouCanDuit.
Majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra ini boleh dihadiri dengan percuma. Peluang untuk menambah pengalaman dan ilmu terutama dalam mendalami ekonomi digital dan bagaimana anda boleh menambah pendapatan hanya dengan mengusahakannya dari rumah.
Berpindah ke Perlis dari ibukota Kuala Lumpur
Salah seorang usahawanita yang telah berkongsi pengalaman dan cerita beliau bagaimana selepas menamatkan zaman persekolahan, beliau dengan dorongan keluarga telah melibatkan diri dalam perniagaan online. Ketika itu, beliau tanpa sebarang pengalaman telah menceburkan diri dalam perniagaan atas talian.
Sokongan daripada keluarga membolehkan anak gadis muda yang baru berumur 23 tahun ini bertekat untuk menjadikan perniagaan online sebagai aktiviti menjana pendapatan beliau. Setelah bersusah payah, beliau berjaya menjana pendapatan 3 angka pada ketika itu.
Selepas sekian ketika, anak gadis ini ingin mengembangkan perniagaannya dan mula mencari cara dan kaedah bagaimana beliau boleh mencapai tujuan tersebut. Peluang untuk bertemu booth #YouCanDuit pada tahun 2016 tidak disia-siakan. Beliau telah mendaftarkan diri ke dalam kelas anjuran MDEC untuk membantu semua rakyat tak kira bangsa di tanahair tercinta, Malaysia.
Mula menghadiri kelas untuk belajar bagaimana proses pemasaran digital berlaku
Nur Izzati atau lebih mesra dipanggil Izzati mula menghadiri kelas anjuran MDEC di bawah program eUsahwan. Setiap apa yang dipelajari mula dipraktikkan dan yang paling membanggakan adalah selepas menghadiri 3 kelas berbeza, Izzati telah berjaya meningkatkan jualannya daripada 3 angka sebulan kepada 5 angka.
Purata jualan beliau ketika ini adalah antara RM10,000-RM12,000 sebulan, memang terpancar kegembiraan di wajah beliau apabila berkongsi bagaimana kelas-kelas yang dihadiri telah membantu proses menjana pendapatan lumayan melalui platform digital.
Pilihan untuk tinggal di Perlis
Tambah menarik, Izzati mengambil keputusan untuk mengikut keluarga beliau berpindah ke Perlis walaupun sebelum itu sudah hampir 20 tahun menetap di Kuala Lumpur. Semua ini berlaku kerana beliau masih boleh mengusahakan perniagaan beliau di Perlis dan dalam masa yang sama dapat bersama-sama keluarga.
Ini antara impian ramai individu di luar sana, untuk bersama-sama dengan keluarga di kampung halaman dan dalam masa yang sama, dapat menjana pendapatan tanpa sebarang masalah.
Pilihan untuk mengusahakan perniagaan online dalam era ekonomi digital ini adalah pilihan yang sangat bijak. Selain bebas menentukan masa kerja, lokasi bukan lagi kekangan. Istilah dunia di hujung jari yang suatu ketika dahulu sesuatu yang mustahil sudah tidak lagi.
Apa juga produk atau perkhidmatan yang anda sediakan boleh dipasarkan menggunakan platform digital. Waima sekiranya anda menjual hasil tani seperti tumbuhan, buah-buahan, atau makanan juga boleh dipasarkan dan dijual menggunakan platform online ini.
Jemput untuk dapatkan maklumat lanjut di Tapak Pameran #YouCanDuit di Hari Peladang, Penternak & Nelayan peringkat negeri Perlis. Anda boleh daftarkan diri untuk program bimbingan percuma yang disediakan dan mula menjana pendapatan tambahan terus dari rumah.
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- #YOUCANDUIT Kedah, MDEC meneruskan usaha untuk memacu dan menaik taraf Ekonomi Rakyat
- #YouCanDuit Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Perlis
50 Comments
Setiap kali ada tempahan ebook, saya kena rajinkan diri untuk semak emel, bila pelanggan buat tempahan dan bayaran, terus saya bagi link untuk download .
Data kena sediakan secukupnya sebab pelanggan amat ramai masa tu. Tak kira tempat, bisnes perlu dijalankan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
kena usaha.
tak usaha kita tak dapat.
ada banyak program dan dana bersepah untuk mula perniagaan.
dari kita-kita aje.
Curahan rasa titan @ ..Sindrom Burung Hantu yang COMEL.
kelas untuk program eUsahawan adalah percuma.
