#YOUCANDUIT Kedah, MDEC meneruskan usaha untuk memacu dan menaik taraf Ekonomi Rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selama 2 hari, iaitu bermula hari ini 1 April hingga esok 2 April, Kempen YouCanDuit diadakan di Dewan Seri Mentaloon,Kediaman Menteri YAB Menteri Besar Kedah, Alor Setar. Masuk percuma dan ada program perkongsian dan pameran yang diadakan untuk para pengunjung.

#YOUCANDUIT menjana jumlah terkumpul lebih RM64Juta pada tahun 2016

Sepanjang tahun 2016, Kempen YouCanDuit telah menjana jumlah terkumpul lebih RM64Juta oleh para peserta yang menyertai semua program yang dianjurkan. Ini merupakan pencapaian yang besar dalam usaha menaik taraf ekonomi rakyat setempat.

Para tetamu kehormat bersama Menteri Besar Kedah

Program-program yang diwujudkan dalam kempen YouCanDuit seperti program eRezeki dan eUsahawan telah memberikan peluang untuk semua rakyat di serta Malaysia untuk mempelajari bagaimana menjana pendapatan melalui platform digital. Kelas-kelas dan latihan percuma diadakan agar semua golongan masyarakat dapat mempelajari selok belok menjana pendapatan melalui platform digital.

Pada tahun ini, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) meneruskan kempen YouCanDuit dan akan meluaskan liputan dan capaian ke serata Malaysia. Beberapa lagi kempen akan diadakan di beberapa lokasi yang berlainan pula sepanjang tahun ini.

Negeri Kedah menjadi lokasi pertama kempen YouCanDuit ini diadakan dan sambutan daripada penduduk setempat sangat menggalakkan.

Kempen membantu ekonomi rakyat

MDEC membantu isi rumah berpendapatan rendah, B40 dan pelajar di Kedah melalui program eUsahawan dan eRezeki. YB Dato’ Norsabrina Mohd Noor dalam temubual bersama beliau, rakyat negeri Kedah yang berpendapatan kurang daripada RM3800 melebihi 50% daripada keseluruhan rakyat yang berjumlah 2.1 Juta penduduk.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan di tapak pameran program eUsahawan
Antara aktiviti menarik yang dijalankan di tapak pameran program eUsahawan

Melalui kempen YouCanDuit, program-program seperti eRezeki dan eUsahawan telah dan akan membantu kelompok ini untuk meningkatkan pendapatan bulanan mereka. Sasaran adalah untuk mengurangkan jumlah peratusan tersebut ke tahap yang lebih baik. Sehingga hari ini, telah ramai rakyat di negeri Kedah yang mendapat manfaat daripada program anjuran MDEC ini.

Perasmian Kempen YouCanDuit peringkat negeri Kedah

YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah telah memberikan ucapan utama dan seterusnya merasmikan kempen YouCanDuit peringkat negeri Kedah pada petang tadi. MDEC bersama-sama kerajaan negeri Kedah komited untuk membantu terutamanya kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Ucapan perasmian oleh YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah
Ucapan perasmian oleh YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah

Melihatkan pencapaian kempen YouCanDuit pada tahun 2016, perkembangan pesat dengan program-program yang telah diatur menampakkan kempen ini akan memberikan impak yang sangat baik dalam membantu kumpulan B40 menjana pendapatan tambahan setiap bulan.

Kisah kejayaan yang boleh dijadikan contoh

Sepanjang kempen ini dianjurkan, telah ramai usahawan dan isi rumah yang berjaya meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik, selain menambah pendapatan bulanan. Beberapa peserta program eRezeki dan eUsahawan yang ditemui hari ini menyuarakan rasa syukur mereka kerana terlibat dalam program latihan yang dianjurkan oleh pihak MDEC.

sebahagian dariapda pengunjung #YouCanDuit Kedah di Dewan Seri Mentaloon
sebahagian dariapda pengunjung #YouCanDuit Kedah di Dewan Seri Mentaloon

Kehidupan mereka berubah dan dalam masa yang sama, mereka sendiri dapat membantu ramai isi rumah yang lain untuk mengikut jejak langkah mereka dengan cara berkongsi program eRezeki atau program eUsahawan yang telah mereka sertai. Banyak kisah-kisah gembira yang akan dikongsikan dalam blog denaihati agar ianya dapat memberikan kita contoh dan teladan bagaimana program ini telah membantu begitu ramai rakyat Malaysia di luar sana.


Spread the love

43 Comments

  1. Ramai jutawan senyap terhasil dari bisnes online. Peluang terbaik yang perlu diraih anak-anak muda.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!