Ia merupakan satu kemudahanya tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kepada usahawan micro..
pasaran lebih luas kepada mengunakan platform digital
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting
Bila semuanya online lokais bukan menjadi satu halangan. Ada intenert dan khidmat poslaju dah boleh buat bisnes online. Pokoknya sanggup atau tidak sanggup untuk berjaya.
Curahan rasa Sani @ ..Kerja Part Time Dengan Ninja Van
segakanya tak mustahil. kalau kerja kuat berserta dengan rajin cari ilmu dan tawakal, pasti akan berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Antara yang Menarik di Traveloka Sempena Sukan Sea 2017
perniagaan online sangat menarik ramai orang melakukannya tak butuh banyak tempat bahkan kadang tak butuh modal hanya perlu koneksi internet
Curahan rasa web guru tech @ ..Dunia tanpa rokok
Memberi sepenuh tumpuan kepada periagaan online dan paling menarik dengan perniagaan tersebut membawa beliau ke pangkuan keluarga. Semoga diberkti.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
Di Perlis, usahawan wanita ini berjaya buktikan, di lokasi seperti di tempat tinggalnya bukanlah alasan untuk tidak berjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Rahsia Tukar Prospek Jadi Pelanggan
Macam-macam produk boleh diketengahkan untuk dijual secara online dan banyak juga yang sediakan platform untuk dropship produk mereka dan tempahan boleh diuruskan secara online sahaja.
Curahan rasa Sani @ ..Sejak Abang Joing Group Ni Hidup Abang Huru-Hara!
Betul. Sama samalah berusaha demi mencapai apa yg diimpikan.. teruskan usaha hingga capai ke menara gading.
banyak sangat peluang jika guna digital dengan sebaiknya dan cipta kejayaan bersama
Curahan rasa raihanah @ ..Bengkak Buah Pinggang Dan Risikonya
Tanpa mengira tempat dan masa, dengan adanya internet, boleh buat bisnes di mana mana.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Rahsia Tukar Prospek Jadi Pelanggan
Dengan ilmu yang betul semua peluang tu boleh buat wang yang banyak kan? Memang best kalau menjadi!
Curahan rasa Sani @ ..Sejak Abang Joing Group Ni Hidup Abang Huru-Hara!
Terbukti..dengan dunia digital, tak kisah bila-bila masa, dari mana-mana lokasi, boleh buat duit. Dulu, bukan main susah nak percaya
Curahan rasa JMR @ ..Tips Simpan RM1000 Sebulan
Orang selalu berangan angan buat bisnes rumah boleh golek golek dengan anak anak
Yalah sangat kan
Buat kerja apa pun perlu ada kesungguhan baru boleh berjaya
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Kontraktor bina rumah di Klang? Cara memilih kontraktor yang bagus
Boleh direalisasikan tu Mama Hakim, hanya perlukan produk dan trafik yang sesuai untuk dapatkan pembeli.
Curahan rasa Sani @ ..Sejak Abang Joing Group Ni Hidup Abang Huru-Hara!
Memariknya, ramai usahawan muda yang beralih ke arah pertanian sebagai perniagaan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Teknik ‘Upgrade’ Ubat Masalah Kurang Darah atau Anemia yang Mesti Anda Cuba
Anak muda yang kerja kampung seperti bertani, lebih tinggi pendapatannya dari pekerja di bandar.
Tanam sayur pun lumayan, banyak permintaan dari pasar pasar borong.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Rahsia Tukar Prospek Jadi Pelanggan
Masa harga getah naik dulu pun ada pemotong getah dapat income sampai RM6,000 hingga RM10,000, lumayan tu.!
Curahan rasa Sani @ ..Sejak Abang Joing Group Ni Hidup Abang Huru-Hara!
Saya suka bungkusan Rock Melon tu.. nampak cantik dan kemas..
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Sekarang ni saya dan team saya juga sedang mengusahakan tanaman Rock Melon..
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Pokok Rock Melon kami sudah berusia 40 hari.. tinggal 35 hari lagi sebelum boleh dituai..
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Mak-mak yang ada anak kecil pun sangat sesuai pilih platform online ni untuk jana pendapatan.
Paling best tu, sebab segalanya di hujung jari.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Pesakit Ovarian Cyst Tak Boleh Makan Soya, Benarkah?
Betul tu… setuju.. ramai suri rumah sekarang ni dah terlibat menjalankan perniagaan secara online rumah..
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Dengan adanya kemudahan internet sekarang ni tiada alasan lagi untuk suri rumah tidak bekerja…
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Terlalu banyak peluang pekerjaan yang boleh dilakukan dengan hanya bekerja dari rumah..
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Yang penting kena ada ilmu untuk memasarkan perniagaan secara online..
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Comments are closed.